Manusia adalah sebaik-baik ciptaan Allah s.w.t
dan mempunyai kelebihan. Manusia merupakan asbab hidayah untuk yang lain.
Manusia adalah untuk manusia yang lain. Segala macam boleh dikerjakan oleh
manusia. Manusia dijadikan untuk kepentingan manusia. Kita menganggap bahawa
manusia boleh melakukan segala sesuatu. Manusia tidak bebas dalam perbuatannya.
Manusia dikirimkan ke dunia ini untuk maksud yang tertentu. Bukan untuk
kepentingan dirinya sahaja. Semua ciptaan Allah s.w.t, selain manusia, tidak
diberi satu tanggungjawab pun tetapi manusia dicipta oleh Allah s.w.t untuk
kepentingan sesama manusia. Manusia ini diciptakan oleh Allah s.w.t untuk
kepentingan umat manusia, sebagai pembawa hidayah daripada Allah s.w.t dan boleh
jadi asbab-asbab hidayah untuk yang lainnya. Bukan untuk diri sendiri
sahaja.
Kita tahu maksud kejadian sesuatu benda,
samada digunakan untuk diri dia sendiri atau digunakan oleh orang lain dengan
cara yang salah yang mana ia akan menghapuskan maksud kejadian perkara itu.
Kalaulah benda itu digunakan untuk maksud lain daripada maksud ia diadakan, maka
tidak akan dapat faedah daripada benda itu. Benda itu sendiri akan hilang, akan
binasa. Mana-mana benda yang dijadikan untuk maksud-maksud yang tertentu kalau
digunakan untuk maksud itu, baru ia akan dapat manafaat. Kalau digunakan untuk
maksud yang lain, maka benda itu sendiri akan hilang, akan binasa.
Manusia dijadikan oleh Allah s.w.t dengan satu
tujuan yang besar dan diberi kemampuan yang besar oleh Allah s.w.t. Kalau
manusia ini terpesong daripada ibadat, daripada dakwah, digunakan untuk
benda-benda, maka nilai benda-benda akan meningkat. Sebaliknya kedudukan manusia
akan hilang. Sekarang ini manusia telah terpesong dari usaha nabi-nabi. Mereka
telah usaha atas benda-benda sehingga mereka telah yakin terhadap benda-benda.
Sekarang ini, usaha atas Islam sendiri tidak ada, telah hilang. Manusia telah
diberi satu kerja dan kerja itu telah diengkar oleh manusia sendiri. Bila
manusia digunakan bukan untuk usaha atas manusia, maka yakin manusia telah
rosak. Apabila usaha manusia rosak, maka yakin juga akan rosak.
Usaha dilakukan oleh manusia dan manusia yakin
bahawa dia akan berjaya dengan usahanya. Dia telah tetapkan usaha tertentu.
Usaha sebenarnya untuk manusia telah diberitahu oleh Allah s.w.t. Allah kata,
“Kamu adalah sebaik-baik umat”. Umat ini bukan untuk jadi kerajaan, bukan untuk
jadi pegawai, umat ini bukan untuk perniagaan. Umat ini diketahui tujuan maksud
oleh penjadinya sendiri. Dialah yang tahu apa yang diciptakan. Apabila manusia
ini terpesong daripada jalan nabi-nabi, buat usaha atas benda-benda, maka
bermulalah kerosakan aqidahnya. Mula masuk cinta dunia kepadanya dan mula hilang
ibadat daripadanya. Kerugiannya, kebinasaannya, lahir daripada perkara ini iaitu
bila dia tukar usahanya. Oleh kerana itu, perkara pertama, tanpa perkara ini,
manusia tidak akan betul.
Sekarang ini, peniaga dengan perniagaannya,
petani dengan pertaniannya, pemerintah dengan pemerintahannya, apa sahaja usaha
yang sedang mereka lakukan dan mereka telah yakin dengan usaha-usaha mereka
sehingga begitu sekali mereka yakin kepada usaha mereka, mereka tidak yakin
dengan usaha orang lain. Semua kerja tersebut bukan kerja umat ini. Kerja umat
ini adalah untuk seru manusia kepada Allah s.w.t, ajak manusia kepada perintah
Allah s.w.t, menghalang umat daripada perkara-perkara yang dilarang oleh Allah
s.w.t. Inilah kerja umat ini. Dengan kerja inilah insaniah, kemanusiaan,
sifat-sifat kemanusiaan akan kekal dalam ummah.
Yang mengetahui tujuan satu-satu benda adalah
penciptanya. Pencipta satu-satu benda lebih tahu tujuan satu-satu benda itu
diciptakan. Sekiranya benda tadi digunakan selain daripada tujuan pencipta
menciptakannya, maka, pertama, manafaat tidak akan dapat daripada benda
tersebut, kedua, benda itu sendiri akan rosak. Allah s.w.t yang menciptakan
manusia ini. Dia lebih faham, Dia lebih tahu dengan ciptaanNya dan maksud
ciptaanNya. Allah s.w.t telah terangkan maksud kejadian umat ini, iaitu
“takmurunabil makruf, wa tanhauna ‘anil munkar”.
Sekiranya manusia buat usaha atas benda lain, maka manusia sendiri akan rosak dan manafaat tidak akan dapat daripada manusia. Sekarang ini, manusia telah jadikan segala usaha-usaha sebagai tujuan mereka, sebagai usaha mereka. Peniaga telah usaha atas perniagaan, pekebun telah usaha atas kebun, pekilang telah usaha atas perkilangan, semua jenis usaha masing-masing telah buat, hasil daripada usaha akan datang keyakinan. Sekarang ini usaha atas benda-benda ini telah begitu hebat sehingga masing-masing telah yakin dengan usaha masing-masing, dia akan dapat kejayaan. Begitu sekali keyakinan mereka sehingga mereka sudah tolak usaha yang lain. Peniaga yakin bahawa dengan perniagaanlah mereka akan berjaya dan mereka tidak yakin lagi bahawa dengan pertanianlah akan berjaya. Demikian juga dengan petani, telah yakin bahawa dengan pertanianlah mereka akan berjaya dan petani tidak yakin lagi bahawa dengan perniagaan akan berjaya. Masing-masing sudah tidak yakin antara satu sama lain kerana usaha mereka begitu rupa. Jadi, sepatutnya usaha yang di….kan adalah usaha untuk bina manusia sendiri.
