Bismillahirrohmanirrohim
Alkesah tersebutlah kesah seorang petani
miskin yang berkeinginan untuk keluar khuruj fisabillilah. Adapun petani ini
tinggal bersama isteri dan beberapa orang anaknya yang masih kecil. Kehidupan
mereka bak kata pepatah kais pagi makan pagi , kais petang makan petang, rumah
mereka agak sederhana besarnya , rumah tinggalan pusaka orang tua mereka .
Kerjanya membuat kerja-kerja kampong, ia memiliki sebidang tanah, tanah pusaka
yang luasnya sekangkang kera dibelakang rumah miliknya, dan juga seekor lembu.
Di tanah itulah ia dan isterinya berusaha menanam cili, jagung dan sayur-sayuran
untuk dijual bagi menyara keluarga mereka. Adapun isterinya ini seorang yang
baik hati, bersifat dermawan, suka menjamu tetamu yang datang kerumah mereka
walaupun keadaan mereka susah. Nama petani ini orang panggil Pak Lang dan
isterinya Mak Lang .
Kehidupan mereka bahagia, tidak menyusahkan
orang lain dan setiap hari mereka berusaha untuk meneruskan hidup mereka
disamping memberi pelajaran untuk anak-anak mereka.
Suatu hari sedang Pak Lang dan Mak lang
saperti biasa sedang membuat kerja di kebun dibelakang rumah , mereka didatangi
oleh dua orang lelaki yang berjanggut dan berkupiah, gayanya saperti orang asing
kerana puas diamat-amati orang ini tetapi mereka tidak kenal, Pak Lang
memberhentikan kerjanya. Kedua-dua orang ini menghampiri Pak Lang dan memberi
salam sambil bersalaman dengan Pak Lang. Sambil memperkenalkan diri mereka,
datang dari masjid, bercerita pada Pak Lang tentang agama secara rngkas, sambil
minum air kopi yang disediakan oleh Mak lang. Akhir sekali mereka mengajak
PakLang ke masjid kerana kata mereka di Masjid ada bacaan hadis-hadis Fadzail
amal, terkesan dengan penerangan mereka berdua ini Pak Lang siapkan diri terus
pergi ke masjid bersama mereka.
Di masjid PakLang telah dilayan oleh ahli-ahli
jemaah yang keluar 40 hari dengan baik . Setiap mereka telah memberi layanan
yang maksimum, maklumlah nak dapat seorang yang datang menyerah diri memanglah
susah dan payah, bila dah dapat mesti ikram habis-habisan. Waktu itu usaha
didaerah Paklang belum lagi bermula dan mereka berharap Paklang lah orang yang
akan memulakan usaha disitu. Alhamdulillah dipendekkan cerita, paklang telah
berazam untuk ikut mereka selama 3 hari. Bila sampai masa yang dijanjikan ,
jemaah telah pergi menjemput pakLang dirumah dan setelah memberi sedikit
penerangan pada MakLang, dengan rela hati maka Maklang membenarkan jemaah
membawa PakLang selama 3 hari.
Ini detik permulaan usaha dakwah nabi saw akan
bergerak didaerah PakLang. Setelah habis 3 hari Paklang begitu gembira kerana
perkara baharu telah datang dalam kehidupannya, dimana ia membawa kepada
ketenangan hidup dan keyakinan kepada Allah, Allah yan g mencipta segala
makluknya, allah yang membuat segalanya, yang yang menentukan segalanya,
makluknya hanya berusaha sahaja, kejayaan dan kegagalan ditangan Allah dan
mengikut kehendak Allah semuanya. Kejayaan dalam mentaati perintah Allah dan
beramal mengikut cara sunnah nabi Saw. Atas keyakinan inilah PakLang berazam
untuk memulakan usaha dikampongnya untuk mengajak orang-orang kampongnya
sama-sama yakin ,kejayaan didunia dan akhirat hanya dalam mentaati perintah
Allah dan Yakin kepada Allah yang membuat segalanya dan beramal cara rasulullah
saw. Diatas niat inilah PakLang telah berazam untuk keluar 40 hari, namanya
telah diberi kepada jemaah taskil di Markas. Setelah beberapa kali keluar 3 hari
bersama orang-orang di markas, tibalah masanya untuk keluar 40 hari. Untuk
keluar 40 hari Paklang memerlukan sekurang-kurangnya RM1000, bagi perbelanjaan
untuk keluar dan juga perbelanjaan untuk ditinggalkan pada keluarga dirumah,
sebagai petani miskin wang sebanyak itu memanglah sukar untuk dikumpul. Perkara
ini menjadikan Paklang berfikiran celaru bagaimana nak mencri wang sebanyak itu,
tetapi didalam hati kecilnya yakin bahawa Allah akan menyelesaikan
masalahnya.
