Hari hari kita pikirkan dan bicarakan tentang kepentingan dunia, mari kita luangkan sedikit waktu untuk pikirkan dan bicarakan tentang perkara agama, tentang kebesaran Alloh, satu satunya bekal kita nanti pulang ke "Kampung Akhirat" dan untuk apa sebenarnya kita sebagai manusia Alloh SWT ciptakan di dunia ini...

Tuesday, November 22, 2011

Bayan Masturot Maulana Muhammad Ihsan

Tuan-tuan yang dimuliakan oleh Allah Taala, sebagaimana Allah telah menciptakan langit dan bumi, Allah Taala juga menciptakan manusia berpasangan, lelaki dan wanita. Jika tiada wanita, maka tiadalah manusia di dunia ini. Daripada kalangan manusia, sebahagiannya Allah jadikan lelaki, dan sebahagiannya Allah jadikan wanita. Hazrat Muhammad (sallalaahu alayhi wasalam), penghulu dan penutup segala nabi-nabi. Apabila menyampaikan risalah Allah taala kepada manusia, baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengajarkannya kepada lelaki, dan juga baginda (sallalaahu alayhi wasalam) mengajarkannya kepada wanita.

Sebagaimana juga para sahabat (radiyalaahu anhum), dikalangan mereka, lelaki mendakwahkan manusia kepada Allah, wanita juga mendakwahkan manusia kepada Allah.

Hazrat Umar (radiyalaahu anhu) menerima Islam dengan asbab adik perempuannya. Hazrat Usman (radiyalaahu anhu) bercerita perihal keIslamannya, “Apabila daku pulang ke rumah, makcik ku Saadah sedang duduk-duduk. Aku duduk berdekatan dengannya, dan dia mula mendakwahkan daku kepada Islam. Perbicaraan beliau amat menyentuh perasaan ku. Apabila beliau meninggalkan ku, daku pergi berjumpa dengan sahabatku Abu Bakar untuk meminta nasihat. Abu Bakar memberitahukan bahawa apa yang diperkatakan oleh makcik ku itu semuanya adalah benar. Abu Bakar berkata bahawa Muhammad (sallalaahu alayhi wasalam) adalah sesungguhnya pesuruh Allah serta mengesaku mengambil seruan baginda (sallalaahu alayhi wasalam). Ketika itu juga Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) memasuki rumah dan aku terus memeluk Islam.” Ikrimah (radiyalaahu anhu), anak kepada Abu Jahal, masuk Islam melalui asbab dakwah dari isterinya. Amr ibn Al Aas (radiyalaahu anhu) masuk Islam melalui asbab dakwah makciknya. Dengan pengorbanan diri (masa, perasaan dan nyawa) serta harta mereka, usaha agama telah dilaksanakan oleh para sahabat dikalangan lelaki (radiyalaahu anhum) dan usaha agama juga telah dilaksanakan oleh para sahabat dikalangan wanita (radiyalaahu anhum). Tingkat pengorbanan tertinggi pada Jalan Allah Taala adalah apabila nyawa yang ada pada mereka dipertaruhkan, dan berbelanja segala harta yang ada pada mereka di Jalan Allah Taala. Sebahagian besar para sahabat (radiyalaahu anhum) di kalangan lelaki yang harta yang ada pada mereka, tetapi yang pertama-tama berkorban harta yang ada pada dirinyadi Jalan Allah adalah seorang wanita, Khadijah (radiyalaahu anha). Manakala dalam pengorbanan diri, seseorang mungkin boleh memberi masa sepagi atau sepetang di Jalan Allah, dan tingkatan yang paling tinggi adalah apabila seseorang itu memberi nyawa untuk syahid di Jalan Allah. Ramai dikalangan para sahabat (radiyalaahu anhum) yang syahid di Jalan Allah, tetapi yang pertama-tama syahid di Jalan Allah adalah seorang wanita, Sumaiyyah (radiyalaahu anha). Ganjaran pengorbanan dikalangan semua mereka yang berkorban masa, diri, perasaan dan harta di Jalan Allah hingga ke Hari Qiamat, semua ganjaran-ganjaran tersebut dinikmati oleh Khadijah dan Sumaiyah (radiyalaahu anhuma). Sebagaimana hijrahnya Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) ke Madinah, semua puteri-puteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam) turut berhijrah. Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) telah tunjukkan bagaimana usaha agama dibuat dikalangan lelaki, dan baginda (sallalaahu alayhi wasalam) juga telah tunjukkan bagaimana usaha agama dibuat dikalangan wanita. Apabila Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) menderita kelaparan, semua puteri-puteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam) dan anak-anak mereka (radiyalaahu anhum) juga menderita kelaparan.
Sebagaimana Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) keluar ke Jalan Allah, puteri baginda yang dikasihi, Zainab (radiyalaahu anha) juga keluar ke Jalan Allah. Semasa di Madinah, Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) telah menyertai 45 ghazwah (ekspidisi menegakkan kalimat Allah), isteri-isteri baginda (sallalaahu alayhi wasalam) juga menyertai ghazwah tersebut.