Sekiranya manusia buat usaha atas benda lain, maka manusia sendiri akan rosak dan manafaat tidak akan dapat daripada manusia. Sekarang ini, manusia telah jadikan segala usaha-usaha sebagai tujuan mereka, sebagai usaha mereka. Peniaga telah usaha atas perniagaan, pekebun telah usaha atas kebun, pekilang telah usaha atas perkilangan, semua jenis usaha masing-masing telah buat, hasil daripada usaha akan datang keyakinan. Sekarang ini usaha atas benda-benda ini telah begitu hebat sehingga masing-masing telah yakin dengan usaha masing-masing, dia akan dapat kejayaan. Begitu sekali keyakinan mereka sehingga mereka sudah tolak usaha yang lain. Peniaga yakin bahawa dengan perniagaanlah mereka akan berjaya dan mereka tidak yakin lagi bahawa dengan pertanianlah akan berjaya. Demikian juga dengan petani, telah yakin bahawa dengan pertanianlah mereka akan berjaya dan petani tidak yakin lagi bahawa dengan perniagaan akan berjaya. Masing-masing sudah tidak yakin antara satu sama lain kerana usaha mereka begitu rupa. Jadi, sepatutnya usaha yang di….kan adalah usaha untuk bina manusia sendiri.
Oleh kerana semua usaha-usaha tadi adalah
untuk bina benda, bukan untuk bina manusia, pertanian, perniagaan, perkilangan,
semuanya usaha untuk bina benda, maka hasil daripada usaha yang dilakukan,
benda-benda naik mutunya, naik nilainya, tetapi manusia sendiri telah rosak.
Manafaat yang sebenarnya yang sepatutnya didapati dari manusia, tidak dapat lagi
kerana manusia telah ubah jalan usahanya. Tidak semua usaha yang dilakukan akan
diterima oleh Allah s.w.t, tidak semua usaha akan diberi ganjaran oleh Allah
s.w.t. Tidak semua usaha dijanjikan hidayat oleh Allah s.w.t. Tidak semestinya
manusia buat mana-mana usaha, mesti dapat hidayat. Mana-mana usaha tidak
semestinya akan dapat jalan yang lurus, mana-mana manusia buat mujahadah, buat
usaha atas satu-satu perkara maka jalan itu akan terbuka/terbentang di depannya.
Jalan-jalan yang mana dilakukan mujahadah, diusahakan, maka jalan itu akan
terbuka di depannya, tetapi tidak semestinya mana-mana usaha dilakukan terus
dapat hidayat daripada Allah s.w.t.
Jalan untuk dapat hidayat ditentukan oleh
Allah s.w.t hanya dengan jalan nabi-nabi. Ini telah ditentukan oleh Allah s.w.t.
Sebanyak mana kita mujahadah dalam jalan nabi-nabi, sebanyak itulah kita akan
dapat hidayah. Mana-mana usaha lain, tidak akan dihiraukan oleh Allah s.w.t.
Siapa-siapa yang pilih jalan lain daripada Islam, sekali-kali tidak akan
diterima oleh Allah s.w.t. Allah s.w.t tidak akan terima daripadanya. Sesiapa
yang terpesong daripada jalan nabi-nabi, maka akan terpesong daripada medan
usaha nabi-nabi. Selain daripada usaha nabi, semua usaha yang lain, adalah usaha
dunia, usaha atas benda-benda.
Kita faham bahawa saya bertanggungjawab pada
rumah saya, anak-isteri saya. Tanggungjawab ini disempurnakan oleh
binatang-binatang juga tetapi tidak ada nilai apa-apa pun untuk mereka dalam
menunaikan tanggungjawab untuk isteri dan anak-anak mereka. Tidak ada ganjaran
daripada Allah s.w.t. Mana-mana manusia meletihkan diri dan inginkan ganjaran
atas keletihan dia, maka dia perlu bawa diri dia atas jalan yang betul. Berjalan
di atas jalan yang betul, barulah Allah s.w.t akan beri ganjaran padanya. Allah
s.w.t telah letakkan syarat, “Yang bermujahadah di jalan Kami, sesiapa yang
bermujahadah di jalan Kami, pasti kami bagi hidayah padanya”. Siapa yang
terpesong dari jalan yang sebenar, tidak ada jaminan hidayat daripada Allah
s.w.t.
Seorang rahib telah mujahadahkan diri dia
dalam beribadat kepada Allah s.w.t. Umar r.a lalu di depan menara rahib itu dan
berkata, “Bawa dia turun dari menara”. Wajah dia telah pucat kerana
mujahadahnya, kurus kering, tanggung kesusahan, kehidupan yang susah, tidak
makan, tidak minum, jalani kehidupan ‘rahbaniah’.
Pilih semua kesusahan yang ada dalam ibadat. Umar r.a tengok dia dan menangis.
Orang tanya kenapa menangis terhadap rahib itu? “Saya menangis kerana saya
tengok keadaan rupa parasnya, saya teringat ayat Allah s.w.t, Allah s.w.t kata,
“Tidakkah engkau tahu satu orang yang menyusahkan diri dia untuk ibadat sehingga
kesan ibadatnya datang pada wajahnya”, kesan letih beribadat, apakah hal keadaan
dia? Nampak di wajahnya pucat tetapi usahanya salah, bukan jalan yang betul .
Usahanya telah terkeluar daripada cara kenabian. Dia buat usaha tetapi terkeluar
dari jalan kenabian. Dia buat ibadat tetapi terkeluar daripada jalan kenabian,
dia bawa ‘rahbaniah’
dalam ibadat dan dia telah tinggalkan tanggungjawab dakwah, hidup dengan
bersendirian. Umar r.a menangis tengok wajah dia, dia bermujahadah begitu
sekali, usaha begitu sekali, tetapi kesemua usahanya sedang masukkan dia ke
dalam jahanam.
Iman ini dalam dakwah, dalam ibadah, dalam muamalat, dalam muasyarah, dalam akhlak, semua perkara telah diberi pengajaran, telah diikatkan, tidak ada kebebasan dalam ibadah, tidak ada kebebasan dalam akhlak. Apa yang dia hendak, dia boleh buat, apa yang dia suka makan, dia makan, apa yang dia suka pakai, dia boleh pakai, apa cara yang dia hendak kahwin, dia kahwin, tidak! Dia tidak ada kebebasan langsung, dalam ibadat, dalam usaha. Dalam ibadat dia diperintahkan, dalam usaha dia diperintahkan. Ibadat kepada Allah s.w.t tetapi dia tidak terima Nabi Muhammad s.a.w. Khulasahnya, manusia di dunia ini buat usaha tetapi selagi usahanya tidak kena, tidak sesuai, tidak tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, maka usahanya tidak akan datangkan apa-apa faedah, malah kebinasaan untuk dirinya sendiri. Usahanya sia-sia sahaja, dalam apa bentuk sekalipun.
Iman ini dalam dakwah, dalam ibadah, dalam muamalat, dalam muasyarah, dalam akhlak, semua perkara telah diberi pengajaran, telah diikatkan, tidak ada kebebasan dalam ibadah, tidak ada kebebasan dalam akhlak. Apa yang dia hendak, dia boleh buat, apa yang dia suka makan, dia makan, apa yang dia suka pakai, dia boleh pakai, apa cara yang dia hendak kahwin, dia kahwin, tidak! Dia tidak ada kebebasan langsung, dalam ibadat, dalam usaha. Dalam ibadat dia diperintahkan, dalam usaha dia diperintahkan. Ibadat kepada Allah s.w.t tetapi dia tidak terima Nabi Muhammad s.a.w. Khulasahnya, manusia di dunia ini buat usaha tetapi selagi usahanya tidak kena, tidak sesuai, tidak tepat sebagaimana yang ditunjukkan oleh nabi-nabi, maka usahanya tidak akan datangkan apa-apa faedah, malah kebinasaan untuk dirinya sendiri. Usahanya sia-sia sahaja, dalam apa bentuk sekalipun.
