Ilmu dan amal yg tidak ada dengan perantaraan
dakwah akan menjadi adat dan ilmu yg diperolehi secara adat akan menjadi
perantaraan untuk mencari duit…Ilmu ada dua (jenis) iaitu ilmu di lidah dan ilmu
di hati…Ilmu maklumat sahaja tidak cukup…Duduk dalam bayan untuk dapat maklumat,
maka kita tidak akan dapat apa2…Ilmu adalah sepertimana yg dikatakan oleh Nabi
Khidir as kepada Nabi Musa as ” Carilah olehmu ilmu yg dapat kamu amal”…Ilmu
ialah apa (perintah) yg Allah kehendaki ke atas saya…Oleh itu, dalam majlis
bayan kita perlu dengar dengan penuh tumpuan bagi menambah yakin kepada Allah
Taala dan dengan niat untuk amalkan atau islah diri kita serta menyampaikannya
kepada org lain…
Dakwah ialah untuk diri kita, dengan ini kita
akan istiqamah…Pintu taubat sentiasa terbuka, kita dakwah org lain untuk diri
kita…Keistimewaan dakwah adalah ia akan membina yakin
( ilallah) org yg memberi
dakwah…Memberi amaran kepada org lain, org itu tidak akan dapat manfaat tetapi
org yg memberi dakwah akan mendapat kesan…Org yg istiqamah (dalam usaha) akan
maju dalam membuat usaha… Mereka yg membuat usaha agama dengan tidak faham, akan
mendatangkan musibah dan mereka yg membuat usaha agama kerana dunia juga akan
mendapat musibah…
Maulana Ilyas rah.a berkata terdapat dua
golongan org yg membuat usaha usaha tabligh(iaitu) :
1)Mereka yg keluar di jalan Allah untuk
menyelesaikan masalah hutang /sakit /kesusahan…Org yg seperti ini tidak akan
istiqamah (dalam usaha)…
2)Mereka yg keluar di jalan Allah (kerana
menganggap)itu adalah perintah Allah Taala…Org seperti ini akan istiqamah dalam
membuat kerja dan akan mendapat tarbiyyah dan maju (dalam usaha)…
Jalan semua anbiya alaihimussholatu wassalam
ialah dakwah… Setiap nabi permulaan usahanya ialah dakwah kalimah tayyibah…
Dalam dakwah nabi saw, ada dua golongan( yg menjadi medan) iaitu org yg telah
sedia menerima Islam dan golongan yg masih belum menerima Islam… Hari ini salah
faham di kalangan ummat, dakwah iman bukan untuk org yg telah beriman… Dakwah
iman sebenarnya ialah untuk org2 yg telah beriman…Ini adalah sepertimana
difirmankan Allah ” Wahai org2 yg beriman, berimanlah kamu….” .. Manakala untuk
org yg masih tidak beriman Allah telah berfirman (mafhumnya)” Berimanlah kamu
sebagaimana sahabat beriman “… Nabi saw berkata sahabat adalah seperti bintang2
di langit, barangsiapa yg mengikut salah satu daripada mereka pasti akan
berjaya…Hari ini dakwah iman di kalangan org2 islam telah keluar di kalangan
org2 Islam…
Dengan dakwah akan wujud iman, dengan iman
akan datangnya ihtisab (yakin yg betul dengan janji2 Allah), dengan ihtisab akan
menyebabkan seseorang itu dapat beramal… apabila iman lemah, ihtisab akan
menjadi lemah dan amal akan menyebabkan tumbuhnya riak…Para sahabat rahum
berkata kami belajar iman dahulu baru belajar al Quran… Para sahabat rahum
belajar al Quran untuk memasukkan perintah2 Allah dalam kehidupan mereka… Hari
ini ummat membaca al Quran untuk al-faz… (satu ketika) Dalam majlis nabis aw,
