Hari hari kita pikirkan dan bicarakan tentang kepentingan dunia, mari kita luangkan sedikit waktu untuk pikirkan dan bicarakan tentang perkara agama, tentang kebesaran Alloh, satu satunya bekal kita nanti pulang ke "Kampung Akhirat" dan untuk apa sebenarnya kita sebagai manusia Alloh SWT ciptakan di dunia ini...

Thursday, November 3, 2011

Maulana / Penjelasan Agama Muhammad Umar Palanpuri

Pengalaman manusia itu khilaf tetapi kesan amal itulah sebenarnya haqiqat. Allah wujudkan khasiat pada setiap benda. Manakala dalam diri manusia pula wujudnya roh. Tugasnya ialah untuk tarbiyah badan zahir. Dengan adanya roh maka badan akan sentiasa sihat serta Kestabilan wujud dalam kehidupan harian.

Setiap anggota akan berfungsi mengikut ketentuan masing-masing. Kesan kesihatan pada perasaan dan hati, maka sifat senyum, senang, tenang dan gembira akan dizahirkan. Apabila kita tidur, fungsi zahir tadi akan luput.Mata, telinga, mulut dan anggota lain tidak akan berfungsi lagi. Dan sifat itu hapus sama sekali bila datangnya maut.

Roh tertakluk kepada beberapa keadaan:

1. Tidur di alam dunia adalah umpama mati (rujuk kepada doa bangun tidur). Bangun dari tidur samalah seperti bangun dari tidur di Padang Mahsyar kelak.
2. Di alam dunia kita tidur, kemudian bangun dan kemudian tidur balik. Tidur yang sebenar ialah di Alam Kubur. Manusia dicipta, kemudian dimatikan & dihidupkan kembali. Segalanya adalah dengan izin Allah.
3. Seluruh manusia akan dibangkit kembali di Alam Akhirat.

Disanalah segala amalan akan Dibalas (amalan ketika di dunia). Orang beriman jika masuk neraka maka api neraka pun akan menjerit: "Keluarlah kamu dari sini aku mulai sejuk sekarang!" Ia akan buat "Jaulah" (ziarah) di neraka untuk menyelamatkan mereka yang mempunyai iman walau sebesar zarah. Mereka yang ada sifat rahim dalam diri manusia maka dia akan dikasihi dilangit. Dalam ta'lim kita dengar perkara ini supaya sentiasa mengasihi orang lain. Bila wujudkesatuan hati maka pandangan Allah jatuh pada kita. Dengan demikian orang kafir akan tertarik maka wujudlah dakwah.

Kewujudan dakwah --pada: Lidah (percakapan), Anggota (amal), Hati
(perasaan), Fikir (dakwah)-- untuk keluarga amat penting. Lihatlah keluarga Nabi Yusof & Nabi Ismail a.s. Bagaimana keluarga mereka? Tarbiyah berpunca dari keluarga. Malah fikir alami (global) juga datang dari fikir keluarga & fikir kampung. (Maulana baca ayat Al Quran)
Suatu hari Maulana jumpa sekumpulan doktor yang tidak percaya kepada Alam Kubur. Kita terkadang yakin tentang apa yang tidak lihat apabila seorang pakar memberitahu kita mengenainya.

Pakar tadi ditanya oleh Maulana: "Benarkah dalam tubuh manusia ada berbagai zat galian?" Jawab mereka: "Benar kerana kami telah membuat kajian & pakar dalam bidang ini."
Kata Maulana: "Walaupun saya tidak nampak bahan itu tetapi kepakaran kamu telah meyakinkan saya. Jadi begitulah juga Alam Akhirat. Yakinlah dengan kepakaran bagindaNabi saw."

Pada diri manusia ada 2 keadaan. Diluar kita nampak seperti seguni gula, sebatang besi, & sebagainya. Dalam badan kita seperti karbohidrat, mineral, protin & air yang tidak dapat kita lihat. Begitulah juga alam akhirat. Didunia kita nampak ular, keledai, kala & macam-macam lagi tetapi didalam kubur ular, kala, api tidak nampak dengan mata zahir ini.

Buatlah usaha agama dengan perasaan takut & bimbang. Kesan amal tidak mungkin silap. Kesannya tetap wujud di dunia & akhirat. Jadi mengapa terkadang amal itu tidak makbul… jawabnya ialah kerana amal tidak kuat.