Segala usaha-usaha dunia memang telah
terkeluar lebih awal lagi, malah usaha ibadat sendiri, dalam ibadat sendiri jika
tidak bawa cara Nabi s.a.w, pun tidak akan diterima oleh Allah s.w.t. Dalam
Quran diberitahu, “Dia buat usaha susah-susah, mujahadah, tetapi dia akan
dibakar oleh api yang panas”. Manusia ini, dalam setiap hal, bukan sahaja dalam
iman, bukan sahaja dalam ibadah, tetapi dalam muamalatnya, kerja-kerja dunianya,
perniagaannya, pertaniannya, kerja dunia yang lain, dalam muasyaratnya, dalam
kehidupan rumahtangganya, kehidupan hariannya, dalam akhlaknya, semua sekali dia
tidak bebas, dia tidak boleh buat apa yang dia suka, tetapi dia diperintahkan
oleh Allah s.w.t. Segala perbuatannya terhad dalam apa yang diperintahkan oleh
Allah s.w.t.
Nabi-nabi tidak pernah jadikan medan usaha
mereka selain daripada manusia, tidak pernah, tidak pernah bumi, pokok,
benda-benda, tidak pernah jadi medan usaha nabi-nabi, tetapi medan usaha ambiya
a.s hanya manusia. Oleh kerana itu, dalam hadith beritahu, “Manusia itu sendiri
seumpama lombong-lombong”. Bila dia usaha atas satu perkara, perkara itu akan
terbuka di depannya. Nabi tidak kata, bukit-bukit itu lombong, lombong biasanya
tempat orang buat usaha. Nabi kata manusia itu sendiri lombong. Manusia ada
sifat-sifat yang mana sifat-sifat yang hebat itu akan terserlah, akan zahir
apabila diusahakan atas mereka. Ketakutan atas senjata bila usaha atas senjata
dibuat. Bumi akan keluarkan bijirin, bila manusia buat usaha atas
bumi.
Amal manusia itu sendiri lebih kuat daripada
segala sesuatu yang ada diantara langit dan bumi. Amal yang keluar daripada
badan manusia. Tetapi sekarang ini kekuatan manusia digunakan di tempat yang
lain, salah tempat, maka zahir kekuatan daripada benda-benda. Sedangkan
benda-benda ini telah ditundukkan untuk khidmat pada manusia. Benda-benda yang
sepatutnya tunduk pada manusia telah menguasai manusia. Sekarang ini,
benda-benda ini tidak lagi jadi benda yang bagi kesenangan pada manusia,
sebaliknya ia menjadi benda yang merosakkan manusia kerana manusia telah lupa
usaha yang sebenarnya. Nabi kata, “Manusia ini adalah seumpama lombing emas dan
perak”. Apabila diusahakan ke atasnya maka akan zahir amal daripada
mereka.
Ambiya a.s, nabi-nabi datang buat usaha atas
hati-hati manusia kerana tempat iman hanyalah hati. Anggota-anggota manusia
adalah tempat zahirnya amal. Tempat iman adalah hati. Oleh kerana itu, riwayat
ada mengatakan, “Ambillah fatwa daripada hati kamu sendiri”. Hati ini akan jadi
mufti yang betul, bagi fatwa yang betul, bila mata hati itu terbuka, nampak, ada
basirah, hati yang ada iman. Nifak, sifat munafik adalah kebutaan pada hati.
Allah s.w.t kata, “ Bukanlah buta mata-mata mereka, tetapi buta hati yang ada
dalam dada-dada mereka”. Oleh kerana itu, medan usaha nabi-nabi adalah hati-hati
manusia supaya hati kenal zat Allah s.w.t yang maha tinggi. Nabi-nabi kenalkan
Allah s.w.t kepada hati-hati manusia kerana iman duduk pada hati manusia. Iman
kena sampai pada tempatnya yang sebenar. Nabi-nabi usaha atas insan dan atas
hati-hati manusia. Semua anggota manusia adalah tempat zahirnya amal. Islah akan
datang sebab adanya iman. Amal akan datang sebab adanya iman. Dari kepala hingga
ke kaki, gunakan semua anggota atas dasar hukum Allah s.w.t, itulah dinamakan
Islam dan ini akan datang dengan kekuatan iman. Tanpa iman atau iman yang lemah,
maka akan zahir amal-amal yang bukan Islam. Semua amal manusia dalam apa
lapangan pun yang mengikut hukum Allah s.w.t, ikut sunnah Nabi s.a.w, itulah
yang dinamakan Islam. Amal akan zahir melalui anggota-anggota sebanyak mana ada
iman dalam hati. Islam adalah kezahiran iman. Islam tidak ikut suasana, Islam
tidak ikut keadaan tetapi Islam ikut iman. Islam tidak ikut suasana, Islam tidak
ikut keadaan. Amal yang dibuat ikut suasana, amal yang dibuat ikut keadaan,
bukan Islam.
Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.
Amal yang dibuat dengan dasar iman akan menukarkan keadaan dan suasana. Untuk bina amal, kena bina iman. Amal yang dibuat dengan iman akan kekal dan atas itulah ada janji-janji Allah s.w.t.
Pengenalan orang Islam, Nabi s.a.w kata,
“Orang Islam adalah orang yang mana, orang Islam yang lain tidak dapat kesusahan
daripada lidah dan tangannya”. Nabi s.a.w kata, “Islam itu bukan hanya satu amal
sahaja tetapi seluruh lapangan hidup manusia untuk ikut peritntah Allah s.w.t,
itulah Islam”. Dalam setiap lapangan dalam hidup ada pengenalan dalam Islam.
Pengenalan orang Islam dalam setiap lapangan hidup. Dalam perniagaan, dalam
pertanian, dalam kehakiman, dalam muasyarat, kalau hendak tengok Islam, tengok
orang Islam dalam perkara itu. Kamu hidupkan hukum-hukum Allah s.w.t dalam
lapangan hidup kamu, hidupkan sunnah-sunnah nabi dalam lapangan hidup kamu, itu
akan menjadi asbab hidayat untuk manusia.
Maulana Yusuf rah. kata, “Sesiapa yang
menambahkan sifat-sifat Islam dalam diri dia, maka dialah yang akan jadi sumber
hidayat untuk umat”. Kita hendak usahakan sifat-sifat nabuwah dalam diri kita.
