Tamsilan merupakan suatu uslub atau method
untuk menerangkan sesuatu supaya ianya menjadi mudah dan senang untuk difahami.
Allah SWT sendiri kadang kadang menggunakan uslub tamsil bagi memudahkan
hamba-Nya memahami maksud dan matlub Al-Quran. Seperti mana Allah Taala sendiri
menerangkan di dalam surah Al-Baqarah :-
Terjemah: Sesungguhnya Allah SWT tidak malu
untuk menerangkan misal seperti nyamuk atau terlebih kecil darinya (dari segi
kedudukan) Al-Baqarah ayat 26.
Malah masyarakat melayu sendiri telah
menggunakan pelbagai tamsilan di dalam kehidupan seharian mereka. Jika
diperhatikan telah wujud pelbagai tamsil berbentuk pepatah atau bidalan di dalam
percakapan melayu seperti kata orang macam aur dengan tebing untuk menunjukkan
keakraban hubungan seseorang dengan yang lain atau seperti katak di bawah
tempurung untuk menggambarkan sifat jumud seseorang. Di bawah ini Faqir menulis
40 tamsilan di dalam usaha agama yang yang dinukilkan oleh Allah SWT sendiri di
dalam Al-Quran atau disabdakan oleh Nabi SAW dalam Hadis atau yang dinukilkan
oleh Ulamak dahulu mahupun sekarang.
1.) Allah SWT menerangkan :-
Terjemah :- Misal mereka adalah seperti misal
orang-orang yang menyalakan api kemudian tatkala api itu menerangi sekitar
mereka, Allah SWT telah menghilangkan
cahaya mereka dan membiarkan mereka di dalam
kegelapan tidak dapat melihat.
(Al-Baqarah).
Allah SWT telah mengumpamakan orang-orang
munafik yang bersohbat dengan Nabi
SAW seperti orang yang telah menyalakan api
untuk mendapatkan cahaya tapi malang
nya cahaya itu tidak dapat memberi faedah
kepada mereka kerana mereka tidak mempunyai mata untuk melihat. Begitulah
digambarkan orang-orang munafiqin yang mana walaupun duduk di dalam cahaya
hidayah bersama nabi, namun masih belum mendapat hidayah kerana cahaya hati
mereka telah dihilangkan oleh Allah SWT.
2.) Allah SWT berfirman :-
Terjemah :- Misal mereka yang membelanjakan
harta mereka di jalan Allah adalah seperti satu benih yang telah mengeluarkan
tujuh tangkai dan setiap tangkai mempunyai seratus biji buahan. Dan Allah akan
menggandakannya bagi mereka yang dikehendakinya dan Allah mempunyai ilmu yang
luas. ( Al-Baqarah).
Ayat di atas Allah SWT telah mengumpamakan
ganjaran bagi orang yang membelanjakan harta mereka di jalan Allah, pahala
mereka akan bertambah seperti benih yang mengeluarkan tujuh tangkai dan setiap
tangkai pula akan mengeluarkan 100 buahan dan Allah SWT akan menggandakan lebih
dari itu lagi bagi sesiapa yang dikehendakinya
3.) Terjemah :- Maka bandingannya seperti
anjing jika engkau menghalaunya, dijulurkan
Atau engkau membiarkannya pun ia menjulurkan
lidah. (Al-A’raf).
Ayat ini Allah SWT membandingkan ulamak yang
menginginkan dunia dari agamanya dan yang mengikuti hawa nafsunya adalah
seumpama anjing yang sentiasa menjelirkan lidah tidak kira samada kamu
menghalaukannya atau membiarkannya yakni menggambarkan sikap ulamak jenis ini
yang sentiasa menginginkan habuan dunia.
4.) Terjemah:- Misal bagi mereka yang
menjadikan selain Allah sebagai wali adalah seum
pama labah-labah yang membuat sarang.
(Al-Ankabut).
