Kisah ini terjadi pada ijtima’ Bhopal – India
pada tahun 1940-an. Maulana Muhammad Ilyas Khandahlawi (Amir jamaah pada saat
itu) telah memutuskan seorang (meiji) yang buat usaha dakwah dari mewat untuk
bayan maghrib saat ijtima’ tersebut.
Seseorang yang telah ditunjuk tadi menjumpai
kembali Maulana Ilyas dan memberitahu bahwa beliau tidak bersedia dengan alasan
beliau adalah orang awam, sedangkan orang yang duduk di dalam majlis adalah
ulama-ulama dari seluruh India. Maulana Ilyas berkata, “Ini pilihan Allah,
kerjakan karena Allah..”.
Maka selepas sholat Maghrib, beliau sholat
hajat dua rakaat meminta pada Allah agar diberi hidayah dan kalam untuk tunaikan
takaza bayan ini. Setelah selesai sholat badan beliau menggigil dan
berkeringat.
Setelah tiba waktun bayan, beliau duduk di
kursi yang disediakan dan beliau menangis tidak tahu apa yang akan diucapkan
dihadapan para ulama dari seluruh penjuru India tersebut.
Setelah memuji Allah dan bershalawat ke atas
Rasul-Nya,
beliau berkata, “Tuan-tuan, kita perhatikan
keadaan di dalam sebuah keluarga.. seorang ibu menyuruh anak-anaknya yang
terdiri dari kakak dan adik untuk mengangkat gelas yang berisi minuman untuk
para tamu ke ruang tamu. Kakak dan adik ini mengangkatnya dan tanpa disengaja
sang adik telah menjatuhkan gelas tersebut.
Secara logika, ibu mesti memarahi adik
tersebut, AKAN TETAPI, ibu memarahi kakaknya karena tidak mengajarkan dan
memberi panduan kepada adiknya cara-cara untuk mengangkat gelas dengan selamat.
Begitulah juga dengan Tuan-tuan, pada hari
Akhirat kelak Allah Swt. akan mencari dahulu para ulama, kerana merekalah yang
lebih berilmu dan berpengetahuan. Orang awam yang kurang pengetahuannya akan
diadili kemudian.. dan Allah akan murka jika kita (para ulama) tidak menjalankan
dakwah.”
Beliau juga berkata, “Tuan-tuan (para ulama),
mengajar di tempat pengajian adalah suatu amanah, begitu juga dakwah, ia juga
suatu amanah yang diwariskan dari Ambiyaa` AlaihimuShShollatu waSSalam. Jika
kita orang yang lebih berpengetahuan tidak membuat dakwah dengan cara Nabi SAW.,
dari rumah ke rumah, pintu ke pintu, berjumpa setiap saudara kita… bagaimana
orang awam akan buat usaha dakwah jika kita tidak mulai dahulu?
Dan bagaimana kita hendak mengajar jika
kefahaman Quran dan Hadits kita kurang karena tidak buat dakwah seperti para
Sahabat? Para Sahabat mudah memahami yang dikehendaki Quran dan Hadits asbab
pengorbanan dan susah payah mereka untuk agama ini.. begitu juga dengan kita
tuan-tuan.. Allah tidak akan mencari orang awam yang tidak buat dakwah dahulu
dihari akhirat kelak, tetapi Allah mencari kita (ulama) dahulu
tuan-tuan…
Pada saat itu semua ulama dari seluruh India
yang duduk di dalam majlis menangis terisak-isak tanpa berhenti… kemudian beliau
berkata, “Siapa diantara tuan-tuan (para ulama) yang bersedia untuk tunaikan
amanah dakwah ini dengan keluar di jalan Allah berjumpa orang-orang awam untuk
sebarkan agama ini?”. Maka hampir seluruh ulama yang duduk didalam majlis
berniat dan memberi nama kepada team tasykil… dan selepas ijtima’ semua ulama
tersebut telah bertebaran ke seluruh India untuk keluar berdakwah…
Bayan meiji tersebut ringkas, tetapi memberi
makna yang mendalam dan menusuk kalbu hati para ulama yang duduk didalam
majelis…
Semoga Allah beri kita peluang dan hidayah
untuk kita ambil i’tibar untuk amalkan dan sampaikan