Adapun Maklang, ia memerhati gelagat suaminya
ini yang berada didalam keadaan rungsing, sebagai seorang isteri ia telah masak
dengan perangai dan juga keadaan suaminya, bak kata pepatah sekilas ikan diair
sudah tahu jantan betinanya, begitulah keadaan makLang terhadap suaminya. Suatu
malam Maklang telah bertanya hal kepada suaminya, suaminya menceritakan masalah
yang timbul. Kedua-dua suami isteri ini telah bermesyuarat bagaiman hendak
mencari wang sebanyak RM1000 bagi keperluan untuk keluar 40 hari. Setelah
mesyuarat mereka telah membuat satu keputusan yang hebat iaitu dengan menjual
lembu milik mereka, yang mana lembu ini sebelum ini mereka berharap bagi
digunakan untuk membantu mereka semasa kesusahan atau kesempitan yang
mendadak.
Setelah mendapat pembeli bagi lembu mereka,
tarikh penjualan ditetapkan iaitu sehari sebelum paklang akan berangkat keluar
40 hari, lembu itu akan diambil oleh pembeli dengan melunaskan pembayaran
sebanyak yang telah dipersetujui. Percaturannya RM300 dibawa keluar dan baki
ditinggal untuk keluarga dirumah. PakLang menunggu saat untuk keluar 40 hari
pertama kali dengan penuh debaran dan tidak sabar serta hati yang
melonjak-lonjak untuk cepat keluar. Tiba pada hari yang dijanjikan sehari
sebelum keluar 40 hari, maka pembeli lembu pun datang beserta dengan wang .
Dengan hati yang gembira paklang pergi untuk mengambil lembunya yang telah
ditambat dengan baik dipokok belakang rumahnya. Tetiba…… muka Paklang berubah
menjadi pucat, kepalanya berpinar, lembu yang dari tadinya ada diikat dengan
baik telah hilang dari ikatan. Allhuakabar, besok sudah masa hendak bertolak
untuk khuruj, sekarang lembu sidah hilang, aah, pada fikiran Paklang adakah ini
ujian dari Allah pada hambanya yang ingin membuat pengorbanan untuk agamanya.
Paklang pasrah pada kehendak Allah. Setelah membuat kerahan tenaga orang-orang
kampongnya untuk mencari diseluruh kampong dan juga kampong yang berdekatan,
usaha mereka sia-sia belaka kerana lembu tetap juga tidak dijumpai. Maka duit
yang diperlukan itu tidak dapat. Tetapi didalam hati kecilnya tetap yakin ALlah
tetap akan membantunya. Besok adalah hari yang dijanjikan untuk keluar 40 hari
bersama dengan jemaah dimarkas yang telah siap menunggu.
Besok nya. Pagi-pagi setelah bersalaman dengan
isteri dan anak-anaknya untuk ditinggalkan selama 40 hari, perginya tanpa
bekalan sebagai yang diidamkan, dan kepada yang ditinggalkan hanya tanah
sekangkang kera yang perlu diusahakan oleh isterinya berseorangan kerana
anak-anak masih kecil. Dengan niat yang betul pada janji Allah dia pergi
kemarkas diiringi dengan doa seorang isteri yang polos mengharap redza Allah
swt, seperti sahabiah isteri sahabat nabi saw.
Dimarkas Paklang mencerikan hal sebenar yang
berlaku, Syura telah bermesyuarat, dan keputusannya jemaah ini tetap dikeluarkan
juga dan paklang akan bersama –sama keluar dengan jemaah tersebut dan hal ehwal keluarga mereka
akan bermesyuarat. Dengan persaan gembira dan sedih Paklang berangkat keluar
bersama jemaah ini. Sedih kerana keluarga yang ditinggalkan tanpa wang yang
mencukupi, tetapi dengan keyakinan bahawa Allah yang menjaga kita dan memberi
rezeki kepada kita dan Allah tidak akan membiarkan hambanya dalam keadaan susah
apabila suami mereka keluar berjihad di jalan Nya. Allah lah sebagai Pelindung
dan Penjaga mereka.