Sifat-sifat ini akan datang berkadar dengan iman. Iman akan datang berkadar
dengan usaha. Bukan dengan perniagaan, bukan dengan pertanian, bukan dengan
kerja-kerja pejabat. Iman tidak akan datang dengan perkar-perkara ini. Iman akan
datang dengan kerja dakwah. Semua nabi-nabi datang dengan kerja dakwah kerana
keistimewaan dakwah itu sendiri untuk membina iman. Dakwah bukan hanya untuk
memperkenalkan Islam atau untuk memperkenalkan amal Islam tetapi keistimewaan
dakwah adalah untuk membina yakin. Semua orang perlu pada dakwah supaya dia
dapat bina iman dan yakin. Orang yang paling baik pun tidak terlepas daripada
keperluan dakwah. Siapa yang buat kerja dakwah, dia akan buat untuk dia
diterima.
Maulana Yusuf rah. kata, “Sebanyak mana
kelemahan iman, sebanyak itulah niat akan rosak”. Niat yang rosak datang
daripada kelemahan iman. Kerosakan yakin menyebabkan amal yang dibuat bukan
kerana Allah s.w.t. Yakin yang rosak menyebabkan cacat dalam niat. Keistimewaan
dakwah ialah untuk membina iman. Dakwah diberikan untuk bina yakin. Untuk
kukuhkan iman, kerja-kerja nabi adalah dakwah ‘illallah’. Bukan setakat mereka sahaja bagi
dakwah tetapi mereka menjadikan orang yang mereka dakwah juga sebagai
da’i. Nabi sendiri telah
beritahu dakwah sesiapa yang terima dakwah ditangan Nabi, maka pada masa itu
juga dia akan jadi da’i.
Bagi dakwah untuk bina iman dia sendiri dan pada masa yang sama juga dia jadikan
orang lain da’i. Ini cara
dakwah Nabi s.a.w.
Usaha untuk iman tidak diberi tumpuan. Orang
tidak sangka bahawa iman itu pun satu benda yang perlu diusahakan. Mereka
menyangka, beramal (buat amal) kemudian barulah iman akan meningkat, sedangkan
tanpa iman, amal tidak ada roh. Kalau tidak ada keyakinan pada janji-janji Allah
s.w.t, apakah benda yang akan bawa manusia kepada hukum-hukum Allah s.w.t?
Siapakah yang akan timbulkan harapan pada janji-janji Allah s.w.t? Siapa akan
bawa manusia ini takut pada amaran-amaran Allah s.w.t? Oleh kerana iman,
sahabat-sahabat sentiasa ada fikir. Banyak mana iman bertambah, maka sebanyak
itulah dia akan takut kepada nifaq. Hanzalah r.a kata dia telah munafik. Abu
Bakar r.a kata dia telah munafik. Ini orang Badar, orang Uhud, tidak pernah
mungkir janji, tidak pernah khianat mana-mana amanah, tidak pernah ada mana-mana
alamat nifaq pun pada mereka, tetapi sebabnya hanya keadaan mereka berlainan
depan Nabi s.a.w, dengar cerita syurga, neraka dan apabila mereka pulang ke
rumah, sudah berubah. Mereka dengar, orang-orang beriman ini, seolah-olah mereka
nampak Allah s.w.t di mana-mana pun. Perasaan mereka depan Nabi s.a.w telah
hilang, sebab itu dia kata, “Hanzalah telah munafik”. Abu Bakar dengar dan Abu
Bakar kata, “Ini pun berlaku pada aku juga”.
Sebanyak mana iman meningkat, sebanyak itulah
seseorang akan takut pada nifaq, akan benci pada nifaq. Tidak mungkin ada
alamat-alamat nifaq dalam diri mereka. Oleh kerana kita tidak ada tumpuan pada
iman, walaupun ada tanda-tanda nifaq dalam diri kita, tetapi kita sangka kitalah
orang yang sempurna. Tidak penuhi janji, khianat dalam amanah, sangka ia satu
kejayaan bila dapat khianat amanah orang. Ini semua tanda-tanda nifaq kerana
tidak ada iman. Oleh itu, perkara yang terdahulu yang perlu diusahakan ialah
atas iman. Iman akan datang bila usaha atas iman.
Usaha iman ialah seru manusia kepada Allah s.w.t tetapi kita telah salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Dakwah sebenarnya untuk da’i itu sendiri. Dakwah ialah untuk orang yang buat dakwah itu sendiri. Siapa yang bagi dakwah untuk dia sendiri, maka dengan dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan orang yang didakwah akan datang kepada apa yang da’i itu yakini. Dakwah adalah untuk da’i itu sendiri. Dakwah untuk pendakwah itu sendiri. Jangan kita salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Apabila kita bagi dakwah pada orang lain untuk bina iman kita, untuk bawa diri kita sendiri kepada amal, untuk bawa yakin kita kepada Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.
Usaha iman ialah seru manusia kepada Allah s.w.t tetapi kita telah salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Dakwah sebenarnya untuk da’i itu sendiri. Dakwah ialah untuk orang yang buat dakwah itu sendiri. Siapa yang bagi dakwah untuk dia sendiri, maka dengan dakwah itu, yakin dia akan bertambah dan orang yang didakwah akan datang kepada apa yang da’i itu yakini. Dakwah adalah untuk da’i itu sendiri. Dakwah untuk pendakwah itu sendiri. Jangan kita salah faham iaitu dakwah untuk orang lain. Apabila kita bagi dakwah pada orang lain untuk bina iman kita, untuk bawa diri kita sendiri kepada amal, untuk bawa yakin kita kepada Allah s.w.t, maka dakwah cara itu akan bawa keyakinan pada diri dia sendiri.
Bila dakwah keluar daripada umat, maka keluar
yakin daripada umat. Bila yakin telah keluar daripada umat, maka dia akan
bergerak mengikut tempat yang dia nampak ada manafaat. Tidak nampak lagi jalan
untuk ambil manafaat dari khazanah Allah s.w.t, melalui perintah-perintah Allah
s.w.t. Dia tidak yakin lagi dengan melakukan larangan-larangan Allah s.w.t, dia
akan dapat kejayaan dan dia akan taat pada apa yang dia yakin. Manusia beribadat
atas apa yang dia yakin.
Rukuk (tunduk), itu bukan hanya ibadat, kita
tidak tunduk di depan selain daripada Allah s.w.t, bererti kita tidak beribadat
selain daripada Allah s.w.t. Ibadat bukannya tunduk di depan mana-mana benda.
Islam bukannya tundukkan kepala pada mana-mana, Islam adalah serahkan diri pada
Allah s.w.t. “Diri saya dan harta saya, daripada lahir hingga mati, seluruh
ibadat, seluruh pengorbanan”. Yang dimaksudkan dengan sembahyang ialah
pengorbanan diri. Semuanya diserahkan kepada Allah s.w.t, itulah yang dinamakan
Islam. Bukan hanya untuk tundukkan kepala. Ibadat bukan hanya tundukkan
kepala.
Apa yang diyakini, kita akan taat pada
benda-benda itu. Apa yang kita yakin, kita akan beibadah pada benda-benda itu.