Jika kita mengharapkan seluruh dunia menerima agama Allah, kesemua lelaki dan wanita dikalangan kita juga mesti mennjerumuskan diri dalam usaha agama sebagaimana mereka. Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) telah mengajar dan menunjukkan cara untuk menyampaikan agama kepada kaum lelaki, serta baginda (sallalaahu alayhi wasalam) juga telah mengajar dan menunjukkan cara untuk menyampaikan agama kepada kaum wanita. Sebagaimana, kaum lelaki dikalangan umat ini diberikan kemuliaan oleh Allah Taala sebagai Naib Nabi (sallalaahu alayhi wasalam), kaum wanita dikalangan umat ini juga diberikan kemuliaan oleh Allah Taala sebagai Naib Nabi (sallalaahu alayhi wasalam). Sebagaimana, kaum lelaki dikalangan umat ini adalah bertanggungjawab terhadap usaha hidayat kepada seluruh manusia, kaum wanita dikalangan umat ini juga bertanggungjawab terhadap usaha hidayat kepada seluruh manusia.

Fahamilah, usaha agama yang dibuat oleh Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam), usaha agama terhadap kaum wanita, usaha agama oleh kaum wanita, dan untuk mengusahakan usaha agama atas kaum wanita, adalah tersangat penting. Mafhum hadith Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam): “Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali (atau lelaki soleh). Seorang wanita yang jahat akhlaqnya, lebih buruk daripada 1000 orang lelaki yang jahat akhlaqnya.” Oleh itu, usaha pembaikan atas kaum wanita memberikan menafaat yang lebih besar, manakala kelalaian terhadap usaha pembaikan atas kaum wanita menjerumuskan kepada kemudharatan yang tersangat besar.

Sebagaiamana kaum lelaki perlu banyakkan dakwahkan kebesaran Allah setiap hari untuk tingkatkan iman, kaum wanita juga perlu banyakkan dakwahkan kebesaran Allah setiap hari untuk tingkatkan iman. Suasana di rumah adalah suansana yang dibentuk oleh wanita. Wamita sentiasa berada di rumah, dan anak-anak adalah lebih dekat dengan ibu mereka. Ibu yang pakaikan mereka pakaian. Ibu yang masakkan mereka makanan. Kebiasaannya sifat ibu adalah lebih lembut, manakala bapa adalah lebih tegas. Keduadua sifat ini perlu untuk mendidik anak-anak dengan betul. Salah seorang antara ibubapa perlu bersifat lembut, dan yang seorang lagi bersifat tegas. Jika kedua-dua ibubapa berlembut, anak-anak biasanya tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Jika keduadua ibubapa bersikap tegas, anak-anak juga tidak mendapat pendidikan yang sempurna. Kebiasaannya, bapa yang bertegas dengan anak-anak: Kenapa tak buat itu, kenapa tak buat ini. Ibu mencurahkan kasih saying dan berlembut dengan anak-anak, sediakan mereka makan minum dan sukakan mereka.

