Semuga pembaca semua mendapat rahmat dan
keampunan daripada ALLAH swt.
Alhamdulillah berkat fikir dan doa dari
orang-orang yang mempunyai fikir risau nabi saw, kami satu jemaah dari Markas
Jitra 8 orang telah dihantar selama 40 hari belajar usaha agama Allah di Sri
Lanka pada 19 Nov 2010 dan tangguh pada 29 Dis 2010. Pada 20 Nov kami telah
mendapat bayan hidayat di Seri Petaling dan pada pagi 21 Nov kami telah
berangkat ke Colombo sri Lanka dengan menaiki pesawat Air asia.
Karguzari ini saya tulis hanya untuk berkongsi
pengalaman bagaimana usaha yang telah dibuat ditempat orang yang telah maju,
terutama disegi pengorbanan masa dan harta dijalan Allah swt. bagaimana
sifat-sifat mereka dalam melayan tetamu luar juga antara sesame mereka orang
islam dan dengan orang bukan islam. Kami sampai di lapangan Terbang Colomba jam
7.30 pagi ( 10.00 pagi waktu Malaysia) perbezaan masa antara Malaysia dan Seri
Lanka 2 jam 30 minit, kita lebih awal sebab terlebih dahulu mendapat cahaya
matahari. Sampai disana sudah ada orang menunggu .Apabila urusan passport dan
visa selesai, kami dijemput oleh orang tempatan, kami mendapat Visa selama
sebulan iaitu VOA selepas itu di tambah lagi sebulan dengan bayaran Rs450 (RM14)
kami ada 2 jemaah masa itu, satu lagi jemaah dari Taiping, 3 jemaah lagi datang
pada 23 Nov iaitu, satu jemaah Selama, satu Trangganu dan satu Jemaah Masturat
dari Ipoh 5 pasang. Semua 5 jemaah Malaysia untuk musim cuti
sekolah.
Disana berbeza dengan tempat kita, biasanya
kita akan menjemput jemaah luar dengan kenderaan kita sendiri dan paling special
jemaah masturat mesti mendapat kenderaan VIP. Disini kita kena sewa van awam
untuk semua pergerakan kita dengan tambang sendiri, kebanyakkan orang Sri Lanka
mereka tidak mampu membeli kenderaan kecuali peniaga-peniaga besar dan
tauke-tauke sahaja, bagi saudara yang membuat usaha agama mereka menggunakan
wang untuk keperluan keluarga, rumah dan belanja keluar di Jalan Allah dengan
belanja besar untuk ke luar Negara. Pergerakan mereka banyak menggunakan
pengangkutan awan saperti bas, three wheel (otto d India) dan keratapi. Dari
lapangan terbang ke markas lebih kurang 40km jaraknya, masa perjalanan lebih
kurang 2 jam dan sewa van 2400 rupee (RM75) bukan harga tetap bergantung kepada
Van. Apabila sampai dekat dengan Markas d Colombo kami lihat suasana orang
lelaki memakai jubah/kurta bewarna putih dan berjanggut sementara wanitanya
memakai pakaian hitam berpurdah atau menutup aurat dengan menampakkan muka
sahaja, tetapi bilangan wanita kurang berada dijalanan. Sampai di markas kami
disambut oleh istiqbal dan diberi bilik khas untuk jemaah luar Negara, jemaah
kami di tingkat 4 dan jemaah Taiping di tingkat tiga bersama jemaah dari
Pakistan (7 Bulan), pintu masuk ke tempat jemaah luar dijaga oleh jemaah
security sepanjang masa silih berganti. Di Markas saya lihat layanan mereka
amatlah mesra dan berhikmah, makanan yang dijamu cukup menyelerakan, makanan
disediakan. 4 kali sehari. Pagi, t/hari, petang dan malam. Selepas asar kami
dibawa berjumpa dengan syura dan orang tanggungjawab yang sedang bermesyuarat
untuk diperkenalkan.