Nabi s.a.w telah beritahu dalam satu riwayat, “Bila taat sahaja pada satu benda,
maka dia telah beribadat pada benda itu”. Kita tengok antara kita sendiri, kita
taat isteri kita, kita taat perniagaan kita, kita taat kedai kita, kita taat
kerajaan kita, kita taat selain daripada Allah s.w.t. Kita lihat diri kita
masing-masing. Bila taat pada benda itu, maka dia sedang beribadat kepada benda
itu, mahfum hadith Nabi s.a.w, seorang sahabat, dia seorang nasrani, dia telah
beriman dengan Nabi s.a.w. Selepas masuk Islam dia tanya, “Wahai Rasulullah,
sebelum beriman dengan tuan kami beribadat kepada Allah juga, kami taat pada
Allah juga, kami tidak pernah terima selain daripada Allah sebagai Rab, kami
hanya taat pada Allah s.w.t. Sebelum datang kepada tuan, kami dalam satu agama
yang beribadat kepada Allah s.w.t, tetapi kami tidak faham, dalam Quran ada ayat
yang mengatakan, ‘Mereka
telah menjadikan rahib-rahib mereka sebagai tuhan, sebagai Rab, selain daripada
Allah s.w.t’, kenapa Allah
s.w.t kata demikian dalam Quran? Nabi s.a.w jawab, “Beritahu aku, apabila
rahib-rahib kamu, mereka menghalalkan perkara yang haram, mengharamkan perkara
halal, adakah kamu terima mereka?” Kata sahabat tadi, “Ya, apa yang mereka kata
kami terima”. “Kalau kamu terima mereka, maka kamu telah beribadat kepada
mereka”.
Kita tengok kilang, pekebun-pekebun,
pemerintah-pemerintah, tengok majoriti, kita taat sesuatu perkara, maka kita
sedang beribadat kepada benda itu. Segala ibadat-ibadat badan, segala
ibadat-ibadat harta, diri dan harta, daripada mula lahir, semua untuk Allah
s.w.t. Keyakinan pada janji-janji Allah s.w.t akan menyebabkan manusia taat
perintah Allah s.w.t, menjalankan hukum-hukum Allah s.w.t. Taat disebabkan
janji-janji Allah s.w.t. Sebanyak mana keyakinan kepada janji-janji Allah s.w.t,
maka sebanyak itulah manusia akan mampu untuk taat perintah Allah s.w.t tetapi
keyakinan pada makhluk, kejahilan pada agama, kesesatan dari segi aqidah akan
datang bila manusia tinggalkan dakwah. Bila tinggalkan dakwah, pertama,
kejahilan, kedua, kesesatan dari segi aqidah. Tidak akan kenal siapa yang
menciptakannya. Bila tinggalkan dakwah, keyakinan pada Allah s.w.t akan keluar,
keyakinan pada selain dari Allah s.w.t akan masuk sehingga insan tidak boleh
membezakan manakah jalan kejayaan untuknya. Adakah kejayaan saya dalam
perintah-perintah Allah s.w.t ataupun dalam bentuk-bentuk dunia.
Apa yang didakwahkan, itulah keyakinan yang
akan masuk ke dalam hati. Ini satu perkara yang pasti. Kalau buat perniagaan,
tidak mungkin akan datang yakin kepada Allah s.w.t, kalau buat dakwah kepada
pertanian, tidak mungkin akan datang keyakinan pada Allah s.w.t. Dakwah kepada
selain daripada Allah s.w.t tidak mungkin akan datang keyakinan Allah dalam
hati. Keyakinan pada Allah s.w.t datang hanya dengan dakwah kepada Allah. Yakin
kepada Allah s.w.t akan datang bila kita bawa hamba Allah kepada Allah s.w.t.
Bila umat telah hilangkan dakwah, maka datang satu keadaan yang mana telah
menyebabkan hilang amalan makruf nahi mungkar. Sehingga begitu sekali, sehingga
umat telah salah faham iaitu kalau dia sendiri tidak amal, maka dia tidak perlu
dakwah orang lain. Ini kefahaman umat sekarang. Salah faham yang begitu besar
dalam umat. Kerana salah faham ini, kejahilan telah berleluasa dalam umat. Buat
sendiri-sendiri sahaja. Kalau tidak buat amal, jangan beritahu orang lain, ini
salah faham yang berlaku dalam umat. Umat ini telah diberitahu tanggungjawabnya
berkali-kali.
Masa nabi menyediakan umat ini, nabi telah
beritahu tanggungjawab umat ini. Nabi tidak kata, “Kalau kamu tidak amal, kamu
jangan suruh orang lain buat”. Satu orang yang tidak amal untuk diri dia
sendiri, tidak ada kekurangan tanggungjawab dia untuk dakwah orang lain pada
amal itu. Bukanlah dia tidak amal perkara itu, tanggungjawabnya untuk dakwah
orang lain pada amal itu tidak kurang sedikit pun. Satu orang tidak sembahyang
fardhu, kefardhuan dia untuk dakwah orang lain kepada sembahyang tidak kurang
sedikit pun. Satu orang tidak buat satu amal, tidak bererti tanggungjawab dia
untuk bawa umat kepada amal itu berkurangan, tidak! Tanggungjawab dia masih sama
lagi.
Nabi s.a.w telah bangunkan setiap umat ini
pada dakwah. Bagaimana Nabi sendiri buat dakwah. Sesiapa yang ingin lepaskan
diri mereka daripada dakwah nabi, tidak mahu dengar dakwah nabi, tidak mahu
dengar tilawah nabi, yang menyangka Quran adalah sihir, seumpama Tufir b. Amir,
dia masukkan kapas ke dalam telinga dia supaya tidak dengar bacaan Quran Nabi
s.a.w. Tetapi dia menjadi orang pertama dakwah kaum dia. Dia telah terima dakwah
Nabi s.a.w dan telah pergi untuk dakwah.
Rasulullah s.a.w telah bangunkan dakwah kepada
umat. Umat terbahagi kepada 3 iaitu lelaki, perempuan dan kanak-kanak.
Rasulullah s.a.w telah bentangkan dakwah kepada umat ini sehingga pada masa yang
sama, ketiga-tiga jenis orang ini telah terima dakwah, Abu Bakar r.a, Khadijah
r.ha dan Ali r.a. Hari pertama dakwah dimulakan, pada masa itu juga dakwah
diterima. Pada hari yang sama, Rasulullah s.a.w tidak biarkan mereka pada
perniagaan mereka, pada pertanian mereka, tetapi Rasulullah s.a.w telah beritahu
dakwah sebagai maksud dan telah beritahu untuk selesaikan masalah dengan
perintah Allah s.w.t. Rasulullah s.a.w tidak serahkan umat ini pada pemerintah,
pada peniaga, pada petani, tetapi Rasulullah s.a.w telah ajar umat ini,
“Mintalah pertolongan dengan sabar dan solat”.