Di dalam ayat ini Allah SWT telah
mengumpamakan bandingan orang yang menjadikan selain Allah SWT sebagai tempat
pergantungan adalah seumpama sang labah-labah yang membuat sarangnya dan
merasakan rumahnya itu amat kukuh lagi utuh, sedangkan dengan satu tiupan angin
sahaja sarang itu boleh hancur. Begitulah mereka yang mengambil selain Allah
sebagai tempat bergantung mereka menganggap itulah tempat pergantungan yang
kukuh, tapi hakikatnya seperti sarang labah-labah sahaja.
5.) Terjemah :- Perumpamaan orang-orang yang
menanggung kitab-kitab taurat Kemudian tidak mengamalkannyaadalah seumpama
kaldai yang membawa kitab-kitab yang tebal.
(Al-Jum’ah).
Di dalam ayat ini Allah SWT telah
membandingkan misal orang-orang yang berilmu, tetapi tidak mengamalkan ilmu yang
dipelajarinya tidak lain hanyalah seumpama seekor
kaldai yang mengusung kitab-kitab yang tebal
lagi banyak yakni ilmu mereka tidak dapat memberi manfaat kepada mereka dan
orang lain.
6.) Hadis Nabi SAW :-
Terjemah :- Perbandingan orang yang berzikir
pada Allah dan orang yang tidak berzikir adalah perbandingan orang yang hidup
dan orang yang mati.
Hadis ini menerangkan perumpamaan orang yang
sentiasa mengingati Allah SWT dan orang yang lalai kepada Allah SWT adalah
seumpama orang yang hidup dan orang yang mati yakni orang yang berzikir ibarat
orang yang hidup di sisi Allah dan orang yang lalai ibarat orang yang mati di
sisi Allah SWT.
7.) Terjemah :- Sifat hasad (dengki) akan
menghilangkan amalan sepertimana api yang membakar kayu yang kering.
Hadis ini menerangkan tentang bahayanya sifat
dengki mendengki kerana ianya akan melenyapkan segala amalan kebaikkan yang kita
buat sepertimana cepatnya api yang marak memakan kayu api yang
kering.
8.) Terjemah:- Orang mukmin di dalam masjid
seumpama ikan di dalam laut.
Hadis menggambarkan sifat sebenar orang mukmin
apabila mereka berada dalam masjid iaitu sentiasa tenang dan aman sepertimana
tenang dan amannya ikan-ikan
apabila berada di dalam air.
9.) Terjemah:- Tinggallah di dunia ini
seolah-olah engkau seorang pedagang atau seorang musafir.
Hadis bermaksud Rasulullah SAW menasihatkan
kita semua supaya tinggal di dunia yang fana ini seperti seorang yang asing atau
seorang musafir yang sentiasa memikirkan untuk meneruskan perjalannya tanpa
melengah-lengahkan perjalanannya supaya cepat sampai di destinasi. Begitulah
kehidupan kita di dunia ini adalah ibarah musafir yang sedang dalam perjalanan
kepada Allah SWT.
10.) Terjemah:- Sembahyang adalah tiang agama,
barangsiapa yang mendirikan sembahyang, sesungguhnya dia telah mendirikan agama
dan siapa yang meninggalkan sembahyang, sesungguhnya dia telah meruntuhkan
agama.
Hadis menggambarkan bahawa solat itu sebagai
tiang agama. Sesiapa yang mengqaimkan sembahyang seolah-olah dia telah
mendirikan agama, dan sesiapa meninggalkan sembahyang seolah-olah dia telah
meruntuhkan agama.
11.) Terjemah:- Dunia adalah penjara bagi
orang mukmin dan syurga bagi orang kafir
Hadis mengumpamakan dunia ini adalah seperti
penjara bagi orang mukmin yakni sepertimana dalam penjara banduan tidak bebas
dan tidak boleh melakukan sesuatu sesuka hati begitu juga di dunia orang mukmin
tidak boleh berlandaskan nafsu samata. Bagi orang kafir pula dunia ibarat syurga
kepada mereka kerana mereka tidak terikat dengan syariat.
12.) Terjemah:- Ulamak di kalangan umatku
adalah seumpama Anbiya bani Israel.