Sistem markas sama saperti Nizamudin dan seri
Petaling, ada bilik amanat dan program seharian markas sama iaitu lepas subuh,
Kuliah subuh, rehat, kemudian bayan hidayat sampai setengah jam sebelum zohor
berhenti, waktu ini semua mereka tidor kerana sunnah khairullah, lepas zohor
makan, kemudian rehat solat asar, lepas asar ada Taklim sampai hampir magrib,
lepas magrib bacaan yaasin infradi dan doa istamae lepas itu program karguzari.
Orang yang nak keluar di jalan Allah lebih daripada 40 hari bagi seluruh sri
Lanka akan datang di Markas Colombo Islamic center. Di markas setiap hari orang
yang akan keluar ke jalan allah banyak beratus orang, dan keadaan ini sepanjang
tahun sama sahaja, tak sama dengan tempat kita bermusim, yang paling banyak
iaitu cuti sekolah dan pada 15 syaaban setiap tahun. Istimewa di Markas Colombo
semua karkun tempatan yang nak keluar di jalan Allah diberi makan percuma 5 kali
sehari. Minum teh beserta biskut sebelum solat subuh, sarapan pagi selepas bayan
subuh, makan t/hari , minum petang dan makan malam, bayaran tidak dikenakan
untuk setiap kali makan, di markas kita Seri Petaling sekali makan untuk t/hari
satu talam RM8 dan pagi RM6, perbezaan ini berlaku pun kedua-duanya ada kebaikan
dari Allah swt.
Di markas kami mendapat targhib daripada
elders disini yang mana nasihat-nasihat yang diberi semuanya nasihat daripada
maulana Ilyas rah, maulana Yusuf rah, mufti zainal Abidin rah , maulana Said
Ahmad Khan rah , maulana Inamul Hasan rah Maulana Saad, Maulana Zubir , Syeik
Haji Abdul Wahab dan elders kita lain.
Selepas 2 hari kami mula keluar ke tempat yg
diputuskan oleh syura mereka, bersama kami diberi 2 orang penterjemah merangkap
khidmat kepada kami didalam semua masalah berkaitan dengan tempat yang kami
keluar, Tempat taskil pertama kami iaitu dikawasan Slave Island di Colombo
tempat banyak orang Melayu , Negombo, Chilaw, Akurana Kandy dan Matale. Di Sri
Lanka jemaah luar negara tidak dibenarkan untuk masak, makanan disediakan oleh
orang tempatan untuk ikram.
Slave Island dahulunya ia adalah sebuah pulau
yang dikelilingi oleh sungai kecil, sekarang ia telah didirikan banyak jambatan
pendek-pendek, kawsannya sekarang maju dan tanahnya mahal dan terdapat banyak
banggunan kerajaan pusat pengajian dan perniagan dan kewangan. Disitu mula-mula
orang Inggeris telah membawa orang India sebagai hamba, kemudian membawa pula
orang Melayu dari Kepulauan Melayu sebagai pekerja terutamanya tentera dan
polis.
Orang Melayu telah membentuk satu rumpun
bangsa di situ dengan mendirikan masjid-masjid untuk kegiatan keagamaan. Disini
kami berusaha selama 6 hari, salah satunya masjid Melayu yang didirikan oleh
orang Melayu lebih 200 tahun dahulu. Kawasan ini merupakan salah satu kawasan
paling kuat usaha agama (rujuk dalam jadual). Bayan dan khususi kita buat dalam
bahasa Melayu diterjemah dalam bahasa Tamil. Bahasa Melayunya tidak sama dengan
bahasa Melayu kita, sebab mereka telah mengikut terjemahan bahasa Tamil. Sebagai
contoh “Khabar baik” mereka kata “Baik Khabar”, tetapi kebanyakkan mereka sudah
tidak boleh bercakap bahasa melayu lagi. Pada masa itu ada 3 jemaah foreign yang
bergerak serentak.di Slave Island, Satu Jemaah India, satu jemaah kami dan satu
lagi Masturat dari Ipoh, mereka nusroh diri dan harta (makanan) dengan sempurna,
Hebat usaha mereka. Di sini aku berjumpa dengan jemaah masturat 40 hari yang
datang di Alor Setar pada April 2010 yang mana aku nusroh mereka selama 3 hari,
mereka masih mengenali aku dan nusroh jemaah kami dan memberi makan pada kami
saperti masakan Malaysia.
