KESAH ANAK ANJING, BAYAN MAUALANA OMAR
PALAMPURI Rah.
Bismillahirrohmanirrohim
N3 kali ini aku ingin imbas kembali bayan
Hadrat Maulana Omar Palampuri Rah. Pada ijtimak Yala yang pertama ,dimana semua
elders Nizammudin, Hadraji rah, dan semua elders seluruh dunia datang, pada
tahun 1984. Sebelum ku mengimbas bayan tersebut, baik kiranya ku menggambarkan
usaha di Yala ketika itu, seingat-ingat aku, maklumlah sudah lama masa berlalu,
dan ingatan ku pun semakin kurang (tanda-tanda tua sudah dekat dengan kubur).
Pada masa itu usaha baru bermula, sebagaimana usaha di Malaysia bermula lebih
awal dan kita dapat mengadakan ijtimak dunia pada 1982 di Terangganu, usaha di
Nusantara ini dibawa oleh Maulana dari India ke Thailand, Indonesia dan Malaya
(tika itu), tetapi secara umumnya, orang-orang Thailand dan Indonesia tidak
menerimanya, tetapi orang-orang Melayu dimasa itu telah menerima usaha ini
disamping orang India dan Pakistan yang bermustautin di Malaya.
Akhir sekali
orang-orang Melayu di Malaysia ini menjadi asbab untuk Allah sebarkan usaha di
Indonesia dan Thailand. Aku telah keluar khuruj di Thailand seawal tahun 1982,
di kawasan Pattani dan Yala usaha di masjid-masjid amatlah sedikit sekali, semua
amalan saperti ziarah, kita yang buat kadang-kadang tanpa rahabar tempatan,
makanan pula memanglah kita yang sendiri masak. Pada masa itu secara umum orang
islam tidak amal agama dengan sempurna, bedil (tembak) amatlah menjadi perkara
biasa di kampong-kampong, begitulah juga kecurian lembu/kerbau/kambing perkara
biasa, banyak sangat orang-orang gedebe (samseng). Usaha di Thailand banyak
dijalankan keatas orang-orang kampong yang gedebe, sementara orang baik-baik
mereka lebih gemar dengan amalan pondok agama yang banyak di Selatan Thailand.
Apabila orang gedebe ini mengambil usaha nabi saw, disamping ulamak yang dipilih
oleh Allah sebagai awalin di Thailand usaha ini telah berkembang maju. Ulamak
sebagai pemimpin , orang gedebe dan awam telah membuat usaha tanpa takut kepada
sesiapa, mereka telah membuat usaha sungguh-sungguh bersama saudara-saudara dari
Malaysia, terutama orang Perlis, Kedah dan Kelantan yang bersempadan dengan
Selatan Thailand. di Bangkok usaha dimulakan oleh orang Thailand berketurunan
Pakistan seorang ahli perniagaan. Sekarang usaha di Thailand telah menjadi
begitu umumiat sehingga segenap lapisan masyarakat mengenali Jemaah Tabligh
termasuk orang-orang bukan Islam dan ramai orang Budhha dan Sami mereka telah
datang memelok Islam.
Ijtimak 1984 di adakan di kawasan padang di
Yala, Markas besar Yala sekarang belum wujud lagi ketika itu, ia hanya kawasan
lembah yang terbiar sebelum dibeli dan dibina Markas sekarang.