Hadis menerangkan tentang kehebatan ulamak di
kalangan umat Nabi Muhammad SAW adalah seumpama darjat Nabi-nabi di kalangan
bani Israel.
13.) Nabi SAW mengumpamakan sifat ulamak
adalah seumpama Ghais Kasir (awan yang mengandungi hujan) yang mana awan ini
bergerak ke seluruh dan setiap kawasan samaada di gunung, gurun, hutan dan
lautan atau di tanah lapang. Di kawasan mana awan ini bergerak ia akan
menurunkan hujan yang seterusnya akan membasahi bumi di setiap kawasan tersebut
tadi. Begitulah ibarat ulamak yang disifatkan sebagai sentiasa bergerak kepada
setiap umat samada jahil alim tua atau muda untuk memberikan dakwah.
(Mafhum Hadis Nabi SAW)
14.) Terjemah:- Ilmu nahu di dalam kalam
adalah seumpama garam di dalam masakan.
(Qaul Ulamak)
Ungkapan ini menerangkan tentang kepentingan
menguasai ilmu nahu di dalam pengajian ilmu agama adalah seumpama pentingnya
garam dimasukkan di dalam sesuatu masakan. masakan akan menjadi hambar apabila
tidak dimasukkan garam.
15.) Kehidupan akhirat adalah kekal abadi dan
dunia ini akan berakhir (fana) dan tidak kekal seumpama kalaulah dunia ini
dipenuhi dengan biji-bijian. Selepas setiap seribu tahun akan datang seekor
burung yang bertugas untuk mematuk sebiji daripada bijian itu dan membawanya ke
planet lain, lama kelamaan bijian itu akan kehabisan pada suatu hari. Tapi
kehidupan akhirat adalah satu kehidupan yang tiada pengakhirannya.
(Imam Ghazali)
16.) Manusia yang mengumpul harta dan membina
rumah yang besar di dunia ini dan pada masa yang sama tidak mengenali kehebatan
Allah adalah seumpama seekor semut yang membuat sarangnya di salah satu daripada
beribu-ribu tiang istana raja. Semut itu merasakan sarang yang dibinanya amatlah
hebat sedangkan ianya hanyalah secebis dan menumpang di salah satu tempat yang
amat terpencil di tiang istana raja. Begitulah ibarat manusia yang membina
binaan yang hebat-hebat. Haqiqatnya mereka hanyalah menumpang di secebis tempat
di sebuah binaan Allah Taala yang Maha Agung.
(Imam Ghazali).
17.) Kesah seorang raja yang bermimpikan
sekumpulan pengembala unta yang sedang berlari-lari di atas bumbung istana
baginda. Sang Raja bertanya apakah yang kamu sedang buat di atas bumbung
aku.Dijawabnya kami sedang mencari unta yang hilang.Jawab Raja kenapa kamu semua
bodoh kerana mencari unta di sini?. Di balas balik oleh pengembala sebenarnya
kamulah yang bodoh kerana inginkan hidayah Tuhan tapi mencarinya di istana.
Selepas itu, Raja pun beruzlahlah dan meninggalkan istana sehingga telah menjadi
Waliallah yang terkenal.
(Kesah Ibrahim Idham).
18.) Maulana Ilyas RA berkata amat senang
untuk seorang memasuki syurga iaitu hanyalah melalui dua langkah sahaja. Satu
langkah menekan nafsu syahwat dan satu langkah lagi telahpun melangkaui syurga.
Mengumpamakan seseorang yang ingin memasuki syurga hanyalah perlu mengekang diri
daripada mengikut hawa nafsunya iaitu dengan mengikut segala perintah Allah dan
Rasul dan mengelak diri daripada apa yang dilarang oleh Allah dan Rasulnya.
Apabila mati syurga akan menunggunya.
( Malfuzat Maulana Ilyas).
19.) Maulana Ilyas mengumpamakan kurniaan
Allah SWT dua mata kepada manusia seolah-olah mata pertama untuk melihat
kebaikkan yang ada pada orang lain dan satu mata lagi digunakan untuk melihat
kelemahan diri kita sendiri.
(Malfuzat Maulana Ilyas).
