Telah ditakhrijkan oleh At-Tirmidzi dan di
hasankannya, Ibmu Majah, Ibnu Hibban dan lafadznya oleh Bukhari dari Abu
Hurairah ra. katanya, Rasulullah shallallaahu 'alayhi wa sallam telah mengutus
satu jema'ah yang terdiri dari beberapa orang. Sebelum mengutus mereka keluar,
Rasulullah SAW telah mendengarkan bacaan Al-Qur'an dari setiap orang dari
mereka. Baginda SAW telah mendatangi seorang lelaki yang paling muda di antara
mereka lalu bertanya, "Adakah kamu menghafal Al-Qur'an?". Lelaki itu menjawab,
"Ya, aku hafal beberapa surah dan surah Al-Baqarah". Rasulullah SAW bertanya
lagi, "Apakah kamu hafal surah Al-Baqarah?". Pemuda itu menjawab, "Ya".
Rasulullah SAW pun bersabda, "Pergilah, kamu adalah amir mereka". Seorang lelaki
dari kalangan mereka berkata, "Demi Allah! Kami takut untuk menghafalnya
sekiranya kami terpaksa mengamalkannya". Rasulullah SAW telah bersabda,
"Belajarlah Al-Qur'an dan bacalah ia, karena sesungguhnya perumpamaan Al-Qur'an
itu bagi sesiapa yang mempelajarinya dan membacanya adalah seperti kasturi yang
tersebar baunya di setiap tempat. Barang siapa yang mempelajarinya dan
menyimpannya adalah seumpama tempat penyimpanan yang mengandung kasturi yang
tertutup".
Sebagaimana dalam kitab At-Targhib.
Ditakhrijkan oleh Al-Hakim dalam kitab Al-Kunya dari Asy-Sya'shy seumpamanya katanya, Umar bin Khathab telah berkata, "Tunjukkanlah kepadaku seorang lelaki yang patut akulantik sebagai amir untuk menguruskan hal ihwal kaum Muslimin?". Mereka menjawab, "Abdul Rahman bin Auf (ra)". Umar ra. berkata, "DIa seorang tua yang lemah". Mereka bertanya, "Siapakah yang kamu kehendaki?". Umar ra. menjawab,
Seorang lelaki, jika ia menjadi Amir mereka, ia menjadi seolah-olah orang biasa di antara mereka, dan apabila mereka ia tidak menjadi Amir mereka, ia seolah-olah adalah amir mereka.
Merekapun berkata, "Tidaklah kami ketahui seorangpun kecuali Ar-Rabi' bin Ziyad Al-Haris". Umar ra. pun berkata, "Kamu benar."
Sebagaimana dalam kitab Al-Kanz