Rasulullah s.a.w telah beritahu jalan kejayaan
pada umat ini. Inilah jalan kejayaan iaitu “lailahaillallah tuflihun”.
Rasulullah s.a.w telah bangkitkan umat ini pada dakwah kalimah. Asbab hidayah
tidak berada di luar manusia. Asbab hidayah bukan berada di luar manusia. Asbab
hidayah dalam diri manusia itu sendiri. Dalam diri manusia sendiri ada asbab
hidayah. Hidayah tidak dari harta, pada kerajaan tetapi hidayah dapat dari Allah
s.w.t dan asbabnya ada dalam diri manusia sendiri. Siapa yang telah buat usaha
yang betul, gunakan diri dia dengan betul, janji Allah s.w.t yang pasti, dia
akan dapat hidayah. Tufail Addausi beritahu, walau satu orang pun tidak mahu
dengar dakwah, tetapi cara nabi s.a.w bagi dakwah, bukan setakat dia terima
dakwah, dia telah jadi orang pertama untuk dakwah kaum dia. Begitulah bentuk
dakwah Nabi s.a.w. Bukan setakat orang itu terima dakwah, orang itu sendiri
telah bagi dakwah. Itulah cara dakwah yang sepatutnya kita belajar.
Sahabat-sahabat r.a, perangai mereka, tabiat
mereka adalah tabiat dakwah. Mereka tidak anggap kerja mereka itu sebagai kerja
kecuali hanya dakwahlah kerja mereka. Mereka telah dapat nisbat dakwah. Mereka
anggap yang lain-lain itu sebagai nisbat kerja mereka, pertanian, perniagaan,
kerajaan, pakaian, kasut, emas, perak, semua tidak ada apa-apa perhubungan pun.
Mereka buat perniagaan besar-besar, tetapi mereka tidak anggap mereka ada
hubungan dengan perniagaan. Di belakang nama mereka radiallahuanhu wa roduan.
Mereka kenalkan diri mereka sebagai Ansar atau Muhajir, ini cara pengenalan
mereka. Mereka tidak ada hubungan langsung dengan benda-benda lain. Mereka ada
hubungan terus dengan kerja Nabi Ibrahim a.s. Allah s.w.t kata, “Aku namakan
kamu sebagai orang Islam”. Allah s.w.t yang ciptakan kita dan bagi nama pada
kita. Umat ini telah diberi nama oleh Allah s.w.t sebagai orang Islam, bukan
orang peniaga, bukan petani, bukan pegawai.
Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana-mana hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan.
Umat ini tinggalkan dakwah, sehingga dia telah lupa hubungan dia dengan dakwah. Tidak ada mana-mana hubungan dalam sahabat, kecuali hubungan sebagai Ansar atau hubungan sebagai Muhajir kecuali satu orang yang telah berhijrah kerana satu orang perempuan bernama Ummu Qais. Dia dinamakan muhajir Ummu Qais, yang lain semua hanya Muhajir dan Ansar. Dia masyhur sebagai muhajir Ummu Qais, hijrah kerana perempuan.
Begitulah dakwah adalah umum dikalangan
mereka. Ada juga dikalangan mereka, siapa yang ada asbab sahaja, belajar agama.
Buat usaha duit dulu kemudian belajar agama? Tidak! Sahabat-sahabat r.a, banyak
mana kemiskinan mereka, dialah yang paling banyak hasilkan agama. Abu Hurairah
r.a, paling kebulur, paling lapar, tetapi dialah pakar hadith yang paling besar.
Usman r.a orang yang paling lapar, tetapi dia orang yang paling malu sekali.
Jaafar r.a paling lapar, tetapi paling tepat bagi fatwa, mufti paling besar,
yang paling tahu tentang halal dan haram.
Tidak diberitakan agama akan datang sebanyak
mana asbab yang kamu buat tetapi diberitahu bahawa agama akan datang sebanyak
mana usaha yang kamu buat. Agama tidak datang berkadar asbab, tetapi agama
datang berkadar usaha. Agama tidak datang dengan asbab-asbab dunia. Hanya satu
cara sahaja untuk dapat hidayat iaitu dakwah. Sebanyak mana kita dakwah manusia
kepada Allah s.w.t, sebanyak itulah kayakinan kita kepada Allah s.w.t dan bawa
kita kepada sembahyang, bawa kita kepada zikir, bawa kita kepada tilawah, bawa
kita kepada ikhlas. Sebanyak mana usaha dijalankan, sebanyak itulah agama akan
hidup. Atas inilah Nabi telah bangunkan sahabat-sahabat.
Seorang sahabat datang untuk belajar agama,
menunggang unta, jatuh dari unta, patah leher. sahabat lain datang beritahu Nabi
s.a.w, “Telah berlaku sekian-sekian”. Nabi kata, “Tengok keadaan sahabat kamu,
dia telah meninggal”. Nabi s.a.w datang dan tengok dia. Nabi s.a.w kata, “Dia
datang belajar agama dalam keadaan lapar”. “Bagaimana tuan tahu?”, sahabat
tanya. Nabi s.a.w kata, “Saya tahu bila rohnya keluar, bidadari-bidadari datang
bagi makanan pada dia kerana itulah saya tahu dia datang dalam keadaan
lapar”.
Keperluan kita kepada hidayah adalah lebih
besar daripada makanan kita, pakaian, kenderaan, rumahtangga kita. Oleh kerana
itu, hidayah tidak pernah disertai dengan benda-benda yang lain. Hidayat tidak
diletakkan berkadar dengan harta atau berkadar dengan pakaian atau berkadar
dengan benda-benda lain. Satu orang datang beritahu, “Wahai Rasulullah s.a.w,
saya ini hitam, saya miskin, saya hodoh, saya buruk, masukkanlah saya ke dalam
syurga”. Rasulullah s.a.w kata, “ Kenapa tidak? Bahkan saya akan masukkan kamu
ke dalam syurga. Sahabat itu terus bagi nyawanya di jalan Allah s.w.t untuk
takazah agama. Rasulullah s.a.w datang untuk sembahyangkan jenazahnya.
Rasulullah s.a.w senyum apabila tengok jenazahnya. Rasulullah s.a.w kata, “
Rupa/Wajah kamu telah dicantikkan oleh Allah s.w.t, harta kamu telah dibanyakkan
oleh Allah s.w.t”. Hidayat tidak bergantung pada rupa paras. Allah s.w.t tidak
tengok pada rupa paras dan harta kamu. Allah s.w.t tengok keinginan hati untuk
beri hidayat. Nabi s.a.w beritahu sahabat-sahabat, “Rupa buruk, kulit hitam,
miskin, Allah s.w.t telah tambahkan hartanya dan Allah s.w.t telah masukkan dia
ke dalam syurga dan Allah s.w.t telah jadikan dia cantik”. Rasulullah s.a.w
kata, “ Saya tengok bidadari-bidadari syurga bergaduh, siapakah diantara mereka
yang mula-mula sekali masuk ke dalam jubah sahabat tadi”.