20.) Maulana Ilyas mengumpamakan kerja dakwah
sebagai ibu kepada segala kebaikkan adalah ibarat seekor burung yang diletakkan
di dalam lingkungan seratus cermin. Maka akan tergambarlah seratus ekor burung
di dalam cermin tadi. Tapi apabila kita menangkap burung yang asal di tengah,
maka dengan sendiri seratus ekor burung yang tampak di dalam cermin akan kita
miliki. Begitulah ibarat apabila kita mengambil kerja dakwah, segala sifat
mahmudah yang lain akan beransur-ansur datang dalam kehidupan kita.
(Maulana Ilyas).
21.) Umat yang tidak mahu bermujahadah dan
hanya mengamalkan agama yang selaras dengan nafsunya hari ini diibaratkan oleh
Maulana sebagai seorang yang mahu tubuhnya ditulis tattoo singa. Apabila Si
penulis mahu melukis ekor singa dia merasa sakit lalu dia menyuruh dibuang
sahaja ekor singa dan katanya tanpa ekor pun tetap nampak singa. Bila hendak
dilukiskan kaki singa dia merasa sakit lagi dan di suruh buang kaki singa.
Lama-kelamaan singa yang dilukis tidak lagi kelihatan singa. Begitulah ibarat
umat hari ini yang tidak mahu mengamalkan sunnah. Apabila dikatakan simpan
janggut, ianya bertentangan dengan nafsu dan berkata tanpa janggut pun masih
lagi tinggal agama. Bila dikatakan pergi sembahyang jemaah dia berkata tanpa
jemaah pun agama masih wujud. Lama-kelamaan agama ini tidak lagi tinggal
agama.
(Maulana Yusof).
22.) Maulana Yusof RA mengumpamakan orang
mukmin sebenarnya adalah seperti singa yang sentiasa memakan makanan atau daging
yang segar sahaja iaitu tidak memakai bangkai. Begitulah ibarat kehebatan mukmin
sepertimana Sahabat RA yang mana sentiasa makanan yang di nusrah Allah SWT. Dan
harta yang paling bersih adalah ghanimah (harta rampasan perang). Sayangnya
orang islam telah meninggalkan kerja dakwah hari ini mereka terhina.
(Maulana Yusof).
23.) Maulana Yusof mengumpamakan Daie ibarat
sebuah matahari yang akan menyinarkan cahaya di kawasan mana yang di suluhnya
bermula dari timur ke barat. Begitulah seorang daie akan menyinarkan cahaya
hidayah kepada setiap orang yang di dakwahkannya.
(Maulan Yusof).
24.) Maulana Umar Palampuri mengumpamakan
keyakinan seorang daei hanyalah kepada yang Maha Esa. Umpama seorang yang
membawa cermin dan kemudian pergi ke tengah medan yang gelap lalu dilihat di
dalam cermin itu bulan yang cantik. Walau bagaimanapun dia meyakini bulan yang
asal adalah tetap di atas. Begitulah seorang Daie yang mempunyai sepuluh kedai
miliknya tapi keyakinannya tetap kepada yang Maha Esa yang memberi rezeki
hanyalah Allah SWT.
(Maulana Umar Palampuri).
25.) Kata Maulana Zakaria RA seorang yang
mengambil habuan daripada agamanya adalah seumpama seorang yang mencuci mukanya
dengan kasut. Tidak mustahil mukanya akan bersih tapi perbuatan begitu adalah
perbuatan orang yang bodoh. Begitulah ibarat orang agama yang mementingkan
habuan dunia yang tidak mustahil bahawa dia akan mendapat habuan dunia dari
agamanya tapi perbuatan itu adalah amat dikeji Allah SWT.
(Maulana Zakariya Fadhail Amal).
26.) Kata Maulana, perbuatan orang ramai yang
tidak mahu megamalkan perintah agama kerana ianya disampaikan oleh orang biasa
adalah umpama satu orang yang tidak mahu mendengar perintah raja hanya kerana
ianya disampaikan oleh tukang sapu jalanan.
(Maulana Zakariya Fadhail Amal).