ada seorang sahabat ra telah mengumpat… Nabi saw bersabda kepadanya ” Kamu tidak
beriman dengan al Quran..” … Sahabat ra itu berkata, Sesungguhnya saya beriman
dengan al quran ya Nabiyyullah… Nabi saw memberitahunya, org yg beriman dengan
al Quran akan menjauhkan dirinya daripada larangan al Quran…
Rasulullah saw yg mulia pernah bersabda
(mafhumnya), perbaharuilah iman kamu dengan memperbanyakkan dakwah kalimah dan
bukan hanya dengan zikir kalimah… Untuk yakin pada diri kita dan untuk dapat
ikhlas dalam kalimah iman, kita perlu buat dua kerja iaitu:
1) Bercakap nama dan zat kebesaran
Allah
2) Bercakap nizam Allah yg ghaib
2) Bercakap nizam Allah yg ghaib
Dakwah kita perlu menafikan benda yg tidak
nampak dan dakwah ghairullah… Tanpa kita keluarkan yakin kepada ciptaan Allah
barulah kita akan dapat yakin qudratullah…Maulana Yusuf rah.a berkata, asbab2
dijadikan Allah supaya manusia dapat mengenal Allah Taala… Allah jadikan langit
dan bumi, binatang dan seluruh ciptaan Allah untuk manusia ini kenal (kekuasaan)
Allah…Di samping itu, Allah Taala telah hantar nabi2 alaihimussholatu wassalam
di kalangan ummat untuk memperkenalkan ummat kepada Allah Taala… Seterusnya
dalam menguruskan nizamNya, nizam ini akan diubah2 supaya tawajjuh manusia dalam
semua keadaan hanya pada Allah…
Tanpa dakwah kehidupan org2 Islam dengan org
bukan Islam (menjadi) sama sahaja, malahan kehidupan org2 Islam akan bersatu
dengan kehidupan org2 bukan Islam… Org yg membuat dakwah akan mendapat nusrah
Allah terus menerus… Qudrat Allah akan membantu org2 yg beriman supaya iman
yakin mereka tidak rosak… Jika sangkaan org itu kepada Allah lemah, bantuan
Allah tidak akan bersama2 dengannya… Abu Darda ra berdoa dengan penuh yakin
kepada (janji) Allah dan apabila kebakaran berlaku, rumahnya tidak
terbakar.Untuk mendapat bantuan Allah terus daripada qudratNya, kita perlu
bersangka baik kepada Allah kerana Allah bertindak atas sangkaan manusia…
Seterusnya dalam beribadah kita perlu ada sifat taat… Ibadah dan taat berjalan
seiring dan tidak boleh dipisahkan… Abi bin Hatim ra dahulunya adalah seorang
Nasrani dan kemudiannya telah memeluk Islam… Beliau ra telah bertanya kepada
Rasulullah saw, mengapa terdapat firman Allah dalam al Quran yg mengatakan
mereka telah menjadikan paderi2 mereka sebagai rob mereka… Rasulullah saw
bersabda mafhumnya kamu dikatakan beribadah kepada paderi2 kamu kerana apabila
mereka mengeluarkan sesuatu hukum( menghalalkan yg haram dan mengharamkan yg
halal) maka kamu ikut, itulah sebabnya kamu dikatakan menjadikan paderi2 sebagai
Tuhan kamu…Usaha tabligh biasanya mengadakan majlis2 iman iaitu bercakap keesaan
Allah (wahdaniyyah)… Dengan banyak bercakap tentang wahdaniyyah, kita akan putus
daripada (yakin dan harap kepada) ghairullah…
melalui dakwah kita akan dapat
ma’rifah daripada qudrat
Allah… Ibnu Mas’ud ra ingin
memberi tanah kepada seorang sahabah ra, tetapi ia berkata ia tidak
memerlukannya… Kata Ibnu Mas’ud ra, kalau begitu ambillah tanah itu untuk bekalan anak2 kamu…
