Hampir di seluruh dunia mengenali siapa itu
Maulana Umar Palanpuri rah. Beliau dikenali sebagai “Suara Emas Dalam Kerja
Dakwah” (Golden Voice of Dakwah Work). Sewaktu penulis berada di India pada 1990
ketika keluar 40 hari Masturat sempat menghabiskan masa beberapa hari di Markaz
Dunia, Madrasah Kasyaful Ulom, Masjid BangoWali, Nizamuddin, India. Ketika itu
penulis berkesempatan berada beberapa kali di dalam majlis beliau.
Pada waktu yang sama juga markaz didatangi
rombongan yang pertama yang sebelum ini belum pernah sampai ke situ. Ia itu
rombongan pertama dari Russia (USSR). Seingat penulis rombongan itu terdiri dari
tujuh orang yang pakaian dari ketayap sampai ke stokin warna yang sama iaitu
warna biru. Sesampai mereka di markaz berkebetolan dengan malam perhimpunan
mingguan di daerah berkenaan. Kesemua mereka berada di tempat khas di atas kolah
wudhuk berhadapan dengan pintu masjid (sekarang ini sudah tiada). Pada petang
itu Maulana Umar Palanpuri rah memberi bayan (ceramah) yang mana dalam bayan
tersebut beliau menyentuh bagaimana asal ujudnya fahaman Kominis.
Fahaman berkenaan bertapak apabila sistem
Zakat yang terdapat di dalam al-Quran dan Hadis Nabi gagal dilaksanakan.
Akhirnya gulongan miskin terpinggir dan seterusnya fahaman ini mulai bertapak.
Beliau mengulas begitu panjang lebar sehingga penulis tidak sangka bahawa
maulana yang begitu sibuk dengan ilmu agama dan madrasah begitu arif dengan
sistem politik semasa serta begitu mahir dengan berbagai idologi yang ujud
akhir-akhir ini.
Di dalam bayan beliau, beliau begitu yakin
dengan kedatangan tetamu ronbongan jemaah pertama dari Russia itu menjadi titik
permulaan perkembangan dan kebangkitan Islam di negara berkenaan. Beliau
bersumpah dengan nama Allah swt bahawa Russia (USSR) akan berpecah satu persatu
selepas dua tahun dari sekarang. Kata-kata beliau mengejutkan ramai hadirin yang
hadir termasuk penulis. Ternyata selapas dua tahun kata-kata beliau ianya
benar-benar menjadi kenyataan. Satu persatu Negara Kesatuan Russia telah
berpecah. Cechnya, Yogoslavia,Cekoslovakia,Bosnia,Serbia,Angustia,Balarus dan
lain-lain. Kata-kata beliau dua tahun selepas itu benar-benar
berlaku.
Kekadang bila beliau membaca potongan
ayat-ayat Quran, irama suaranya begitu sayu menahan sebak yang pastinya akan
menyentuh perasaan sesiapa sahaja yang mendengar. Kekadang juga bila beliau
menceritakan kisah Asyash yang beliau nukilkan dari kitab “maarif e mathnawi”
karangan Maulana Hakim Muhammad Akhtar serta tafsiran oleh Syeikh Jalaluddin
Rumi, beliau akan menangis sambil menahan sebak. Hadirin juga akan turut
menangis ini termasuklah jemaah luar negara, Eropah, Amerika serta juga dari
beberapa Negara Arab miski pun bayan di dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan ke
dalam bahasa masing-masing.
Bayannya cukup memberi kesan di dalam hati
hadirin yang mendengarnya. Ada beberapa orang tetamu luar negara yang datang ke
Markaz Nizamuddin tersebut semata-mata ingin bertanyakan sesuatu berkaitan
Jemaah Tabligh, namun apabila selesai mendengar bayan dari beliau, jawapan
persolan berkenaan akan terjawab di dalam bayan tersebut. Ini diperakui oleh
banyak tetamu yang datang ke Markaz Nizamuddin.
Mengikut maklumat yang diterima, bahawa beliau
semasa kecil dipelihara dan dididik oleh ibunya yang terkenal sabagai saorang
wanita yang solehah ketika itu. Ketika masih kecil beliau menunjukkan
tanda-tanda kecerdikkan yang mana dengan kecerdikan tersebut membuatkan bapa
saudaranya menyekolahkannya mengikut pendidikan sekular yang ada ketika itu.
Namun sebaliknya ibunya yang solehah itu berkeinginan anaknya itu diasuh dengan
pengajian dan pendidikan agama yang akhirnya inilah terjadi kepada
maulana.
Ketika masih umur kanak-kanak beliau telah pun
menghafal Al-Quran dan ketika remaja beliau seterusnya melanjutkan pelajaran
agamanya di Darul Ulum Deoband yang berkesudahan mendapat keputusan yang
cermelang sehingga mengkagumkan guru-guru beliau. Pun begitu di dalam bidang
kerohanian, beliau menjadikan Syeikhul Hadis Maulana Zakaria Al-Kandalawi rah
sebagai Syeikh Khalifah beliau.
Seringkali di dalam bayan beliau, takkala
beliau menceritakan mengenai sejarah silam beliau, beliau akan menceritakan
bagaimana apabila pulang dari madrasah ibunya akan meminta beliau menceritakan
apa ilmu yang beliau dapat di madrasah. Ibunya akan memberi perhatian kepada
beliau serta berkata,”Sekarang ini tidak ada yang mendengar melainkan ibu sahaja
namun ibu berdoa suatu hari nanti kamu akan saksikan bahawa ribuan orang akan
mendengar apa yang kamu cakapkan.” Bila beliau menceritakan kisah ini, beliau
akan menangis terisak-isak di hadapan ribuan dan jutaan manusia yang mendengar
bayan beliau. Doa ibu beliau telah pun dikabulkan.
Pada 21 May 1997 jam 1.30 petang bersamaan
hari Rabu, beliau telah dipanggil oleh Allah swt pulang ke rahmatullah di
Nizamuddin, India. Inya terjadi setelah beliau beserta beberapa orang elders
Nizamuddin bersafar ke Ijtimak Agra dan di dalam perjalanan, beliau telah jatuh
sakit serta pulang semula ke Delhi. Kemudian beliau dimasukan ke hopital dan
telah dibenarkan pulang namun selepas itu beliau diserang sakit jantung dan
meninggal dunia.
Sekitar 80an dan awal 90an beliau begitu suka
dengan jemaah dari Malaysia serta akan menyapa serta bersarapan pagi bersama
jemaah dari Malayisa. Kesukaan beliau dengan jemaah Malaysia kerana ketika itu
kebanyakkan yang datang ke markaz Nizamuddin adalah muda-muda belaka.
Pengurbanan beliau terhadap agama memberi
menafaat yang banyak kepada ramai manusia yang datang ke Nizamuddin,
India.
Semuga Allah swt mencerahkan tempat rehat
beliau dan menerima pengurbanan beliau.