27.) Seorang yang telah mendapat Nur Iman akan
mengenali setiap afrad daripada perintah Allah SWT sepertimana seorang petani
yang mengenali setiap jenis daripada tanamannya.
(Haji Abdul Wahab).
28.) Seorang yang mendakwa mencintai Allah SWT
dan tidak menyintai selain Allah adalah seumpama seorang lelaki yang mendakwa
menyintai seorang perempuan yang cantik. Perempuan itu berkata betul kamu
menyintaiku? Dijawabnya benar. Perempuan itu berkata lagi cuba lihat di
belakangku kakakku yang lebih cantik dariku. Lelaki itu berpaling darinya.
Wanita itu berkata jika benar kamu menyintaiku,kamu sesekali tidak akan
berpaling dariku. Begitulah diri kita yang mendakwa menyintai Allah tetapi
sentiasa berpaling kepada makhluk lain setelah diuji-Nya.
(Haji Abdul Wahab).
29.) Seorang yang menyebut nama Allah
hendaklah menggambarkan juga sifat yang lain yang ada pada Allah seperti Rahman,
Ghafur Qodir dan sebagainya sepertimana seorang anak yang menyebut nama ibunya
tetapi tergambar segala sifat ibu seperti penyayang pemaaf dan
sebagainya.
(haji Abdul Wahab) .
30.) Seorang yang membuat usaha agama dan
hanya tawajuh kepada golongan yang kaya sahaja seumpama seorang penyembelih
lembu yang memegang-megang tubuh lembu sebelum disembelihnya. Orang ramai
menyangka tukang sembelih barangkali kasihankan lembu yang akan disembelihnya
tapi sebenarnya tukang sembelih sedang memeriksa banyak mana daging yang
terdapat pada lembu itu. Begitulah seorang yang membuat usaha kepada orang kaya
sekaligus terlihat dia seolah-olah kasihankan orang kaya itu yang sibuk dengan
dunia, tapi pada haqiqatnya pada masa yang sama dia sedang memerhati banyak mana
dunia yang ada pada si kaya supaya dia juga dapat faedah dari si kaya
itu.
(Mufti Zainal Abidin).
31.) Keadaan umat yang mengamalkan hanya
sebahagian daripada syukbah agama dan menganggapnya itulah keseluruhan agama
adalah seperti golongan orang buta yang tidak mengenali gajah. Apabila si buta
pertama memegang ekor gajah dia berkata rupa-rupanya gajah adalah seperti ular.
Si buta kedua memegang perut gajah dan berkata gajah adalah seperti dinding.
Yang ketiga datang dan memegang kaki gajah dan berkata rupanya gajah adalah
seperti pohon kayu. Sebenarnya itu semua adalah hanya sebahagian daripada gajah.
Begitulah keadaan umat hari ini yang hanya mementingkan sembahyang dan
menganggap itulah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan zikir dan berkata
inilah keseluruhan agama. Ada yang mementingkan jihad dan mendakwa inilah
sebenarnya agama. Haqiqatnya itu semua adalah sebahagian agama dan bukannya
keseluruhan agama.
(Mufti Zainal Abidin).
32.) Mufti Sahab berkata lagi seorang Daie
adalah penyelamat kepada umat ini. Apabila seorang Daie pergi berdakwah kepada
umat, selalunya orang ramai akan lari mengelakkan diri dari si pendakwah tetapi
sekali mereka tertangkap dan dihantar keluar 3 hari mereka akan bertaubat pada
Allah SWT dan merasa bersyukur kepada orang yang membawanya keluar sepertimana
burung yang berada di dalam sangkar pada mulanya lari bertempiaran apabila ada
tangan yang ingin menangkapnya tetapi setelah tangan itu melepaskannya di luar
sangkar barulah dia tahu bahawa tangan itu sebenarnya adalah tangan
penyelamat.
(Mufti Zainal Abidin).