Hidayah tidak pernah pandang keadaan
seseorang. Rasulullah s.a.w tidak pernah ajar sahabat cari makan dahulu, lepas
cukup makan, baru buat kerja hidayat atau baru hendak belajar agama. Rasulullah
s.a.w tidak pernah beritahu sahabat-sahabat sempurnakan segala keperluan dunia
kamu, kemudian barulah buat kerja agama. Oleh kerana itu, didapati dikalangan
sahabat-sahabat, walaupun mereka orang paling miskin, walaupun paling lapar
sekali, paling banyak menderita kelaparan tetapi merekalah paling banyak
mujahadah untuk agama Allah s.w.t dalam apa segi sekali pun. Abu Hurairah r.a
paling lapar sekali tetapi muhadith yang paling besar. Kaab b. Malik adalah qari
yang paling baik dan dia juga orang yang paling lapar. Usman r.a mempunyai sifat
yang paling pemalu sekali. Keadaan agama sahabat-sahabat tidak pernah bergantung
pada keadaan dunia mereka. Apa pun keadaan dunia mereka, mereka diajar oleh Nabi
s.a.w untuk buat kerja agama.
Agama terhasil bukan bergantung pada asbab-asbab dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana-mana benda dunia atau mana-mana kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, tetapi tidak ada satu orang pun daripada mereka dihubungkan dengan benda-benda itu. Pengenalan mereka, ta’aruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sebagai peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada ‘radiallahhuanhu’. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat-sahabat. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.
Agama terhasil bukan bergantung pada asbab-asbab dunia tetapi bergantung pada sebanyak mana usaha. Sebanyak mana usaha dijalankan, maka sebanyak itulah agama dapat dihasilkan. Mereka tidak pernah dihubungkan dengan mana-mana benda dunia atau mana-mana kerja dunia mereka walaupun mereka buat benda itu, mereka berniaga, mereka ada kebun, tetapi tidak ada satu orang pun daripada mereka dihubungkan dengan benda-benda itu. Pengenalan mereka, ta’aruf sesama mereka, mereka tidak kenalkan diri mereka sebagai peniaga, petani dsbnya. Sebaliknya apabila kita sebut nama mereka, belakangnya ada ‘radiallahhuanhu’. Pengenalan diantara mereka samada muhajir atau ansar. Inilah keadaan sahabat-sahabat. Muhajir dan ansar, dua keadaan untuk bantu agama, untuk kerja agama.
Kita perlu fikir atas asas apakah Rasulullah
s.a.w telah tinggalkan umat ini? Bagaimana Rasulullah s.a.w, pada hari pertama
lagi, Baginda s.a.w telah bentangkan dakwah pada umat ini dan semasa Baginda
s.a.w tinggalkan umat ini, masa tinggalkan dunia ini. Didapati daripada riwayat,
Rasulullah s.a w tinggalkan 3 perkara kepada umat ini. 3 perkara yang Baginda
s.a.w pesan sebagai pesanan terakhir. Apakah perkara terakhir yang Baginda s.a.w
bagi pada umat ini sebagai wasiat? Wasiat adalah perkara yang wajib diamalkan
kerana orang itu sudah hendak pergi, sebelum pergi dia tinggalkan pesanan. Atas
3 perkara inilah tarbiyah umat ini dan atas 3 perkara inilah umat ini telah
dibangkitkan. Telah diserahkan 3 tanggungjawab ini pada umat ini. Semasa
tinggalkan umat ini, Rasulullah s.a.w tidak beritahu perkara yang baru. Atas 3
asas inilah sebenarnya usaha nabi, tarbiyah nabi.
Kalimah-kalimah terakhir Nabi s.a.w semasa
meninggalkan dunia ini. Baginda s.a.w pesan, pertama, “Assolah, assolah”,
“Jagalah sembahyang, jagalah sembahyang”. Kedua, “Hak-hak hamba. Ketiga,
“Hantarlah tentera Usamah r.a”. Semua orang faham apa kedudukan wasiat dalam
agama. Wasiat ini wasiat siapa? Wasiat Nabi s.a.w, khatammul ambiya, nabi
terakhir. 3 pesanan ini termasuk ibadah, muamalat, muasyarah dan usaha untuk
menghidupkan ibadat, muamalat, muasyarah. Baginda s.a.w beritahu apa yang perlu
dibuat dan beritahu bagaimana perkara-perkara ini boleh dihidupkan. Dalam
pesanan Nabi s.a.w, “Assolah, assolah” telah termasuk semua hukum-hukum Allah
s.w.t. Hak hamba adalah yang paling kecil, tetapi yang paling kecil pun dipesan,
bermakna yang lebih besar daripada itu, hak ayah, hak isteri, hak anak, hak
orang-orang Islam, semuanya dipesan oleh Nabi s.a.w.
Sembahyang adalah tiang agama yang membezakan
antara iman dan kufur. Nabi s.a.w telah pesan tentang sembahyang dan semua
hukum-hukum ibad. Seluruh agama telah dipesan. Bagaimana hendak hidupkan 2
perkara ini. “Jangan kamu terkesan dengan kewafatan aku”. Dakwah diterima
daripada Nabi s.a.w tanpa ada apa-apa halangan. Nabi s.a.w telah tinggalkan 3
perkara ini iaitu hukum Allah s.w.t, hukum ibad dan bagaimana hendak usahakan
untuk hidupkan semua agama ini. Nabi s.a.w pesan, teruskan hantar tentera Usamah
r.a. Apa wasiat Nabi s.a.w? Walaupun datang musibah yang paling besar, apa
musibah yang lebih besar daripada wafatnya Nabi s.a.w? Tidak ada! Walaupun dunia
ini ditimpa musibah yang paling besar sekalipun , jangan tangguh kerja agama,
itulah maksud Nabi s.a.w. Tidak ada musibah yang lebih besar menimpa dunia ini
selain daripada kewafatan Nabi s.a.w, tetapi itupun Nabi s.a.w pesan, jangan
tangguhkan tentera Usamah r.a. Usamah adalah cucu angkat Nabi s.a.w iaitu anak
kepada Zaid r.a.
Oleh kerana itu, kita kena istighfar atas
kelalaian kita dan buatlah keputusan bahawa kita akan jadikan kerja ini sebagai
maksud hidup kita. Sebanyak mana dakwah hidup, sebanyak itulah agama akan hidup.
Iman dan amal akan hidup berkadar dengan dakwah. Sebanyak mana dakwah keluar,
sebanyak itulah agama akan keluar dan kelemahan dalam yakin pun akan datang.
