Jemaah kami telah keluar 4 bulan dan telah
dihantar ke Kashmir daerah Bagh. Saya sendiri Amir kepada jemaah saya itu.
Selain daripada jemaah saya terdapat 24 jemaah lain lagi yang buat usaha agama
di kawasan itu. Jemaah kami telah dihantar ke suatu kawasan perumahan orang2
elit di kawasan bandar Bagh.
Dari segi dunia, penduduk2 di kawasan itu
ialah orang2 yang terpelajar berpendidikan moden. Dari segi agama pula,
kebanyakan mereka mereka menunaikan solah dan membaca Al-Qur’an. Mereka tidak ada kaitan dengan mana2
kumpulan ajaran sesat. Mereka juga tahu sedikit sebanyak mengenai usaha
agama/usaha dakwah tetapi secara sengaja mereka menentangnya.
Mereka menganggap bahawa usaha agama ini
adalah penghalang dan mengganggu kerja2 dunia mereka. Mereka berkata “kita kena
usahakan dunia dulu,dapatkan asbab2 kemajuan sebagaimana negara2 yang telah maju
kemudian barulah buat usaha agama”.
Di kawasan ini ada beberapa orang yang menjadi
pembesar mereka. Pengaruh pembesar2 itu tersebar ke seluruh kawasan tersebut.
Sehinggakan pegawai2 kerajaan pun menjadi pengikut mereka.
Orang2 di kawasan ini melayan kami dengan
buruk terutamanya orang2 tua dan orang2 lemah di antara kami. Kebiasaan mereka
akan dipukul semasa menjalankan gasht (ziarah jumpa orang). Sekali, semasa
melakukan gasht di kawasan sebuah sekolah mereka telah dipukul. Dan semasa
menjalankan gasht di sebuah kem tentera, ahli jemaah telah diperlakukan dengan
buruk sehingga mereka telah diberi amaran keras supaya tidak datang melakukan
gasht di situ lagi. Sebagai denda jemaah itu diperintahkan untuk mengutip
sampah-sarap.
Di masjid pula , bekas2 yang diisikan air
(lota/bekas wudhu’))untuk
kegunaan kami telah diludah oleh penduduk2 di situ sebanyak 7-8 lota. Kami
mengambil air itu dgn susah payah berjalan mendaki bukit sejauh 1.5-2 km
kemudian orang2 di situ menyia-nyiakan air kami begitu sahaja. Ada juga orang di
situ kencing di dalam air kami.
Ilham daripada Allah S.W.T dengan perantaraan
mimpi sehari sebelum gempa bumi di kawasan situ berlaku, seorang pemuda yang
sedang keluar bersama satu jemaah yang sedang buat usaha di Rajanpur (satu
kawasan berhampiran dgn tempat kami) telah bermimpi melihat bukit-bukau yang
berhampiran melaung-laung meminta tolong seumpama seorang manusia yang sedang
mengalami kesakitan yang teruk.
Pada waktu sahur, amir jemaah itu bersama
dengan pemuda itu telah datang ke tempat jemaah kami dan mengkhabarkan tentang
mimpi itu. Pemuda itu mengalami ketakutan yang amat sangat. Hampir jam 5 pagi
kami telah menghubungi pihak di Markaz Raiwind. Saya sendiri telah bercakap
dengan Haji Abdul Wahab Sab selepas beliau selesai memberi Bayan Subuh. Haji Sab
telah memberi jawapan secara sepontan iaitu kumpulkan semua jemaah yang ada di
kawasan itu dengan segera. Alas2 tidur kamu hendaklah ditindih dengan batu2
sementara tong2 gas hendaklah ditanam dalam bumi.
Jemaah kamu sendiri dan juga semua jemaah yang
lain hendaklah dikumpulkan serta bermalam di suatu kawasan tanah lapang.
Usahalah/ pujuklah orang di situ sehabis-habisnya untuk berkumpul di tempat
tersebut. Jangan beritahu tentang mimpi itu kepada sesiapa pun.
Demikianlah, dengan susah payah kami telah
usahakan mengumpulkan 23 jemaah yang salah satu daripada jemaah2 itu telah
datang sendiri setelah mereka mendapat tahu berita itu. Dua jemaah lagi kami
tidak dapat hubungi mereka.
Masalahnya ialah, di sini kawasannya berbukit
sementara itu kami tidak ada perhubungan dengan orang tempatan, Kami telah
berusaha bersungguh-sungguh ke atas orang2 kampung tetapi mereka tidak ingin
mendengar cakap kami. Hanya seorang penjaga sekolah yang datang bersama kami dan
telah menghabiskan masa malam bersama kami.
Data yang menunjukkan tanda2 gegaran beberapa
hari sebelum gegeran besar berlaku.