Sahabah ra ini telah menjawab, ini juga tidak perlu sebab ia telah mengajar
anak2nya ( istiqamah)membaca surah al Waqi’ah…Mengambil ubat ketika sakit adalah
sunnah nabi saw, tetapi sebelum makan ubat hendaklah kita memberi sadaqah,
kerana sadaqah itu menjauhkan kita daripada bala musibah… hari ini org2
mengambil insuran untuk melindungi masa depannya… Nabi saw ada bersabda
mafhumnya, barangsiapa yg yakin selain daripada Allah, Allah akan menyerahkannya
kepada apa yg diyakininya… Asbab yg ada kita gunakan kerana ini adalah perintah
Allah tetapi janganlah kita gunakannya dengan yakin (bahawa ia boleh memberi
mudharat atau manfaat)… dengan amal akan datang bantuan Allah Taala… Org Islam
hari ini berniaga tetapi hutangnya lebih banyak daripada barang2 dalam
kedainya…Qudrat Allah hanya ada pada zat Allah yg Maha Besar… Maulana yusuf
rah.a berkata, apabila kita tidak yakin dengan amal, kita akan bertindak dengan
perkara yg haram… Oleh itu, dalam asbabnya tidak ada barakah kerana asas
asbabnya adalah daripada sumber yg haram… dan doa org yg seperti ini tidak akan
diterima Allah… (Berlakunya perkara) haram dalam asbab kerana kita yakin dengan
asbab, kita tidak yakin dengan amal… Allah mengadakan asbab untuk menguji iman
manusia…
Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa untuk
menunaikan keperluan manusia tanpa asbab kerana Allah Taala Maha Berkuasa atas
segala2nya.Org2 yg beriman akan diuji oleh Allah Taala sebagaimana org2 yg
terdahulu kerana Allah hendak mendengar(melihat) siapa yg benar siapa yg dusta…
Allah perintahkan manusia gunakan asbab (adalah) untuk ujian (atas iman)… Untuk
mendapat (manfaat) daripada qudrat Allah, hanyalah melalui perantaraan amal,
bukan asbab… Untuk org2 yg beriman, perintah2 Allah adalah amal untuk mendapat
manfaat daripada zat Allah… Kita jangan berpuas hati dengan asbab kerana segala
asbab Allah jadikan untuk kepuasan org2 kafir… Kita akan berjaya dalam
pertentangan dengan org2 kafir dengan adanya perantaraan amal… Qudrat Allah akan
bersama2 amal… Allah telah tenangkan nabi saw, janganlah kamu susah hati dengan
apa yg diperolehi oleh org2 kafir… Janganlah bimbang walaupun mereka berkumpul
beramai2, dan janganlah kamu takut kerana sebenarnya hati2 mereka itu
berpecah…Dalam membuat amal, kita perlu ada sifat sabar kerana Allah telah
memerintahkan kita untuk bersabar, solah dan doa… Keburukan amal tidak boleh
diselesaikan dengan ibadah semata2…
Apakah itu sabar? Iaitu menunaikan perintah2
Allah bertentangan dengan keadaan dan kehendak nafsu kita… Amal puasa itu
sebenarnya melakukan perkara yg bertentangan dengan nafsu… Ganjaran untuk sabar
adalah syurga… Allah beri kita keinginan untuk tidur dan dalam tidur Allah
letakkan perintah (atau amal) bangun malam (tahajjud)… Nabi Musa as telah tanya
Allah Taala, adakah Ia tidak tidur? Allah telah perintahkan Musa as pegang dua
biji gelas, ternyata ia tertidur dan gelasnya jatuh pecah… Allah berfirman
kepada Musa as, jika Allah Taala tidur nescaya apa yg ada seisi dunia ini akan
hancur.
