Allah SWT yang mencipta segala-galanya. Segala
yang terlihat dan tidak terlihat dicipta oleh Allah SWT. Allah SWT mencipta
makhluk adalah untuk ujian bagi manusia supaya mengenal Allah SWT. Allah SWT
menjadikan semua makhluk dengan qudrat Allah SWT. Mati dan hidup semua di tangan
Allah SWT. Keadaan-keadaan yang wujud di antara hidup dan mati semua Allah SWT
yang mewujudkan. Apa yang berlaku dalam semua kehidupan makhluk bergantung
dengan qudrat Allah SWT. Apa yang wujud semua dari Allah SWT, ikhtiar manusia
juga dari qudrat Allah SWT dan bukan usaha manusia.
Terbentuk kehidupan dan kemusnahan, kebaikan,
keburukan bukan bergantung pada makhluk atau asbab tetapi bergantung kepada
qudrat Allah SWT. Oleh itu Allah SWT telah hantar nabi-nabi dan rasul-rasul
untuk memahamkan kepada manusia supaya menjalani kehidupan ini mengikut kehendak
Allah SWT. Begitulah semua 124 ribu nabi dan rasul diutus ke muka bumi ini
supaya menyeru manusia kepada beriman kepada Allah SWT. Begitulah seterusnya
dakwah Rasulullah SAW.
Baginda SAW menyeru bahwa semua keadaan yang
wujud datang daripada qudrat Allah SWT. Apa yang berlaku dan sedang berlaku
serta apa-apa yang akan berlaku semuanya datang dari Allah SWT. Inilah dakwah
nabi-nabi termasuk Nabi SAW bahwa kejayaan manusia bukan bergantung kepada apa
yang diusahakan oleh manusia, akan tetapi bergantung kepada apa yang ditetapkan
oleh Allah SWT. Kelemahan manusia ialah yakin manusia terkesan dengan apa yang
dilihat memberikan manfaat dan mudharat. Sebenarnya kesan manfaat dan mudharat
pada asbab itu bukan dari makhluk tersebut, tetapi Allah SWT yang memberi kesan.
Makhluk itu sebenarnya tidak dapat berbuat apa-apa. Maulana memberi contoh
mengenai bola lampu dan kabel letrik, sebenarnya benda itu tidak dapat
mengeluarkan cahaya tetapi arus letrik itu adalah berpunca daripada generator
letrik. Begitulah semua apa yang kita lihat, kebaikan dan keburukan datang dari
qudrat Allah SWT. Begitulah dakwah Anbia menyeru manusia kepada zat dan qudrat
Allah SWT.
Hari ini apabila umat telah tinggalkan dakwah,
maka yakin umat dan fikiran umat telah rosak. Semua ini berpunca daripada
perbicaraan yang salah dan tidak lagi membicarakan kebesaran Allah SWT. Syaitan
datang untuk membawa kita menjadi orang yang didakyahkan kepada perkara bathil.
Inilah perbicaraan rata-rata orang Islam di seluruh dunia dimana mereka tidak
lagi berbicara tentang kebesaraan Allah SWT, sebaliknya membicarakan kehebatan
dunia. Dengan ini manusia yakin pada benda atau asbab yang dibicarakan dan tidak
lagi terkesan dengan kekuasaan dan qudrat Allah SWT. Oleh itu kesesatan telah
merata di seluruh dunia.
Sesungguhnya kehidupan manusia bukan tebentuk
dari harta benda, tetapi kehidupan manusia terbina dengan iman dan amal. Untuk
keselamatan dan keamanan usaha atas iman perlu diadakan, dimana manusia akan
benar-benar yakin terhadap zat dan qudrat Allah SWT. Allah SWT yang memelihara
rezeki seluruh makhluk termasuk diri kita. Dalam pembinaan iman, jangan
campur-adukkan kebesaran Allah dengan ghairullah (selain dari Allah).
Melalui usaha dakwah Allah SWT akan kembangkan
hidayah ke seluruh alam. Melalui dakwah manusia kepada kebesaran Allah SWT, maka
Allah SWT akan memasukan iman dalam diri orang yang membicarakan kebesaran Allah
SWT. Begitu juga jika kita dakwahkan kehidupan suci murni Nabi SAW, orang itu
yang akan dapat taufik hidayat untuk mengamalkan sunnah-sunnah Nabi SAW, dan
kehidupan sunnah akan tersebar. Oleh itu kita perlu membentuk iman supaya wujud
suasana iman bukan saja di marhalah kita tetapi di seluruh alam.
Apabila kita tinggalkan dunia ini dalam jazbah
orang yang hidupkan usaha Nabi SAW, maka kita akan dibangunkan di hari akhirat
bersama Nabi SAW. Oleh itu asas kerja kita perlu usahakan kerja Nabi. Kerja Nabi
tidak perlukan harta dan benda tetapi keinginan dalam hati. Jadikan kerisauan
dan fikir kita seperti fikir risau Nabi SAW. Apabila pembicaraan mengenai
kebesaran Allah SWT telah umum, maka Allah SWT akan wujudkan isti'dat kcpada
seluruh umat untuk mengamalkan keseluruhan agama. Allah SWT sendiri akan
wujudkan agama di seluruh alam. Oleh itu, kita perlu bergerak membuat kerja Nabi
SAW diseluruh alam. Kita perlu bertaubat bersungguh-sunggun kerana tidak
menjadikan fikir Nabi SAW sebagai fikir kita dan tidak menjadikan maksud hidup
Nabi SAW sebagai maksud hidup kita.
Kita perlu yakin dengan janji Allah SWT. Allah
SWT berfirman yang maksudnya, "Wahai orang-orang yang beriman, jika kami
membantu agama Allah, Allah akan membantu kamu". Allah akan bertindak mengikut
sangkaan manusia. Kita perlu berhajat kepada Allah SWT, kita perlu selalu menuju
kepada Allah SWT. Kita perlu senantiasa mendengar pembicaraan iman, perlu
memberi keputusan untuk menghidupkan kerja Nabi ke seluruh alam hingga akhir
hayat kita.