Hari itu, 8 Okt 2005, hari Sabtu. Sebaik
sahaja mata kami terlelap, kedengaran suara tempikan yang dahsyat daripada bumi
dan bukit-bukau yang berdekatan. Semua kami terbangun dari tidur. Salah seorang
daripada kami menyangka bahawa itu adalah igauan tidur sahaja sebaliknya itulah
suara sebenar iaitu suara yang telah didengari oleh pemuda yang bermimpi
mengenai kejadian tersebut.Serentak dengan itu, di langit sejenis awan hitam
datang dengan begitu laju. Dari awan itu pun kedengaran suara yang sama.
Demikian juga dari awan itu kelihatan sejenis pancaran cahaya. Selepas beberapa
minit, berlaku gempa bumi yang sangat dahsyat. Gempa itu begitu kuat sehingga
kami tidak dapat berdiri, selepas itu datang pula gempa berlainan gegarannya
iaitu gegaran yang turun naik. Kami terlambung ke atas setinggi satu setengah
hingga dua kaki kemudian jatuh ke bawah.
Runtuhan di sebabkan gegaran,ribut serta hujan
lebat yang aneh. Di hadapan mata kami,hanya dalam
beberapa saat sahaja seluruh bandar telah menyembah bumi. Bangunan 2 di sekolah
dan kem tentera juga telah tenggelam dalam bumi. Kemudian selepas itu, hujan
lebat sangat dahsyat mula turun. Hujan itu bukanlah hujan biasa sebaliknya ia
adalah hujan yang setiap titisannya sebesar mangkuk.
Kerana kecuaian kami, satu tong gas telah
tertinggal di luar tidak ditanam maka ia telah meletup. Kemudian selepas itu,
ribut yang kencang telah datang dari arah timur dan barat yang menyebabkan
pokok2 telah tumbang. Sebelum ribut itu datang, semua haiwan termasuk lalat
hinggakan kerbau, lembu, kambing, anjing dan lain2 lelah lari ke arah selatan
hinggakan kawasan itu kosong sama sekali daripada sebarang haiwan. Hanya dalam
beberapa saat sahaja, kehidupan telah bertukar dgn kematian.
Sekuat mana pun foundation yang manusia boleh
bina namun kuasa Allah boleh mengatasi dengan cukup sekadar berkata “kun faya
kun”..
Setiap bangunan
telah rebah menyembah bumi.Bandar yang didiami oleh ribuan penduduk sekarang
hanya tinggal kami ahli2 jemaah dan seorang penjaga sekolah yang masih
hidup.Kami telah memohon bantuan dari segenap penjuru,namun tiada yang diterima
oleh Allah S.W.T. Bantuan yang pertama sampai adalah dari Markaz Raiwind, Haji
Abdul Wahab Sab sampai pada waktu Asar bersama beberapa orang pelajar madrasah
dgn menaiki helikopter.
Selama 3 hari lagi kami tinggal di kawasan
itu. Gegaran demi gegaran serta hujan yang lebat terus berlaku. Tidak ada apa
bantuan yang boleh sampai ke tempat itu. Haji Abdul Wahab telah menghantar
sebanyak 9000 beding (alas tidur). Dalam setiap beding disertakan gula, beras
dan lain2 sebagai bantuan. Namun, selain daripada kami, tidak ada kehidupan yang
tinggal. Di mana2 sahaja kelihatan mayat2 bergelimpangan. Kami telah
menyembahyangkan sebanyak 1300 jenazah.
Himpunan jenazah yang kami sembahyangkan sekurang-kurangnya 7 mayat sehinggalah 50-60 mayat.
Segala kekuasaan hanyalah mutlak milik Engkau
Ya Allah..
Setelah menghadapi mujahadah(susah payah)
menguruskan jenazah selama 3 hari, kami berusaha mencari orang2 yang terselamat
dan masih hidup di kawasan itu tetapi tidak menemui sesiapa pun yang masih hidup
kecuali seorang bayi.Kami berada dalam keadaan yang penuh mujahadah kerana
terpaksa menahan bau busuk mayat sehinggakan susah untuk kami
bernafas.Pemuda yang bermimpi itu telah nampak
malaikat2 memegang tali cambuk. Setiap masa beliau di dalam ketakutan dan
kebimbangan.Sekali beliau nampak para malaikat dalam bentuk kanak2,maka amir
jemaah telah menyuruh kami mengajarkan beliau kalimah syahadah lalu beliau pun meninggal
dunia. Selain daripada beliau ada 3 orang lagi yang
telah tua lagi lemah tidak dapat menanggung kesusahan itu lalu mereka juga telah
meninggal dunia.
