Segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam,
selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta keluarganya
dan sahabat-sahabatnya yang diredhai Allah s.w.t. Ke hadapan yang mulia syura
Malaysia dan rakan-rakan seusaha di seluruh tanah air. Diharap dalam keadaan
sihat sejahtera dan senantiasa dalam keadaan fikir risau dalam menjalankan usaha
atas hidayah. Moga-moga Allah s.w.t terima kita dan jadikan kita asbab hidayah
untuk seluruh alam.
Alhamdulillah, berkat fikir dan risau
tuan-tuan di sana, jemaah Malaysia pertama ke Germany telah dapat dibentuk dan
setakat ini alhamdulillah semua ahli jemaah dlm keadaan sihat dan satu fikir
dalam usaha untuk menempurnakan takaza(kehendak) agama di sini. Sebelum jemaah
kami buat persiapan hendak bertolak ke Germany, jemaah kami telah diputuskan ke
beberapa tempat di England dan alhamdulillah kami telah dapat buat satu
perhimpunan di markaz Dewsbury. Tujuan perhimpunan tersebut adalah untuk
menyempurnakan kehendak agama bagi beberapa buah negara di sekitar Eropah dan
Amerika seperti Surinam, Holland, France, South Africa dan lain-lain.
Seramai 70 orang pelajar telah hadir di
perhimpunan tersebut yang kebanyakannya adalah post-graduates. 10 jemaah tunai
dan jemaah majlis fikir agama telah dibentuk untuk memenuhi kehendak di
negara-negara tersebut. Usaha awal pelajar-pelajar Malaysia dahulu sangat dipuji
oleh orang-orang England kerana kebanyakan asbab(perantaraan) daripada usaha
mereka bermulanya usaha agama di England. Nama-nama seperti arwah Dr Ghani dan
yang lain2nya sering disebut dibibir mereka. Selepas perhimpunan tersebut,
jemaah kami telah bertolak ke Germany dgn menaiki van dan bersama-sama dgn
jemaah kami 3 org Malaysia yang berada di England telah turut serta. Perjalanan
kami telah mengambil masa hampir 2 hari.
Germany adalah sebuah negara yg besar dan
mempunyai seramai 85 juta orang penduduk dan 6 juta daripada mereka merupakan
muslim yg kebanyakannya teridiri drpd org Turki(seramai 3 juta). Penduduk Islam
di sini terdiri drpd 99 buah negara. Ada yg drpd Morocco, Algeria, Tunisia,
Somalia, Sudan, Nigeria, Pakistan, Bangladesh dan lain-lain. Kebanyakan mereka
di sini menguasai bahasa German. Dalam satu masjid kami buat majlis fikir agama.
Orang yg duduk dengar majlis tersebut datang
drpd 12 negara. Germany adalah sebuah negara di benua Eropah yg paling ramai
penduduknya datang drpd luar negara. Ada lebih kurang 3500 buah masjid di
Germany. Usaha jemaah masjid di sini masih di peringkat baru tapi ramai orang yg
bagi masa untuk hidupkan amalan jemaah masjid. Dan jemaah 4 bulan dan 40 hari
serta 3 hari keluar drpd masjid mereka masing2 kerana di sini belum ada pusat
markaz. Di sini jemaah utk ziarah umumi tidak boleh terlalu ramai (maksimum 4
orang) dan kadang2 kita buat doa manzil pun dlm kenderaan dan dlm masjid.
Sepanjang kami di Germany tiap2 masjid ada mengeluarkan jemaah 3 hari. Germany
adalah negara yg ketiga terkuat selepas England dan France. Di sini usaha yg
paling maju ialah di Berlin. Mesyuarat agama utk seluruh Germany diadakan 3
bulan sekali. Di setiap masjid yg kami pergi, ada saja orang masuk Islam dan
sepanjang khuruj kami, seramai 14 orang telah masuk Islam dan 3 drpdnya jemaah
sendiri yg ajar mereka ucap syahadah. Boleh dikatakan setiap hari di Germany ini
ada org masuk Islam.