Kemudian kami berusaha di kawasan Negombo 40km
dari Colombo selama 6 hari, disini usaha sama hebat dengan Slave Island, di sini
aku berjumpa dengan 3 orang ahli jemaah masturat 40hari yang pernah datang di
Alor Setar pada tahun 2008 dan berusaha di rumah aku 3hari, mereka masih
mengenali aku, mereka bagitu gembira dan membawa aku ke rumah mereka, selepas 6
hari kami ke Chilaw 40 km dari Negombo, di Chilaw ada juga kawasan Melayu dimana
kami berusaha di satu Masjid namanya Malay Mosque., masjidnya antic dah berumur
hampir 200 tahun, masjid ini sebenrnya bukan moharlah yang diputuskan mesyuarat
tetapi bidan terjun kerana morhalah sebenar tidak dapat masuk kerana banjir ,
walaupun bagitu karkun disini tetap memberi yang terbaik kepada kami, waktu pagi
kami sampai hanya 2 orang tempatan sahaja yang tahu, dan merekalah yang telah
mesyuarat untuk nusroh kami memberi makan dan masa untuk khususi, lepas
mesyuarat kami lihat mereka berdua ini sebuk memuat khususi karkun, dan waktu
zohor ramai karkun yang datang dan memberi masa kepada kami.Lepas itu kami
pulang ke markas Colombo untuk taskil kedua. Taskil kedua kami ke Akurana kanday
kawasan pergunungan yang dingin, Untuk ke Akurana kami menaiki keretapi daripada
Colombo ke Kandy, ia kawasan atas bukit dan sejuk dimana terdapat ladang Teh ,
disini ladang teh banyak juga kepunyaan orang islam.
Usaha agama disini amat maju, banyak daripada
mereka telah keluar 4 bulan luar Negara dan banyak daripada mereka telah datang
ke Malaysia. Mereka seronok keluar di Malaysia, walaupun kita lemah dalam usaha
pengeluaran jemaah tetapi nusroh yg kita beri kepada mereka sangatlah berkesan
dan mereka terkesan dengan kelembutan orang-orang Melayu dan juga suasana
harmoni dan keindahan Negara kita serta amalan sopan santun kita tetap menjadi
ingatan mereka dan mereka suka akan datang lagi ke Malaysia. Ada diantara mereka
yang telah keluar 4 bulan di Malaysia lebih daripada 2 kali dan pandai berbahasa
Melayu dan boleh bercakap melayu dengan kami dan boleh menterjemah dalam bayan.
Di kawasan akurana kami sempat menghadiri ijtimak mereka, Ijtimak ini hanya
untuk kawasan 2 halkah dengan bilangan masjid yang terlibat 20 buah masjid
sahaja, jumlah yang hadir seramai 3000 orang dan hasil yang dapat keluar 4 bulan
dan 40 hari seramai 150 orang. Route terakir kami ialah di Matale, juga selama 6
hari, di sini kami usaha atas student dimana di hari akhir kami bergerak bersama
3 buah bas bersama student untuk keluar 40 hari ke markas Colombo. Sebenarnya
student ini telah diusahakan oleh orang tempatan, kami Cuma hadiri jor mereka
pada hari terakhir peperiksaan O Level pada hari jumaat dan pada pagi sabtu dan
Ahad mereka mula berangkat ke Markas Colombo
Data yang semat saya kumpul mengenai Sri Lanka
dan tempat yang kami keluar
Keseluruhan Sri Lanka
Bangsa : Singhales(bahasa Singhala),
India(Tamil)
Ugama : Budha, Hindu, Islam dan Kristian (ikut
susunan)
Penduduk Islam: 2 juta orang
Karkun 4 Bulan : 10 ribu orang (sumber syura
Sri Lanka)
Keluar 4 Bulan setiap tahun : 8 ribu orang
(sumber syura S Lanka)
Area/kawasan : 120 area seluruh Sri
Lanka
Markas Area : 120 buah markas seluruh Sri
lanka
Satu markas ada 2 @ 3 @ 4 @ 5 halkah
sahaja
Satu halkah ada 5 @ 6 @ 7 @ 8 buah masjid
sahaja
Cara kerja dakwah di Sri Lanka
1. Mesyuarat harian selepas solat subuh bagi
seluruh masjid di Sri Lanka, penyertaan bergantung kepada jumlah karkun,
Kadang-kadang hampir semua duduk dalam mesyuarat, ada yang separuh jemaah solat
duduk dan ada yang sedikit bergantung kepada kekuatan morhallah
tersebut.