Alhamdulillah, semua ahli jemaah telah
bermimipi Nabi Muhammad S.A.W atau mana2 Nabi yang nama mereka ada di dalam
Al-Qur’an atau mana2 sahabat
Nabi R.Anhum. Mungkin ini ialah hadiah drp Allah S.W.T utk menenangkan kami yang
menghadapi ketakutan dan kebimbangan.Saudara2ku sekelian,karkuzari ini bukanlah
dongengan , bahkan satu hakikat. Kenapakah azab Allah S.W.T dlm bentuk gempa
bumi telah datang? Pada lidah kita ada kalimah tetapi keyakinan tidak ada di
dalam hati.
Di kawasan itu, solah berjemaah hidup tetapi
tiada amalan2 Nabi S.A.W (dakwah,ta’lim ta’lum,ibadat dan khidmat). Mereka sibuk dgn kemajuan dunia dan
menganggap agama adalah satu perkara yang tidak bernilai dan mengaibkan
mereka.Sebaliknya mereka menyangka pelajaran moden, fesyen moden, harta dan
kekayaan sebagai kemajuan dan kejayaan.Mereka cintakan ahli dunia dan bencikan
ahli agama/akhirat.
Saudara2ku,demi Allah tinggalkanlah fikiran2
seumpama itu yang hakikatnya telah kita sama2 lihat.Tuan2 buatlah azam utk
mengubah keyakinan dan cara hidup kita kepada cara hidup Nabi Muhammad S.A.W.
Kita kena berusaha utk keluarkan diri kita drpd kelalaian dan bersama utk
memajukan agama Allah, jika tidak mungkin azab yng lebih besar akan datang. Kami
telah pulang ke Markaz Raiwind pada 11 Oktober 2005.
Ya Allah..Terima Kasih kerana mengasihi kami
di Malaysia ni..Sedang maksiat,kemungkaran,wanita tidak tutup aurat,isteri
derhaka pada suami,manusia memakan harta anak yatim,homoseks,riba
berleluasa,minum arak tanpa segan silu,pecah belah dlm urusan agama yg berlaku
di kalangan kami namun Engkau masih tidak menimpakan bala yg dahsat seperti yg
telah Engkau timpakan ke atas Kashmir,kaum Nabi Luth,tentera Abrahah,tentera
Firaun,kaum Ad,umat Nabi Nuh,kaum Tsamud dan pelbagai azab yg telah Engkau
beritahu kami melalui kalamMu Al-Quran serta kekasihMu yang kami sanjungi
Muhammad s.a.w.
Ya Allah maafkan kami di atas kemungkaran yg
telah kami lakukan..Beri lah kami peluang untuk mengubah suasana kemungkaran ini
kpd ketaatan..Pilih dan pilih lah lagi kami untuk menjadi pembantu agamamu
sehingga kami tiada lagi..Ya Allah perkenankan la harapan kami dan kepadaMu la
kami memohon pertolongan..
Ameenn Ya Rabbal Alameen..
- Dan buatlah bagi mereka suatu perumpamaan, yaitu penduduk suatu negeri ketika utusan-utusan datang kepada mereka; (QS. 36:13)
- (yaitu) ketika Kami mengutus kepada mereka dua orang utusan, lalu mereka mendustakan keduanya; kemudian kami kuatkan dengan (utusan) ketiga, maka ketiga utusan itu berkata: "Sesungguhnya kami adalah orang-orang yang diutus kepadamu". (QS. 36:14)
- Mereka menjawab: "Kamu tidak lain hanyalah manusia seperti kami dan Allah Yang Maha Pemurah tidak menurunkan sesuatupun, kamu tidak lain hanyalah pendusta belaka". (QS. 36:15)
- Mereka berkata: "Rabb kami lebih mengetahui bahwa sesungguhnya kami adalah orang yang diutus kepada kamu. (QS. 36:16)
- Dan kewajiban kami tidak lain hanyalah menyampaikan (perintah Allah) dengan jelas". (QS. 36:17)
- Mereka menjawab: "Sesungguhnya kami bernasib malang karena kamu, sesungguhnya jika kamu tidak berhenti (menyeru kami), niscaya kami akan mereajam kamu dan kamu pasti akan mendapatkan siksa yang pedih dari kami". (QS. 36:18)
- Utusan-utasan itu berkata: "Kemalangan kamu itu adalah karena kamu sendiri. Apakah jika kamu diberi peringatan (kamu mengancam kami)? Sebenarnya kamu adalah kaum yang melampaui batas". (QS. 36:19)
- Dan datanglah dari ujung kota seorang laki-laki (Habib An Najjar) dengan bergegas-gegas ia berkata: "Hai kaumku ikutilah utusan-utusan itu, (QS. 36:20)
- ikutilah orang tiada minta balasan kepadamu; dan mereka adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. (QS. 36:21)