Untuk mendatangkan roh (kekuatan) dalam amal maka kita perlu:

1. Sahih Yakin - iman yang berpunca dari dakwah & korban
2. Sahih Tariqat - cara (sunnah) yang betul dari taklim masail
3. Sahih Dian - penumpuan yang tepat (maqam Ihsan) dari amalan tilawah Quran, zikir & doa
4. Sahih Jazbah - keghairahan dalam amal (Ihtisab) berpunca dari taklim fadhail
5. Sahih iat - niat yang betul dari kesempurnaan iman.

Untuk menyempurnakan amal maka tunaikanlah hak saudara kita. Supaya tidak ada seorang pun yang kita sakiti. Hindarkan dari menjadi muflis di akhirat. Segalanya akan mulai wujud dalam suasana dakwah. Oleh itu iman akan mulai terbina.

Sebagaimana kisah Abu Darda' yang yakin dengan amalan yang diajarkan oleh Nabi s.aw. Bila diberitahu rumahnya terbakar namun dia tetap yakin rumahnya selamat walaupun beberapa kali orang datang memberitahu rumahnya terbakar.

Akhirnya terbukti kebenarannya walaupun rumah jiran sekelilingnya terbakar.
Nasihat Maulana: Berdoa itu tidak sesusah mana tetapi untuk wujudkan
keyakinan itu amatlah rumit. Dalam dunia keputusan Allah beransur-ansur. Seperti diciptanya dunia ini selama 6 hari. Segala proses pembesaran & pembinaannya beransur ansur.

Alam akhirat adalah serta-merta serta tiada lagi proses ansuran. Seperti kubur, mahsyar, mizan dan sirat yg laju seperti kilat. Bila hisab dilewatkan manusia menjadi gelisah. Sengsara yang tidak tertahan sehingga manusia berkata: "Cepatkanlah penghisaban... kami tidak tertahan lagi kepedihan ini... walaupun keputusannya masuk neraka pun kami rela. Semua Anbiya tidak berani menghadap Allah.

Inilah kesengsaraan akhirat. Nabi Muhammad saw dan sahabat menangis mengenangkan hari penghisaban yang bakal tiba. Kehidupan kita melalui beberapa peringkat iaitu perut ibu, perut dunia, perut kubur & alam akhirat. Keadaan didunia ini melambangkan cara hidup akhirat. Oleh itu keperluan terpenting manusia ialah hidayat.

Hidayat ialah Nur yang masuk ke dalam hati manusia dan memberi kefahaman tentang 1000 tahun dahulu & 1000 tahun kemudian. Apa yang ada di langit pun mereka faham. Malah segala kejadian Allah akan difahami. Sebenarnya tiada
kejayaan dalam benda. Kejayaan hanya wujud dalam amal tetapi ianya tidak nampak.

Dan umat terbahagi kepada 2 golongan:

1.Mereka nampak kejayaan dalam kebendaan. Jalan hidup mereka tidak betul.
2.Yakin kejayaan dalam amal maka mereka memilih cara hidup Nabi saw dan kehidupan mereka susah. 

Umat yang yakin dengan kebendaan merasa berjaya hanya bila lihat perniagaan besar, pengaruh yang kuat. Pokoknya segala asbab yang dapat dilihat.

Manakala kejayaan dalam amal pula, segala asbabnya adalah ghaib seperti berkat, pahala, malaikat & nusrah Allah. Tidak dapat dilihat dengan mata zahir.

Pemimpin kafir tuduh sahabat berjuang ada kepentingan. Bila Abu Bakar baca Al Quran semua penduduk Mekah tertarik oleh itu mereka mula bimbang. Tuhan mereka yang banyak (360 berhala) itu cipta seekor lalat pun tak mampu.

Makhluk diciptakan lemah. Hanya Allah berkuasa. Dengan satu perintah-Nya semuanya jadi. Manusia begitu lemah. Jika seluruh manusia berkumpul dari keturunan sejak beribu tahun dahulu untuk cipta satu kaki nyamuk pun tidak mampu. Untuk itu kita perlu senantiasa cakap kebesaran Allah dan ambillah juga sikap suka mendengarnya, serta sentiasa menafikan kehebatan makhluk.

Umat yang beriman kecil kelompoknya. Nabi Musa pernah merayu ummatnya membantu dakwahnya (Hawariyyin). Baginda menerangkan dengan sungguh-sungguh tentang tugas dan kepentingan kerja ini. Tetapi tidak ramai yang taat.

Nabi kita pernah menawarkan dirinya: "Sesiapa yang boleh saya bawa pada keluarga kamu atau kampung kamu?" Rayuan demi rayuan dibuat oleh Nabi saw tetapi hanya sekelompok kecil yang tertarik. Hinggalah bantuan ghaib tiba dengan berbagai cara.

