Ketahuilah bahawa ada satu usaha yang telah
dijalankan oleh Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda RA dengan tertib yang
khas. Apa yang kita kehendaki ialah kita semua perlu mempelajari usaha tersebut.
Alhamdulillah, kini saudara-saudara kita di tempat masing-masing sedang
mempelajari usaha tersebut sedikit demi sedikit mengikut beberapa peringkat.
Tetapi tiada satu pun peringkat-peringkat tersebut yang telah sampai ke tahap
yang akhir, bahkan ada di antara peringkat-peringkat ini yang masih dalam tahap
permulaan.
Hari ini jika setiap individu pada setiap tempat (daerah) yang
menjalankan usaha ini menyangka usaha sendiri sebagai usaha yang asal (yakni
usaha Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat baginda) maka tidak ada seorang pun
yang akan sampai ke tahap itu. Kini siapa sahaja yang menjalankan usaha ini
hendaklah kita faham bahawa usaha kita adalah di dalam peringkat permulaan dan
hendaklah kita melanjutkan usaha ini hingga ke peringkat akhir sebagaimana yang
telah diusahakan oleh baginda Rasulullah SAW.
Sekiranya kita memahami usaha yang asal
tersebut dan kita membandingkan dengan usaha yang telah kita lakukan, maka ia
adalah sedikit sekali. Oleh itu kita kenalah berusaha untuk memahami usaha yang
asal ini dan berniat untuk melanjutkan usaha kita hingga ke peringkat akhir.
Jadi pertama sekali, hendaklah kita ketahui, apakah faedah usaha ini. Yang
keduanya, hendaklah kita memahami apakah usaha Rasulullah SAW. Faedah yang
diperolehi apabila usaha dijalankan ialah orang berusaha bersamasama masyarakat
akan memperolehi hidayat. Dan manusia akan menjalankan kehidupan mereka dengan
berlandaskan agama berkadaran dengan hidayat yang Allah SWT akan beri. Kita kena
faham bahawa hidayat daripada Allah boleh diperolehi mengikut
peringkat-peringkat usaha yang dilakukan.
Apabila usaha ini terhenti, hidayat akan mula
keluar daripada masyarakat Islam. Hidayat mula sekali keluar daripada perniagaan
dan muasyara. Hukum-hukum agama akan ditinggalkan di dalam perniagaan dan
cara-cara perniagaan selain daripada cara-cara agama akan berlaku. Kemudian
hukum-hukum fardhu akan ditinggalkan. Selepas itu berbagai-bagai keburukan akan
masuk ke dalam masyarakat Islam sehingga orang-orang Islam mula keluar daripada
agama Islam. Dan apabila usaha agama dilakukan hidayat daripada Allah SWT akan
diperolehi. Kemudian hidayat akan tersebar mengikut peringkat-peringkat usaha
yang dilakukan.
Pada peringkat pertama, manusia mula
mengerjakan sembahyang. Peringkat kedua, manusia dapat mengerjakan puasa, zakat
dan haji. Peringkat ketiga, mereka mula mendapatkan dan membelanjakan harta
mereka mengikut hukum syariah.
Bila usaha agama meningkat kehadapan, Allah
SWT mula memberikan hidayat kepada semua manusia sekadar usaha agama hanya dapat
hidup. Hidayat adalah berkadar dengan usaha. Kita selalu mengatakan manusia
sudah tidak patuh kepada agama, bahkan mereka telah meninggalkan agama dan
menjadi golongan yang menentang agama Islam. Sebabnya ialah usaha ini sudah
berhenti. Kini ramai orang telah menjalankan usaha ini dan mengikut
tingkattingkat usaha agama, agama mula dapat diamalkan. Allah Taala pun mulai
memberi hidayat. Berkadar dengan hidayat, agama pun mulai hidup. Tempat yang
dulunya tiada orang yang mengerjakan sembahyang kini manusia sudah mula
mendirikan sembahyang.
Tempat yang mana tiada orang berpuasa dan menunaikan
haji, kini manusia sudah mula mengerjakan puasa dan haji. Di tempat yang mana
tiada taklim, kini taklim juga dijalankan. Tetapi hidayat masih belum cukup
lagi, oleh itu hukum hakam syariat belum lagi dapat dijalankan di dalam
sumber-sumber pendapatan. Tidak juga dari segi makanan, keadaan (bentuk) rumah
dan pengeluaran wang dengan cara Rasulullah s.a.w. masih belum dapat diamalkan.
Sebagai orang-orang islam kita berhajat agar tingkat usaha dapat dinaikkan
supaya kehidupan kita dan orang-orang lain juga akan memperolehi hidayat untuk
memahami islam.
Kini usaha agama ini terbahagi kepada dua
corak:
Meningkatkan bilangan orang yang menjalankan
usaha ini.
Meningkatkan kadar usaha setiap individu.
Kedua-dua corak ini adalah berbeza. Jika
beribu-ribu manusia menjalankan usaha ini tetapi secara berdikit-dikit maka
hidayat juga akan datang secara berdikit-dikit. Sekiranya orang ramai
meningkatkan usaha (penceburan lebih giat) maka dengan izin Allah s.w.t. hidayat
bukan sahaja sampai kepada orangorang islam malah orang-orang bukan islam juga
akan dapat hidayat.