Aishah r.ha mencari waktu panas yg terik untuk
berpuasa dan ia bermimpi dapat minum air daripada telaga kautsar… Setelah itu ia
tidak lagi merasa dahaga sampai bila2… Hari ini, org2 Islam dianiaya dan kita
perlu sabar iaitu sabar dengan taqwa… Bersabar tanpa taqwa itulah dinamakan
pengecut… Org2 musyrikin yg tidak yakin dengan Allah Taala, berkata org2 Islam
akan sentiasa memenangi semua peperangan kerana yakin dalam amal soleh iaitu
perintah2 Allah yg mana menyukakan Allah…Doa tidak akan diterima jika tiada
taqwa… Aus bin Malik ra telah ditangkap oleh musyrikin Quraish dan telah diikat
dengan kulit yg susah hendak lepas… Nabi saw beritahu kepadanya, bacalah
‘lahawlawala quwwata illa
billahi ‘ dan (setelah
membacanya) tali2 yg mengikatnya telah terputus… Di luar kurungan ada seekor
unta, ia telah menunggangnya, dan di hadapannya ada berpuluh2 ekor unta milik
musuh… Ia menunjuk tangannya kepada unta2 itu dan unta2 itu mengikutnya sampai
ke rumah…
Dalam hadith nabi saw(mafhumnya), barangsiapa
yg banyak membaca lahawlawala quwwata illa billahi, Allah Taala akan menutup 99
musibah dan yg paling kecil ialah kebimbangan…Ramai org yg bersolah tetapi
imannya tidak betul kerana ia tidak yakin dengan amal solah boleh selesaikan
masalah2 sebaliknya ia lebih yakin dengan perkara yg tidak ada janji2 Allah
Taala… Mereka berjumpa ahli2 nujum(atau sihir) untuk selesaikan masalah2…
Syaitan laknatullah pun mengajar Muaz ra, jika seseorang membaca ayatul Kursi
tiga kali, syaitan tidak akan masuk ke rumahnya… Muaz ra telah tanya nabi saw
mengenai org yg mengajarkannya fadhilah ayatul kursi itu… Nabi saw bersabda
(mafhumnya) itulah syaitan kerana syaitan juga yakin dengan perintah2 Allah
tetapi tidak mahu amal perintah2 Allah…Ada org jumpa saya untuk minta tangkal,
saya telah tanya balik adakah kamu tidak solah… Abdullah bin Mas’ud ra telah sakit mata dan ada seorang
wanita yahudi memakai tangkal dan sakit matanya hilang.. Kata beliau, jangan
masukkan amalan syirik dalam diri saya… Org yg sakit mata, syaitan telah
letakkan tangannya pada org itu dan Abdullah Mas’ud telah ajar doa yg ditunjukkan oleh
nabi saw…Kejayaan kita adalah dengan menunaikan perintah2 Allah dalam setiap
keadaan (dan masa)… Allah Taala mewujudkan hajat supaya kita menunaikan perintah
Allah dalam semua keadaan… Allah perintahkan kita mengamalkan keseluruhan
agamanya dengan yakin…
Tanpa iman, seseorang itu tidak dapat mengamalkan agama
dengan istiqamah… Ummat Islam hari ini mengamalkan agama mengikut suasana… Solah
lima waktu berat baginya tetapi ia sanggup untuk tidak tidur sepanjang malam
supaya hajatnya tertunai… (Maksud)agama bukan untuk barakah… Org akan keluar ke
jalan Allah bila masalahnya selesai… Org seperti ini tidak akan istiqamah keluar
di jalan Allah..Maksud kita mengamalkan agama adalah untuk membina iman yakin yg
betul pada zat dan kebesaran serta kekuasaan Allah dalam diri kita… Siapa yg
hendakkan dunia, Allah Taala akan beri dunia pada mereka tetapi bagi mereka
tidak ada apa2 bahagian pun dalam kehidupan akhirat nanti… Oleh itu kita perlu
bergerak untuk hidupkan agama di kalangan ummat… Kita perlu usahakan setiap org
Islam datang kepada kerja kenabian nabi… Dakwah adalah untuk islah diri sendiri…
Apabila kita dakwah amal ma’ruf, maka Allah Taala akan memberi kekuatan untuk beramal
ma’ruf… Ummat ini telah
tinggalkan kerja amar ma’ruf
nahi munkar kerana menganggap dakwah adalah untuk org lain… Syaitan telah
wujudkan was2 dalam hati org2 Islam yg berdosa… Kamu sendiri tidak melakukan
amal soleh, mengapa kamu dakwahkan org kepada kebajikan sedangkan kamu sendiri
tidak beramal dengannya… (Org ini akan tertanya2) Adakah saya perlu dakwah
sedangkan saya tidak beramal… Seseorang itu perlu mendakwahkan amal soleh
walaupun ia belum beramal dengan sesuatu perkara…