33.) Mufti Sahab berkata kita bukan saja harus
meninggalakn dunia semasa menuju kepada sembahyang, malah kita juga harus
meninggalkan khayalan tentang dunia. Apabila kita menuju untuk sembahyang kita
telah pun meninggalkan dunia ketika menggangkat takbirot-ul-ihram tetapi tidak
semestinya kita telah meninggalkan khayalan tentang dunia umpama kipas yang
sedang ligat berpusing tidak akan terus berhenti apabila kita menutupnya. Ianya
mengambil masa yang lama untu berhenti. Jadi, cara untuk meninggalkan khayalan
tentang sembahyang ialah dengan datang awal ke masjid dan menunggu untuk
sembahyang dengan melakukan amalan seperti sembahyang sunat, tilawat dan
lain-lain, barulah khayalan akan terhapus.
(Mufti Zainal Abidin).
34.) Pernah satu ketika di Ijtimak Raiwend
Mufti Sahab pernah berkata kepada orang Malaysia dan Indonesia yang bermazhab
Syafie. Hai! Pengikut-pengikut Syafie kamu telah mewajibkan Fatihah dibaca dalam
setiap rakaat sembahyang kamu dan dalam Fatihah ada ungkapan Tunjukilah kami
Jalan Hidayah!. Kalaulah Hidayah kamu telah mewajibkannya bagaimana usaha atas
hidayah itu menjadi tidak wajib?.
(Mufti Zainal Abidin).
35.) Usaha agama adalah satu tanggung jawab
umat ini. Seorang yang mementingkan hanya pahala daripada usaha agama seumpama
seorang yang pergi mendapatkan ubat kepada ibunya yang terlantar sakit dan
mengharapkan pahala daripada usahanya untuk mendapatkan ubat itu. Maka
sebenarnya dia telah berlaku zalim kepada ibunya.
(Maulana Nazir-ur-Rahman).
36.) Seorang yang menginginkan Cinta Allah
tapi dalam hatinya masih menebal cinta dunia adalah seumpama seorang faqir yang
meminta-minta madu pada setiap rumah yang dia pergi. Setelah tuan rumah keluar
dan ingin menuangkan madu kepadanya dilihat bekas si faqir itu dipenuhi dengan
kotoran. Tuan rumah membatalkan niatnya dan berkata pergi dan bersihkanlah
dahulu kotoran dan kemudian kembali lagi. Begitulah yang terjadi di rumah yang
kedua. Allah SWT hari ini juga boleh memberi cinta dan keyakinan-Nya kepada kita
tapi masalahnya hati kita masih dihantui dengan cinta dunia. Maka tugas pertama
kita adalah untuk mengikis cinta dunia di dalam setiap hati kita.
(Maulana Nazir-ur-Rahman).
37.) Perselisihan umat hari ini adalah
disebabkan percanggahan pendapat yang memahami Al-Quran mengikut tafsiran
sendiri seumpama kesah empat orang yang terdiri daripada empat pakar bidang
tertentu telah memasuki hutan. Orang pertama adalah ustaz, yang ke-dua tukang
masak, ketiga tukang sembelih dan yang keempat adalah pahlawan. Tiba di satu
tempat mereka telah mendengar satu kicauan burung yang merdu dan berirama.
Pahlawan mengatakan aku faham apa maksud kicauan burung itu sambil menyebut
“jatuh dan lipatkan tengkuk” senada dengan irama kicaun burung itu. Tukang
sembelih kata kamu salah sebenarnya burung itu berkata begini “pisau letak di
tengkuk”. Tukang masak kata kamu juga salah sebenarnya begini “bawang, kacang
dan daun sup”. Akhir sekali kata si ustaz kamu semua salah sebenarnya burung itu
berkata begini, “Subhanallah punya Qudrot”. Begitulah ibarat setiap orang yang
memahami Al-Quran dengan persepsi yang terhasil dari bidang masing-masing. Maka
serahkanlah pada Ulamak yang pakar dalam bidang ini.
(Maulana Jamsyed).