Penduduk Madinah mempunyai kekuatan dalam iman, ibadat, muasyarat, muamalat dan akhlak. Segalanya mengikut ajaran Nabi. Orang luar menjadi amat tertarik apabila melihat cara hidup mereka. Dari jahiliyah bertukar kpd kehidupan yg baik. Malah di depan rumah sahabat dibina sebuah rumah persinggahan yang kecil. Daging disediakan untuk musafir yang lalu.Setiap musafir diminta makan & minum walaupun tanpa turun dari tunggangannya. Musafir dapat melihat kemakmuran Masjid Nabawi.

Ia telah dimakmurkan 24 jam. Hidup dan mencetuskan rasa kerohanian yang berlainan dari sebarang tempat lain seumpama seorang yang masuk dari tempat yang panas ketempat yang "berhawa dingin." 'Mahol' iaitu suasana di Masjid Nabawi mengubah kerohanian. Contoh masjid diatas muka alam ini ialah Masjid Nabawi. Dan kampung contoh adalah Madinah Munawwarah. Dalam 24 jam jumpa orang dan bawa ke masjid untuk hidupkan amalan jemaah masjid.

Di akhir zaman ini kita tidak dituntut untuk berkorban sebagaimana sahabat. Sedikit pengorbanan sudah memadai. Dalam hadis ada diberitahu: "Seorang yang buat usaha dakwah di akhir zaman ini dapat fadhilat 50 sahabat."

Peningkatannya beransur-ansur maka keberkatan akan datang dalam kebendaan. Ianya akan: bertambah, mencukupi dan doa dapat menyelesaikan masalah-masalah benda.
Dalam peperangan, sahabat dapat bantuan Allah karena sifat: taqwa, sabar serta doa dengan menangis. Bantuan ini tetap akan turun sehingga hari Kiamat.Bukan hanya dalam Badar. Terkadang pertolongan ini dilambatkan karena Allah ingin melihat kerisauan kita. Perkara yang menyebabkan Allah menurunkan kekalahan kepada pihak musuh: sombong & bongkak, bermegah-megah dan menghalang kerja agama seperti Badar. Sekarang pertolonganAllah telah turun kepada kita. Yang jahat ditukar kepada baik dan yangkaya dapat tunaikan zakat. Duit untuk faqir sementara, tetapi untuk kerja agama ianya akan berterusan.

Pertolongan Allah akan diangkat bila:

1.Buat usaha dengan niat dunia,
2.Kelemahan dalam syor,
3.Wujud pecah-belah,
4. Orang tidak taat.

Inilah yg terjadi dalam Uhud . Ia saling berkait diantara satu dengan yang lain. Dalam Uhud 1000 sahabat yang ikut tetapi 300 orang ada kepentingan yang lain. Golongan munafik diketuai Abdullah bin Ubay kembali ke Madinah. Kekalahan sementara dirasai oleh Islam karena wujudnya golongan yang pentingkan dunia.

Satu tamsil: Seorang pesakit diberi doktor ubat. Ubat makan iaitu antibiotik & ubat sapu. Jika tidak sembuh juga maka doktor terpaksa membedahnya. Dan untuk orang yang berpenyakit rohani maka Nabi saw akan hantar sahabat untuk buat dakwah. Dakwah seperti ubat antibiotik. Dakwah yang disertai dengan akhlak. Akhlak itu seumpama ubat sapu. Jika masih tidak sembuh maka terpaksa dipotong, kalau tidak ia akan berjangkit.Natijah penyakit jasmani adalah Maut. Manakala natijah penyakit rohani pula ialah Neraka Jahannam. Dalam neraka mereka menjerit lalu ditempelak oleh Allah tentang dakwah & ingatan yang diberi ketika di dunia.

Firaun & kaumnya yang musnah dahulu dihancurkan oleh Allah sendiri. Allah sendiri yang jalankan "Operation". Sekarang Allah tidak akan jalankan operation seperti dulu tetapi secara beransur-ansur. Ketika sahabat menghadapi penderitaan oleh kaum kafir di Mekah, mereka tidak mengambil tindak balas walaupun mereka mampu karena taat perintah Allah. Di Madinah barulah perintah "melawan" turun.

Dalam perang Uhud, tentera kafir hampir kalah dan ghanimah telah ditinggalkan. Ini dilihat oleh pasukan yang sedang bersedia di atas bukit. Amirnya ialah Abdullah bin Zubair. Tercetus fikir dalam hati tentera tsb: "Kita mesti turun untuk kumpulkan ghanimah dan bantu ringankan urusan mereka dibawah serta membantu memerangi musuh yang masih ada." Hanya tinggal 12 orang yang tetap patuh kepada Abdullah bin Zubair. Khalid Al Walid yang ketika itu belum Islam mengambil kesempatan menyerang tentera Islam dari belakang.

