Satu jemaah masturat 3 hari telah dibentuk
untuk keluar dalam kawasan berdekatan. Seorang dari ahli jemaah sebelum keluar
dari rumah, mereka menunggu sehingga anak lereka dalam usia lingkungan 2 tahun
tidur supaya dia tidak menangis semasa ditinggalkan, setelah anaknya tidur dia
pun keluar bersama suaminya, pintu rumah dikunci dan anak kunci diletakkan pada
pintu kemudian mereka meninggalkan pesan kepada jiran sebelah rumah untuk
mengambil anak mereka setelah anak terjaga dari tidur, kerana jiran tersebut
telah bersedia untuk menjaga anak itu selama 3 hari semasa mereka keluar jemaah
masturat.
Dipendekkan cerita setelah habis tiga hari
mereka pun pulang ke rumah, alangkah terkejutnya mereka apabila mereka melihat
anak kunci masih ada ditempat yang mereka tinggalkan dahulu. Dengan perasaan
resah dan suspen tentang anak mereka lalu menyelak tingkap cermin nako dan
melihat anak mereka seolah-olah sedang bermain sambil ketawa dengan seseorang,
tetapi dia hanya berseorangan diri sahaja. Kemudian mereka bertanya kepada
jiran. Dengan perasaan bersalah dan meminta maaf kerana dia langsung terlupa
yang dia kena menjaga anak tersebut selama 3 hari. Maknanya selama 3 hari itu
dia langsung tidak menjenguk anak tersebut dan tidak tahu siapa yang menjaga dan
memberi ia makan. Tapi itulah kehendak Allah pada hambanya .
Sesungguhnya Allah memelihara anak kita lebih
baik dari kita yang menjaganya. Wallahuaklam