38.) Keadaan umat yang tidak memahami
keperluan utama umat hari ini seumpama seorang yang hampir terjatuh ke lembah
dalam yang mana separuh tubuhnya terjuntai ke bawah. Datang satu orang untuk
menyelamatkannya tapi dilihat bibir mangsa amat kering lalu diberikannya air di
sangka mangsa mungkin kehausan. Orang kedua datang dan melihat kakinya terluka
lalu disapukannya ubat. Kedua-dua tindakan mereka tidak salah tapi tidak kena
pada tempatnya, Sepatutnya apa yang perlu dibuat adalah pertama sekali tarik
mangsa itu dahulu ke daratan barulah boleh diberikan air atau seumpamanya kerana
itu keperluan utamanya. Beginilah ibarat umat hari ada yang berpendapat umat
hari ini memerlukan peningkatan ekonomi, maka ekonomi mesti di fokuskan. Ada
yang kata umat kurang pendidikan, maka pendidikan mesti diutamakan. Haqiqatnya
segala masalah umat hari ini adalah disebabkan kekurangan iman, maka hari ini
umat memerlukan peningkatan iman terlebih dahulu barulah mereka boleh di
selamatkan daripada pelbagai penyakit umat dan selepas itu barulah benda lain
datang dengan sendirinya.
(Maulana Tariq Jamil).
39.) Keadaan umat yang hanya suka menegur dan
menuding jari terhadap kerosakan umat hari ini adalah seperti orang ramai yang
melihat satu lukisan wajah seseorang. Maka satu orang datang dan memangkah pada
hidung dan berkata hidungnya bukan begini. yang kedua datang dan memangkah
sambil berkata keningnya bukan begini. Lama-kelamaan lukisan itu akan dipenuhi
dengan isyarat pangkah. Sepatutnya orang yang mengetahui kesilapan hendaklah
menyapu dengan pemadam dan membetulkannya di tempat yang salah. Beginilah ibarat
masyarakat hari ini yang hanya pandai menegur dan menuding jari sepatutnya
mereka sama-sama turun medan untuk membaiki kesilapan umat. Barulah umat akan
kembali terislah.
(Maulana Ubaidullah Raiwind).
40.) Rasulullah SAW telah membuat kerja dakwah
dan Baginda SAW telah pun wafat dan meninggalkan dunia ini. Namun kerja masih
lagi berbaki. Seumpama di dalam mazhab Hanafi si musafir diwajibkan sembahyang
qasar sempanjang perjalanan. Apabila si musafir tadi disuruh menjadi imam di
suatu tempat, dia juga diwajibkan hanya sembahyang dua rakaat qasar sahaja.
Tetapi si muqim yang menjadi makmun di belakang mereka tidak boleh mengikut imam
dengan hanya menunaikan dua rakaat saja, malah mereka hendaklah menambahkan dua
rakaat lagi bersendirian. Setelah selesai empat rakaat barulah Imam dan Makmun
sama-sama berdoa. Begitulah Rasulullah SAW di ibaratkan seperti Imam tadi yang
telah menyelesaikan tugasnya dan baki tanggung jawab telah ditinggalkan oleh
Rasulullah SAW untuk kita selesaikan sama seperti makmun tadi yang berbaki dua
rakaat. Begitulah jarak masa untuk sama-sama kita dibangkitkan bersama
Rasulullah SAW di akhirat kelak hanya ibarat dua rakaat sembahyang.
(Mufti Zainal Abidin).
Alhamdulillah, bitaufiqillah lengkaplah sudah
40 tamsil di dalam usaha agama di sini. Faqir mengkhatamkan tamsil ke-empat
puluh dengan Qaul Mufti Zainal Abidin untuk mengingatkan kepada semua umat
bahawa tanggung jawab yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW untuk ditunaikan
kita masih lagi berbaki. Sama-samalah kita berdoa dengan Allah SWT supaya
memberi taufiq kepada kita dan keseluruhan umat untuk menyambung tugas yang di
tinggalkan oleh Rasulullah kepada kita. Masa untuk dibangkitkan bersama
Rasulullah SAW adalah sangat sedikit berbaki iaitu umpama jarak dua rakaat
sembahyang. Dan Faqir percaya hanya satu rakaat yang masih berbaki kerana
Rasulullah SAW telah pun meninggalkan kita selama lebih 1400 tahun.