Persiapan tapak dan khemah dikendalikan oleh
elders dari Kalkril Bangladesh, rupanya dan binaan khemahnya sama macam ijtimak
Tonge, banyak menggunakan guni Jut. Khemahnya panjang, sebab ramai yang datang
seluruh dunia. Jemaah luar Negara yang paling ramai dari Malaysia, tika itu aku
berada d KL kami datang dengan 10 buah bas(jika x salah) di kendalikan oleh
Allahyarham Hj Zainal Keramat, beliu syahid di Mekah pada musim haji ketika
sedang khuruj jemaah masturat 2 bulan di sana, jenazahnya di semadikan di
perkuburan mualla bersama para sahabat r hum. Sehari sebelum bermula ijtimak
manusia sudah ramai yang datang, pada malam itu diadakan bayan magrib kemudian
diterangkan kepada majma yang datang tentang perilaku dan tertib-tertib di
ijtimak termasuk ketika bayan. Satu nasehat semasa bayan ialah, “tuan-tuan
jangan bertepuk tangan apabila pemberi bayan hendak memulakan bayan dan juga
selepas bayan” sebab ini adalah amalan biasa mereka. Besuk bermula lah ijtimak
dengan bayan subuh oleh Maulana Omar rah. Terjemah bahasa Melayu oleh
Allahyarham Habibullah syura Malaysia dari Penang sementara bahasa Thailand di
khemah khas .Habis sahaja maulana bayan terdengar sedikit daripada majma yang
menepuk tangan. Hari pertama ijtimak berjalan dengan lancer tetapi hujan sudah
mulai turun dari pagi hingga ke malam. Dan bila malam sahaja hujan telah mulai
turun dengan lebatnya hingga kawasan khemah dinaiki air menjadi banjir, manusia
sudah tak tentu arah nak pergi kemana, sebab semua kawasan ditenggelami air,
mata mengantuk . badan pula letih tiada tempat nak rehat, semua orang mencari
pelindunga di Pekan yala, semua masjid sudah dipenuhi dengan manusia, dan di
kaki-kaki lima kedai juga sudah penuh dengan manusia, aku pula bersama dengan
seorang sahabat aku yang aku ikram dapat iktikaf di masjid besar di Yala.
Keadaan manusia pada masa itu menjadi carca marba tetapi mereka tidak lari,
besuk hari kedua, hujan telah berhenti, cuaca amat panas terik, bantuan Allah
datang, khemah dan tempat bayan semua sudah rosak dipukul angin dan juga banjir,
kehendak Allah siapa pun tak dapat mengetahui, berhampiran tapak ijtimak
terdapat kawasan tentera yang besar, jadi ketua pemerintah di situ telah
mengarahkan anak buahnya supaya memanggil semua orang islam supaya masuk dalam
kawasan tentera untuk solat dan bayan, di dataran kejat kawasan tapak tentera
berkawad. Disitulah jemaah bersolat dan mendengar bayan dibawah panas terik
matahari, sementara maulana yang memberi bayan duduk diatas lori tentera sebagai
stage, selama satu hari setengah program dibuat di tapak tentera tersebut
sehingga bayan hidayat dan doa dibuat. Apa yang aku dengar daripada elders di
Yala, katanya tentera menjadi kagum melihat akhlak orang islam masa itu walaupun
orang ramai tetapi tiada berlaku pergaduhan dan tiada laporan kecurian, mereka
melihat semua orang menghormati satu sama lain, sebab itulah dia yakin dan
diberinya kawasan padang kawad tersebut untuk digunakan.
Sekarang sampai masa aku nak cerita bayan
Maulana pula tentang tajuk N3 ini. Bayan ini aku buat sedikit olahan, tetapi
jalan ceritanya masih yang asal dari maulana, aku takut nanti silap, berdosa
pula aku.
Satu pagi di suatu tempat di India ada empat
orang pencuri, mereka ini berjalan-jalan sambil memikir dan berbincang dimana
mereka hendak mencuri pada hari itu. Sedang mereka berbincang-bincang itu tetiba
mereka melihat seorang datang dari pasar sambil mengendong seekor anak kambing
yang comel selepas membelinya untuk dibawa pulang ke rumahnya. Sesiapa yang
pernah pergi ke India tahulah kambing-kambing di India ini cantik dan comel,
hidung kambing pun mancung macam hidung pelakun filem wanita mereka juga. Ini
pencuri memang bijak, lihat sahaja terus mereka mendapat idea, idea nya ialah
bagaimana mereka hendak mencuri kambing tersebut tanpa melakukan rompakan atau
rampasan tetapi dengan cara yang halus dan tidak dimarahi oleh orang tersebut,
sebaliknya tuan punya kambing pula akan merasai kepuasan apabila kambingnya
hilang.
Mereka tahu dimana terletaknya kampong orang
tersebut, lalu mereka mengatur strategi, orang pertama berada di selekoh
pertama, orang kedua berada diselekoh kedua, begitulah juga seterusnya yang
ketiga sementara yang keempat iaitu ketua pencuri berada dipintu masuk kampong
orang tersebut.
Apabila tuan kambing itu berjalan pulang ia
berjumpa dengan pencuri pertama, maka berlakulah perbualan
Pencuri : “Pak cik beli binatang apa
tu”
Pakcik : “anak kambing”
Pencuri : “silap tu pakcik, itu anjing bukan
kambing” sambil
ketawa terbahak-bahak.