Hari ini kita hanya melapangkan sedikit
daripada masa kita yang mana tidak memberi kesan atau perubahan kepada urusan
duniawi kita. Allah s.w.t. telah mengambil pengorbanan daripada Rasulullah
s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda r.a. Usaha ini akan meningkat apabila kita
dapat memberikan pengorbanan sebagaimana yang telah diberikan oleh Rasulullah
s.a.w. Kini ingin saya sampaikan apakah usaha yang telah dijalankan oleh
Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabat baginda yang mana kita masih terlalu jauh
dari peringkat tersebut. Tetapi jika kita menjalankan usaha ini dengan
bermatlamatkan usaha Rasulullah s.a.w. maka Allah akan memberi bantuannya kepada
kita untuk sampai ke peringkat itu.
Dengan itu setiap orang yang menjalankan usaha
ini mestilah melihat pada peringkat usaha yang tertinggi dan meneruskan usaha
mereka dengan niat untuk sampai ke peringkat tersebut. Semua orang telah tahu
bahawa agama Islam telah tersebar di seluruh tanah Arab dengan usaha yang
dilakukan oleh ahli Madinah.
Pada zaman Rasulullah s.a.w. kawasan tanah
Arab merupakan jajahan yang besar sungguhpun tidaklah sebesar negara India
tetapi ia bukanlah satu daerahyang kecil. Di dunia terdapat berbagai-bagai
kaedah untuk memperolehi hasil pendapatan tetapi tiada satu kaedah itu yang
terdapat di tanah Arab pada ketika itu. Di seluruh tanah Arab tiada kerajaan dan
pejabat-pejabat yang menyediakan peluang pekerjaan untuk mendapatkan rezeki
dengan mudah.
Pada zaman itu jemaah haji yang pergi ke
Baitullah untuk mengerjakan haji tidak pernah dikenakan apa-apa bayaran bahkan
untuk membantu mereka bagi mengerjakan haji, orang-orang Arab mengeluarkan
perbelanjaan untuk mereka. Pertanian belum dijalankan dan sistem perniagaan
belum wujud kecuali di beberapa kawasan kecil di Mekah Muazimah dan hanya
beberapa kawasan sahaja yang ditanami dengan tamar, anggur dan delima.
Hanya beberapa kawasan sahaja yang ada
perniagaan kecil-kecilan. Kesimpulannya tanah Arab pada ketika itu adalah dalam
kekontangan, kelaparan dan kedahagaan. Tidak semua penduduknya mempunyai
pakaian, makanan dan minuman. Dalam keadaan kelaparan mereka telah memakan
binatang-binatang liar seperti ular. Sehinggakan darah dijalanan pun dijilat
tanpa mengetahui darah apakah itu. Kebanyakan tanah di daerah ini adalah kontang
dengan hasil pendapatan dan penuh dengan kelaparan.
Raja-raja kerajaan Parsi dan Rom pun tidak
berani untuk menjajah negeri ini kerana untuk membentuk kerajaan memerlukan
perbelanjaan yang banyak. Pada masa itu minyak dan emas belum lagi ditemui di
situ. Empayar Qaisar dan Qisra (Empayar Rom dan Parsi) telah meletakkan
askaraskar mereka pada sempadan tanah Arab untuk mencegah orang-orang Arab
daripada memasuki empayar mereka. Di seluruh tanah Arab belum ada apa-apa
kerajaan pun. Tetapi Rasulullah s.a.w. telah menjalankan satu usaha ke atas satu
daerah yang mana tiada satu pun kerajaan yang sanggup menjajah, menjalankan urus
niaga ataupun mengusahakan pertanian di situ. Semua kabilah kecuali penduduk
Madinah Tayebah (yang suci) telah bangun untuk menentang Rasulullah
s.a.w.
Penduduk diseluruh tanah Arab terlebih dahulu
menanti reaksi penduduk Mekah. Jika penduduk Mekah menerima Islam maka barulah
mereka akan menerima Islam. Sehingga akhir hayat Baginda, penduduk Mekah telah
menentang Baginda. Dalam keadaan demikian Basti Madinah telah menjadi pusat
pergerakan Islam. Mereka yang telah memeluk Islam akan dipanggil untuk datang ke
Madinah. Maka Madinah telah menjadi satu pusat perhimpunan orangorang Islam yang
berhijrah meninggalkan keluarga dan bangsa mereka. Mereka berhijrah tanpa
membawa harta benda. Penduduk Madinah telah menguruskan makan minum mereka.
Dengan ini Madinah telah menjadi satu tempat yang mana orang-orang muhajir dan
ansar kelihatan sebagai satu masyarakat. Pihak yang telah berhijrah kehilangan
pendapatan dan harta kepunyaan sebahagian daripada mereka telah dirampas oleh
suku kaum mereka.
Kesimpulannya mereka yang berhijrah telah
jatuh miskin. Rasulullah s.a.w. telah mula menjalankan usaha agama bersama-sama
dengan orang-orang miskin ini berserta dengan orang-orang Ansar. Mereka yang
berhijrah tidak ditegah daripada bekerja untuk mencari nafkah malah orangorang
Ansar juga telah berusaha memenuhi keperluan mereka. Pendek kata,
sekurang-kurangnya selama 10 tahun ahli Medina telah perlu berusaha membetulkan
keadaan ekonomi mereka agar pendapatan tambahan boleh diperolehi dan disamping
itu orang-orang Ansar membantu orang-orang Muhajir. Ini perlukan tenaga dan masa
yang lebih yang mana tidak patut bagi mereka keluar ke lain tempat dan ini
adalah takaza ekonomi pada tersebut. pada tersebut.