Ada yg kami jumpa 2 adik beradik abangnya
berumur 18 tahun dan adik perempuannya berumur 15 tahun telah secara sembunyi2
masuk Islam dr pengetahun ibu bapanya dan dia telah buat taklim secara sembunyi
bersama adiknya. Apabila dia pergi ke masjid, dia akan memasukkan baju
‘korta’(jubah singkat)nya ke dlm seluar(tuck
in) utk mengelakkan ibu bapanya drpd mengetahui yg dia telah masuk Islam. Ada
satu lagi yg kami jumpa, di mana hasratnya yg ingin hendak masuk Islam
menyebabkan dia telah pergi ke sebuah masjid Turkey dan bertanya tentang Islam
tetapi apa yg diberitahu oleh pihak masjid kamu pergilah sendiri ke Mekkah utk
balajar Islam dan dia amat kecewa sekali dgn jawapan yg diberikan. Walaupun
begitu dia pergi lagi ke sebuah masjid kepunyaan org Morocco di mana dia lihat
org di sana bertelagah sesama sendiri dan ini membuatkan dia berasa bingung.
Akhir sekali dia pergi ke sebuah masjid yang mana tempat jemaah berkumpul dan
dia telah terpegun melihat orang drpd berbilang bangsa dan termasuk jemaah kami
orang Malaysia berada di situ dalam keadaan satu hati dan kasih sayang antara
satu sama lain dan dia pun berfikir inilah orang Islam yang sebenarnya maka
diapun dapat hidayat.
Di satu lagi tempat di Germany(Dusseldorf),
kami telah jumpa 2 adik beradik yg telah memeluk Islam yang mana emak mereka
adalah orang kristian Kadazan(Sabah) dan bapanya adalah org Germany. Kedua2
mereka ini baru setahun masuk Islam dan Alhamdulillah mereka telah banyak
belajar tentang Islam dan berpakaian full-sunnah. Sekarang si abangnya sedang
mendapatkan passport utk keluar 4 bulan dan adiknya akan keluar 40 hari dlm masa
terdekat. Kesan drpd akhlak mereka berdua, emak mereka akhirnya telah memeluk
Islam pada 9 bulan yang lepas selepas bapanya meninggal dunia. Walau
bagaimanapun mereka amat bersedih kerana ayah mereka mati tanpa kalimah. Usaha
di Germany walaupun masih baru, tetapi nusrah(bantuan) sangat baik di sini.
Banyak jemaah drpd Pakistan, Bangladesh, Arab, England, France dan lain-lain
begitu juga dgn jemaah masturat (jemaah suami isteri) telah masuk ke Germany utk
buat usaha. Di sini ramai karkun (orang yang buat usaha agama) tempatan yang
berkahwin dgn org Germany dan ini memudahkan jemaah masturat drpd luar negara
datang ke Germany kerana tidak timbul masalah bahasa.Satu laporan jemaah
Bangladesh yg keluar di Germany yg mana satu orang pun dlm jemaah itu tidak tahu
berbahasa Inggeris apatah lagi bahasa German. Tetapi dgn fikir dan risau mereka,
setiap org yang mereka jumpa mereka telah gunakan bahasa mereka sendiri sehingga
dlm satu ziarah umumi yg mereka buat, seramai 22 orang german kulit putih telah
ikut mereka pergi ke masjid dan masuk Islam. Setakat ini, apa yg kami nampak,
jemaah Malaysia dan masturat (wanita) perlu dihantar ke Germany utk sempurnakan
kehendak agama di sini.
Jemaah kami begitu mudah membuat usaha kerana
orang tempatan amat menghormati orang Malaysia disebabkan latar belakang kita
yang baik dan lemah-lembut sehinggakan org Turkey dan org Arab pun begitu senang
dan mesra dgn jemaah kami. Di UK juga, perlunya dihantar jemaah kerana banyaknya
kehendak agama terutamanya utk memberi nusrah dlm usaha pelajar postgraduates yg
sibuk dgn pelajaran mereka. Akhir kata, doalah utk kami di sini moga2 usaha yg
sedikit ini kata org seperti menabur benih dan hasil yg besar akan diperolehi
kelak dan jadikan mereka org Germany sebagai asbab hidayat utk seluruh Eropah
dan seluruh alam sehingga ke hari kiamat.