Pakcik : “Tidak, ini kambing, pakcik baru
sahaja beli “ terus
berjalan pulang dengan yakin yang dibawanya
adalah
kambing bukan anjing.
Sampai pula kepada pencuri kedua, sambil
ketawa terbahak-bahak, terlolong-lolong, pencuri ini berkata,
Pencuri 2 : “ pelik sungguh orang islam
sekarang, anjing pun
dikendong, nanti malu kepada orang
kampong”
Pakcik itu terkejut mendengar ketawa yang kuat
dan perkataan dari pencuri itu. Kata-kata pencuri kedua ini memberi sedikit
kesan dalam hatinya, lalu dibelek-beleknya anak kambing itu betulkah anjing,
tetapi dia masih yakin yang itu adalah anak kambing, tetapi dia telah mengambil
keputusan untuk tidak lagi kendong tetapi mengikat leher dan mambawanya pulang.
Tetapi sudah dua orang yang menegornya. Sampai pula kepada pencuri ketiga, dia
ketawa lagi kuat sambil berkata “ Hairanlah orang sekarang, anjing pun di beli
dan bawa pulang kerumah nanti orang kampong dan keluarga pakcik ketawa pada
pakcik, malu nanti”. Maka kata-kata pencuri ketiga ini memanglah terkesan sangat
pada hatinya, lalu dia berkata kalau ada lagi orang keempat yang menegor, memang
benarlah ini adalah anjing dan bukannya kambing. Selepas berjalan beberapa
ketika baharu sahaja dia nak masuk ke kampong dia terdengar orang ketawa, dan
ketawanya ini lagi kuat dari yang tadi sambil mengatakan perkara yang sama. Yang
dibawanya adalah anjing dan bukan kambing. Jadi sudah sahlah yang dibawanya
adalah anjing bukannya kambing, lalu dibukalah ikatan leher kambing tadi dan
sambil menendang kambing tersebut dan berkatalah ia “pergilah kau, nasib baik
mereka menegor, kalau tidak malulah aku” dengan perasaan gembira dia pun pulang
ke rumahnya.
Kata maulana begitulah kehidupan kita hari
ini, segala amalan perintah allah dan sunnah nabi saw yang kita amalkan kita
tinggalkan kerana tipu daya cara kehidupan yahudi dan nasora kita telah
tinggalkan amalan tersebut, sebagai contoh, amalan dakwah, apabila ada orang
menegor kita tentang gast, taklim, keluaq 3 hari, 2 jam setengah, 40 hari maka
kita mula jadi malu dan lama kelamaan meninggalkan terus amalan tersebut,
apabila kita telah tinggalkan amalan tersebut maka tiada lagi orang berkata
sesuatu kepada kita,akhirnya kita akan selesa dalam keadaan tersebut, kemudian
kita akan berkata nasib baik aku tinggalkan dakwah, kalau tidak tentulah orang
kampong pakat keji aku, alhamdulillah selamat. Bagitulah juga kalau seorang
wanita yang mula belajar untuk memakai purdah, macam-macam perkataan orang akan
kedengaran, ekstremlah, macam hantu bungkuslah, tak berdunia dgn oranglah, susah
nak makan dikedailah, pendek kata bermacam-macam. Akhir sekali wanita ini akan
tanggalkan purdahnya, kemudian akan kembali pada kehidupan asalnya dan akan
selesa berkeadaan demikian, akhirnya dgn gembira dia berkata nasib baik aku
buang purdah, jika tidak aku keseorangan lah tiada kawan. Bagitulah dengan
amalan-amalan lain, kita akan meninggalkan amalan yang telah kita buat sama
saperti orang tadi melepaskan kambingnya, bahkan ditendangnya pula.
Setelah tamat kami pulang, sampai di Alor
setaq aku singgahlah rumah kejap jumpa mak/bapa sekejap, masa aku mencium tangan
mak aku, bonda aku berkata, “amboi muka”, aku ingat muka aku ada nur lah sebab 3
hari berada dalam ijtimak, tapi mak aku kata “awat muka terbakar meqerlit”, baru
aku sedar selama 2 hari duduk dengar bayan dibawah terikan matahari yang
membakar kulit muka aku