2. Lepas mesyuarat bermulanya DTI/Shif iaitu
taklim setengah jam dan khususi bermula. Dalam mesyuarat dia atur shif bagi DTI,
khidmat dan khususi jemaah dan sebagainya. Shif bermakna mereka membuat DTI
mengikut masa mereka secara berkumpulan, ada yang melapang masa selepas subuh,
ada yang selepas zohor, asar dan sebagainya. Jadi kami menunggu rahaba untuk
khususi kerana di Sri Lanka khususi tanpa rahaba tidak dibenarkan sama
sekali.
3. Gast/jaulah dibuat selepas magrib bagi
seluruh Sri Lanka. Lepas doa solat magrib terus iklan dan selepas sunat magrib
terus diberi adab gast dikawasan belakang ruang masjid. Adab pendek dan ringkas.
Kerana masa antara magrib dan isyak adalah pendek sama saperti di Malaysia, lagi
pula mereka semua bermazhab Syafie, lepas solat ada wirid yang perlu
disempurnkan. Mutakallim bercakap pendek sahaja dan ringkas sebab rumah jauh dan
masa singkat jadi kena pandai membahagikan masa. Bayan diadakan selepas solah
sunat isyak, masa bayan dan taskil lebih kurang setengah jam, tetapi kebanyakkan
yang datang solat isyak semuanya duduk di dalam bayan.. Jika bayan di markas
area, bayan selepas sunat magrib sampai masuk waktu isyak, azan dilaungkan,
bayan berhenti seketika, di Sri Lanka semua mereka menghormati azan, bila azan
dilaungkan semua perbualan dihentikan termasukkanak-kanak akan diam mendengar
azan dan menjawab azan.Selepas azan isya taskil bermula lebih kurang 15 atau 20
minit iqomat dan solat isyak.Kerja-kerja di Sri Lanka ini kita lihat cara
kerjanya bersahaja dan mudah tetapi penuh fakir risau.
Cara mereka memberi targhib yang mudah dan
cara khususi yang simple hingga semua orang merasa mudah membuatnya, kita yang
mendengarnya tidak rasa tertekan dan rasa senang untuk membuatnya. Sebagai
contoh bila kita membuat usaha dikawasan Bandar yang semua orang sebuk dengan
pekerjaan, khususi banyak dijalankan dikedai-kedai, mereka telah memberitahu
kita cara untuk bercakap iaitu, beri salam dan berjabat tangan dan cakap “kami
jemaah dari Malaysia , Insyaallah minta hadir dalam program gast dan bayan waktu
magrib”. Sebenarnya semua yang kita khususi bukanlah karkun tetapi mereka sudah
biasa dengan usaha kerana mereka sering didatangi oleh karkun tempatan dalam
program khususi. Jika kita pergi buat khususi di rumah kita hanya bercakap di
luar rumah kerana rumah mereka kecil tiada ruang untuk tetamu, ini pun kita
bercakap pendek dan ringkas yang penting kita membuat hubungan, kemudian di
masjid nanti kita akan jumpa mereka dan bercakp dengan panjang dan taskil. Usaha
di kawasan luar Bandar , contoh kami pergi ke Akurana kandy, kawasan
pergunungan, cuaca sejuk, kawasan ladang teh, banyak dimiliki oleh orang Islam
juga, rumah mereka besar-besar macam istana, Jika khususi dapat berbual panjang
dan dapat makan minum lagi. Nusroh makanan, mereka membawa kami ke rumah mereka
untuk makan. Dalam route kami, hanya Slave Island sahaja kawasan Bandar yang
sebuk yang lain-lain kawasan Bandar biasa dimana usaha khususi sama dengan
tempat kita.