Khalid hanya mengetuai 100 orang tentera kafir untuk mencetuskan serangan itu. Dalam peperangan itu 70 orang sahabat telah syahid. Seorang musyrikin bernama Abdullah Qaniah telah mensyahidkan gigi Nabi saw dan sempat memecahkan topi besi baginda.

Dalam kerja ijtimai, kita semua akan dapat masalah walaupun hanya segelintir sahaja yang buat amal tidak betul. Dalam peperangan Uhud Nabi saw dihebohkan telah wafat. Dalam hal ini sahabat mengambil sikap: "Nabi syahid, kitapun syahid atau kitapun teruskan perjuangan (usaha)."

Inilah tahap Uhud:

1.Kemenangan,
2.Kekalahan sementara (kerana bantuan diangkat Allah),
3.Bantuan datang kembali .

Iktibar dari peristiwa Uhud:

1.Seorang yang beriman tetapi kotor dengan keduniaan maka Allah akan tapis dan buang kotoran itu.
2.Apabila bersih barulah bantuan datang kembali.

Janganlah minta tapisan ini. Ia adalah ujian dari Allah. Sebaliknya mintalah afiat dari Allah. Bila khilaf berlaku dalam usaha agama, tapisan akan datang dari Allah untuk selesaikan khilaf pada diri sendiri. Sentiasa salahkan diri dan merasai bahwa diri kita amat banyak kekurangan. Sabda Nabi saw: "Semua kamu adalah orang yang bersalah." Tiada siapa yang betul. Siapa kata dia betul maka dia telah menentang Nabi secara terbuka. Sabda Nabi saw: "Orang yang terbaik diantara yang bersalah ialah orang yang bertaubat."

Satu hari seorang pendosa telah berdoa dan Maulana ada dibelakangnya:

"Wahai Allah, aku hina seperti anjing, ampunkanlah aku seperti anjing Ashabul Kahfi.Orang lain ada pelindung seperti solat, taklim dan amalan baik yang lain. Aku ini tidak ada apa-apa. wahai Allah... Aku berjanji tidak akan mengulanginya lagi."

Maulana mendoakan pendosa itu dari belakangnya. Kata Maulana, dia itu lebih baik dari orang yang buat usaha dengan sifat sombong dan takbur. Dan pada pagi harinya dia telah buat pengakuan depan majma' yang dia telah bertaubat.

Maulana minta dia keluar 4 bulan utk kekalkan perasaan itu. Sebaliknya dia jegilkan matanya pada Maulana seraya berkata: "Saya tetap tidak akan mengulangi perbuatan saya yang lalu." Selang beberapa lama (beberapa tahun). Dia memperkenalkan dirinya & berterima kasih pada Maulana karena telah mentasykil dia keluar. Sekarang dia buat perniagaan yang kecil-kecil yang halal. Pendapatan itu cukup buatnya.

Dalam Uhud Allah bersihkan orang yang ada cinta dunia. Allah uji untuk tingkatkan iman dan menaikkan darjat mereka. Orang beriman dan tidak beriman sama-sama merasai susah, tetapi kesusahan orang beriman adalah bermanafaat. Orang yang tidak beriman diberi peluang oleh Allah untuk tunjukkan kemegahannya seperti Firaun. Semua orang akan sama-sama mati, tapi yang berbeza adalah natijahnya, iaitu kejayaan atau kegagalan. Dalam usaha agama semua sama-sama buat, yang bezanya cuma ikhlas atau tidak.

Bila ujian turun, Allah akan asingkan; dengan sendirinya yang tidak tulin akan diketepikan. Sifat orang yang tidak tulin: Mereka suka duduk ditepian berhampiran lorong-lorong.
(Maulana baca ayat Al Quran) Bila nikmat datang merekalah yang paling heboh, tetapi bila ujian tiba mereka cepat-cepat lari ke lorong tadi.Sesungguhnya ujian Allah tetap akan datang untuk menghasilkan yang benar-benar tulin.

Apabila beri syor dalam mesyuarat janganlah masukkan kepentingan diri
kita serta taatlah pada setiap keputusan mesyuarat. Orang yang menjadi jumindar pula janganlah menjadi seperti pemerintah. Jangan sekat dari awal-awal lagi setiap syor walaupun kita tidak akan menerima syor tersebut.