Masalah sebenarnya bukan untuk kita seorang sahaja. Seluruh usaha ini adalah
untuk tukar suasana seluruh dunia. Kalau tidak, keadaan kerosakan akan
mengalahkan agama yang ada pada infradi-infradi. “Aku adalah Rasul kepada kamu
semua dalam satu masa”, untuk orang hitam, untuk orang putih, untuk peniaga,
untuk pekilang, untuk orang yang majoriti, untuk orang yang ada kekuatan
jasmani, untuk raja, untuk menteri, untuk mana-mana kampung, untuk mana-mana
tempat. Nabi s.a.w tidak khususkan pada mana-mana benda ini. Nabi s.a.w datang
untuk semua manusia. Sekarang ini, nabi untuk seluruh umat dan umat ini hanya
untuk infradi mereka, tidak! Tanggungjawab kenabian adalah untuk
ijtima’i, untuk seluruh
umat. Demikian juga tanggungjawab umat ini untuk seluruh umat.
Nabi tidak datang untuk mana-mana kaum tertentu atau mana-mana kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertanggungjawab untuk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertanggungjawab untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah untuk seluruh umat”. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dalam fikir untuk seluruh umat yang lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar daripada rumahnya sendiri, kalau dia keluar untuk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama untuk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yang tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, “Jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka”. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar orang kampung kamu, ajar orang marhallah kamu, ajar orang daerah kamu, ajar orang negeri kamu dan ajar orang seluruh alam.
Nabi tidak datang untuk mana-mana kaum tertentu atau mana-mana kampung tertentu. Nabi s.a.w adalah untuk seluruh alam. Oleh itu, setiap peribadi umat ini juga bertanggungjawab untuk seluruh manusia di seluruh alam. Setiap orang daripada umat ini bertanggungjawab untuk seluruh manusia. Allah s.w.t beritahu pada Nabi s.a.w, “Nabi adalah untuk seluruh umat dan seluruh umat adalah untuk seluruh umat”. Amal untuk peribadi, tidak cukup untuk umat ini. Keselamatan umat ini adalah dalam fikir untuk seluruh umat yang lain. Kalaulah rumah jiran terbakar, dia keluar daripada rumahnya sendiri, kalau dia keluar untuk jaga rumah dia sahaja, maka rumah jiran dia tidak akan selamat dari kebakaran dan kebakaran akan kena rumah dia juga. Kita kena ajar agama untuk keluarga kita. Kejahilan adalah neraka. Keadaan yang tidak ikut agama adalah neraka. Dalam Quran ada diberitahu, “Jaga diri kamu dan keluarga kamu daripada neraka”. Apa maksudnya? Ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan kamu kena ajar agama pada keluarga kamu. Belajar agama dan ajar agama. Ajar jiran kamu, ajar orang kampung kamu, ajar orang marhallah kamu, ajar orang daerah kamu, ajar orang negeri kamu dan ajar orang seluruh alam.
Dengan perantaraan dakwah, kita kena tukarkan
keadaan, tukarkan suasana untuk jaga agama. Kita jaga agama kita dan kita jaga
agama orang lain juga. Sekarang bukan masanya kita lari dari tempat yang rosak
agama dan selamatkan diri. Siapa yang tinggalkan satu tempat untuk jaga agama
dia seorang sahaja bererti dia telah engkar tanggungjawab dia untuk jaga agama
umat ini. Peningkatan agama dalam diri sendiri ialah bila kita usaha untuk
tingkatkan agama dalam diri orang lain. Agama dalam diri kita akan kekal dengan
kita usaha atas agama dalam diri orang lain. Siapa yang tidak dakwah orang lain
untuk bawa pada iman, untuk ajak pada amal, maka dia sendiri telah tutup jalan
keselamatan untuk diri dia sendiri. Tafsir surah Al-Asr, siapa yang amal untuk
diri dia sendiri, tidak bawa orang lain pada amal, dia sedang tutup jalan
keselamatan untuk diri dia sendiri. Perkara yang disebut oleh Quran untuk
selamatkan diri adalah bawa umat kepada amal, bawa umat kepada iman. Ini
ditentukan oleh Quran, cara Quran. Apa yang ditulis dalam Quran bukan sekadar
pengalaman tetapi satu benda yang pasti berlaku. Oleh itu, kita kena tambah
pengorbana kita dan buat azam untuk sebarkan kerja agama ke seluruh
alam.
Jangan tinggalkan majlis, kita sabar, kita
sudah duduk lama, sabar sekejap sahaja lagi, insya’Allah, Allah s.w.t jadikan itu asbab
untuk pilih kita untuk kerja agama sehingga akhir hayat kita. Jangan rosakkan
majlis.
Seluruh umat ini telah dijadikan asbab untuk
hidayat dengan syarat dia digunakan untuk hidayat, bukan untuk asbab dunia.
Sebahagian orang usaha atas dunia, atas benda-benda, sehingga dapat kerehatan
dunia. Sebahagian orang bina senjata untuk dapat keselamatan. Sebahagian orang
usaha atas ubat untuk dapat kesihatan. Bukan itu kerja umat. Umat ini dihantar
sebagai perantaraan untuk hidayat. Rasulullah s.a.w beritahu pada Ali r.a,
“Kalaulah dengan asbab kamu satu orang dapat hidayat, maka lebih baik daripada
unta-unta merah”.
Dengan dakwah infradi akan wujud kemampuan
untuk terima hak. Abu Sufiyan terima Islam, dia satu orang yang keras. Abbas r.a
kata pada Nabi s.a.w, “Serahkan Abu Sufiyan pada saya, saya akan tashkil dia,
saya akan pujuk dia”. Sahabat-sahabat fikir, siapa hendak bagi makan, siapa
hendak ajar sembahyang, mereka semua tunaikan takazah dakwah. Takazah untuk ajak
pada agama, pada ibadat, pada Islam yang sempurna. Dia telah berusaha atas Abu
Sufiyan sepanjang malam. Hasil usaha sepanjang malam, pada keesokan paginya, Abu
Sufiyan nampak satu orang sedang berwudhuk dan dia tanya, “Adakah kamu taat
begitu sekali pada Rasul kamu? Apa sahaja yang dikatakan kamu taat?” Abu Sufiyan
kata, “Anak saudara kamu ada kerajaan”. Abbas r.a jawab, “ini bukan kerajaan,
ini adalah nabuwah”. Sahabat-sahabat taat pada Rasulullah s.a.w. Sahabat usaha
atas orang-orang, mereka dihantar sebagai asbab hidayat. Kalau kita digunakan
hanya untuk dunia, maka kita dalam bahaya. Umat tidak akan dapat hidayat
sebaliknya umat akan dapat kesesatan. Kita kena buat keputusan bahawa kerja
dakwah akan dijadikan sebagai maksud hidup kita. Keluar daripada sini dengan
azam ini, bawa seluruh umat kepada kerja dakwah. Buat kerja ini dengan diri kita
sendiri. Bangun bagi nama. Sesiapa yang ada keinginan untuk tambah masa, bangun
juga. Kita tunggu sampai tashkil habis. Walaupun kita tidak dapat keluar, kita
doa supaya orang dimudahkan keluar dan doa supaya Allah s.w.t pilih kita juga
dimasa yang lain. Tashkil adalah roh pada usaha ini, roh pada dakwah. Dakwah
tanpa tashkil tidak ada roh.