Perkara yang menkagumkan iaitu usaha keatas
pelajar lepasan O Level (SPM bagi kita). Seluruh Sri Lanka ada 2 masa untuk
pelajar keluar pertama bulan ogos untuk pelejar kolej dan universiti dan masa
kedua untuk pelajar O Level pada akhir Disember. Mereka tamat peperiksaan O
Level hari jumaat dan pada hari sabtu sudah bertolak ke Markas Colombo. Di
Markas kami lihat beribu pelejar yang berusia 16 dan 17 tahun sedia untuk
keluar, mereka tiba di markas siang malam, pagi dan petang hingga memenuhi
markas 3 tingkat , tingkat keempat untuk forein. Boleh dikatakan semua mereka
memakai seluar Jean dan T Shirt bergambar (macam-macam gambar ada), aku teringat
satu bayan maulana kepada kami, dia kata biarlah mereka berlari didalam masjid
dan bergurau atau bergusti jangan marah ini memang tabiat mereka, yang penting
kita hendak bentuk mereka menjadi dai yang baik.
Bila aku lihat keadaan pelajar dan suasana
orang tanggungjawab markas melayan mereka dengan baik dan lemah lembut,
membuatkan aku terkenang bagaimana hendak melayan anak-anak kita dengan lemah
lembut dan kasih sayang, boleh dikatakan di semua masjid aku pergi, orang tua
tidak pernah marah kepada kanak-kanak di dalam masjid.Pelajar mula keluar jemaah
hari Ahad (untuk yang datang hari Sabtu) bagitulah seterusnya. Satu jemaah ada 3
atau 4 orang awam yang datang bersama dengan mereka bagi setiap morhalah dan 20
atau 25 orang pelajar. Jadi setiap jemaah pelajar keluar bersama dengan orang
morhalah mereka sendiri dan setiap 10 hari orang morhalah mereka akan datang
memberi nusroh sehinggalah jemaah ini tangguh. Jadi mereka betul-betul mengambil
tanggungjawab keatas student sehinggalah jemaah itu tangguh. Kita disini taskil
student untuk keluar, bila hantar ke markas student sahaja yang pergi, orang
awam tidak ada dan serah pada markas Sri petaling.
Sri petaling tugasnya untuk selaraskan jemaah
dan menghantar jemaah ke tempat yang sesuai, bukan untuk sedia orang awam untuk
keluar bersama student, inilah kelamahansaya dan kita semua.
Jemaah bertolak pulang ke Malaysia hari
Selasa, selama 3 hari itu jemaah taskil dah beritahu sudah 2500 orang pelejar
dah keluar dan masih banyak lagi yang ada di markas dan akan datang lagi,
mungkin anggaran mereka 5 atau 6 ribu orang pelejar akan datang lagi, jumlah ini
aku rasa munasabah sebab hari selasa itu pelajar yang belum di bentuk jemaah
masih penuh di markas. Kata seorang ahli jemaah Pakistan yang keluar 7 bulan ,
usaha tempatan 2 SETENGAH JAM ATAU 8 JAM MEREKA AMAT KUAT, kami pun belum mampu
buat begini dikalangan student.
Aku sarankan jika ada jemaah Sri lanka yang
sedang bergerak ditempat tuan-tuan gunalah mereka dengan baik dan belajarlah
usaha 5 amal dari mereka, kerana mereka yang datang kesini adalah orang yang
biasa buat usaha tempatan, jika kita tidak tanya mereka, mereka tidak akan
beritahu kepada kita kerana pada pandangan mereka kita ini adalah “orang
lama”.
Akhir sekali jika ada kesilapan dalam
karguzari ini aku mohon ampun dan maaf kepada pembaca sakelian