Kebiasaannya Allah hanya hendak menguji
kesungguhan dan keikhlasan hambanya dalam menjalankan tugas yang diamanahkan
Allah.
Seminggu sesudah jemaah ini keluar , satu
perkara yang aneh berlaku, disuatu pagi lembu yang hilang itu tetiba telah
pulang dan berada di hadapan rumah paklang, maklang apabila melihat ini,
terkejut dan bersyukur kepada Allah, betul sebagaimana kata suaminya sebelumia
berangkat pergi, bahawa Allah akan menjaga dan memelihara keluarganya yang
ditinggalkan kerana Allah untuk berjihad, ini membuatkan keyakinannya semakin
bertambah. Perkara ini telah diberitahu kepada rakan yang mengambil
tanggungjawab pada keluarga maklang. Lembu ini kemudiannya dijual kepada pembali
yang mula dahulu dengan harga yang dipersetujui oleh Pak lang. Wang tersebut
kemudinya telah dihantar kepada paklang mengikut keperluannya dan selebihnya
digunakan oleh Maklang dan Keluarga.
Itulah kehendak Allah kepada hambanya yang
benar-benar ikhlas dan mengharap redza Allah, apabila Allah memberi pertolongan
kepada kita sesiapa pun tidak akan dapat membinasakan kita, sebaliknya jika
Allah tidak menolong kita, sesiapa pun tidak akan dapat menolong kita, oleh itu
sentiasalah kita memohon pertolongan kepada Allah swt. Walaupun sekecil-kecil
perkara.
Masa berlalu paklang dengan gigih berusaha di
kampongnya dan hasilnya beberapa orang telah keluar 4 bulan ke IPB termasuk
paklang sendiri. Begitu juga dengan maklang telah melibatkan diri dalam usaha
Masturat dan sering keluar 3 hari dan 10 hari, rumahnya sering didatangi jemaah
mastuirat 3 hari termasuk jemaah luar Negara, anak-anak mereka ada yang menjadi
hafiz AlQuran dan alimah (perempuan ) salah seorang anak perempuannya telah
berkahwin dengan maulana yang tamat belajar di Pakistan dan telah keluar satu
tahun dijalan allah swt. dan ia sangat aktif membuat usaha juga rumahnya kerap
didatangi jemaah masturat. Itulah keberkatan usaha agama.
Jika dahulu aku sering lihat paklang datang
kemarkas membawa hasil taninya untuk dijual, tetapi sejak kebelakangan ini
semenjak dia dimasukkan ke Hospital kerana serangan jantung semasa ia sedang
keluar 40 hari tahun 2009, aku kurang lihat dia di markas, jarang-jarang sahaja,
mungkin aku rasa rumahnya jauh dari markas dan dia sudah tak daya hendak
bermotosikal kemarkas agaknya. Paklang ini tua daripada aku, Cuma dia dapat
usaha agak lewat tetapi dia “PULUN” buat usaha agama. Aku pun lemah kerana tidak
ziarahnya untuk bertanya khabar, rumah aku jauh dengan rumahnya (alasan taknak
ziarahlah tuu), bila jumpa di Markas pun aku jarang bertanya khabar, sebab aku
sendiri bila di markas , bila duduk disatu tempat aku jarang bangun ketempat
lain, sebab kesihatan aku. Sebab itulah aku hanya perhati kawan-kawan dari jauh
sahaja dan jarang berbual dengan mereka, kecuali jika mereka datang kepada
aku.
Kesimpulannya buatlah usaha dengan penuh yakin
kepada Allah, yang menggerakkan kita adalah Allah, bukan harta, wang dan kuasa
dan juga bukan apa-apa daripada makhluk ini, pohonlah kepada Allah semuga Allah
pilih kita, isteri, anak-anak , zuriat dan harta benda kita untuk agama Allah
swt jangan Allah sisih kita dari usaha agama yng mulia ini . Amiiin.