Jika si ibu sentiasa beritahu anak-anaknya: ayah kamu tu, kejap-kejap keluar (ke Jalan Allah), asyik keluar je, bukan nak jaga rumahtangga, abaikan anak isteri saja; jika anak-anak sentiasa dengar kata-kata sebegini dari ibu mereka, mereka akan membesar memusuhi ayah mereka sendiri dan membenci agama serta usaha agama. Sebaliknya jika ibu sentiasa beritahu anak-anaknya: ayah kamu tu seorang yang baik, dia cuba beri masa untuk agama dan keluar ke Jalan Allah, apa yang dia buat tu bagus dan dia usaha sungguh-sungguh, mak pun patut buat macam ayah, dan kamu pun patut buat macam ayah; jika anak-anak dengar kata-kata sebegini dari ibu mereka, mereka akan membesar menyayangi ayah mereka dan cinta kepada agama dan usaha agama.

Kerja yang paling besar bagi kaum wanita umat ini adalah untuk mewujudkan suasana iman di dalam rumah-rumah mereka. Untuk mewujudkan suasana iman dalam rumah, tidak perlu bagi seseorang wanita untuk jadi alimah atau lulusan dari pusat pengajian tinggi agama. Setiap wanita boleh saja mewujudkan suasana iman di rumah.

Bagaimana untuk mewujudkan suasana iman? Sentiasalah berkata-kata tentang iman. Mengikut tahap kefahaman seseorang kanak-kanak, ibu-ibu berkata-kata dan bercakapcakap dengan anaknya mengenai 3 perkara:

1. Pertama, apa-apa saja yang boleh dilihat dan dipandang oleh kanak-kanak, ibu-ibu beritahu mereka bahawa semua itu diciptakan oleh Allah Taala. Langit, bulan, bintangbintang, semuanya ciptaan Allah. Gunung-ganang, lautan-lautan, pokok-pokok, segala apa yang di darat dan di langit adalah ciptaan Allah. Kapalterbang yang ibu dan anak baru saja melintas terbang di udara, logam yang dibuat kapalterbang itu adalah ciptaan Allah. Juruterbang yang memandu pesawat itu juga diciptakan oleh Allah. Allah yang Maha Pencipta juga Maha Memelihara ciptaanNya. Seorang ibu perlu mengucapkan dengan lidahnya kata-kata seperti itu kepada anak-anaknya, dan ajar and asuhlah anakanak supaya mengucapkan kata-kata sedemikian juga dengan lidak mereka.
2. Kedua, rumah kediaman dan apa-apa saja yang ada dalam rumah, yang mana seorang ibu seharusnya memberitahu anak-anaknya rumah kediaman dan apa-apa saja yang ada dalam rumah mereka adalah pemberian dari Allah. Allah yang memberikan kita rumah ini. Allah yang beri kita pakaian. Allah yang berikan kita makanan. Allah yang berikan kita pen ini. Bila ayah balik ke rumah dan letakkan kuffiyah atas kepala anak lelakinya yang masih kecil, emaknya lalu bertanya si anak, siapa yang beri kuffiyah tu? Anaknya jawab, Ayah yang berikan pada saya. Emak patut jawab, Bukan, bukan ayah yang berikan, Allah yang berikan. Si anak mungkin akan berkata lagi, ayah yang berikan, tapi emak hendaklah mengulang-ulang beritahu si anak bahawa Allah yang berikan, sehingga lekat di hati anak bahawa Allah yang berikan.

Doa selepas makan bermaksud kita mensyukuri nikmat makanan dan minuman yang Allah berikan kepada kita. Bukan mak ayah yang beri makanan, tapi Allah yang beri makanan. Apabila bangun dari tidur doa dibaca mensyukuri Allah yang membangkitkan kita dari tidur. Nampaknya seperti emak ayah yang tidurkan dan kejutkan anak, tapi Allah yang tidurkan dan kejutkan si anak. Fikiran dan hati anak-anak perlu diasuh dan disemai bahawa Allah yang Maha Memberi dan Maha Memelihara. Apa yang diperkatakan oleh emak, perlu diperkatakan juga oleh ayahnya. Apabila anak-anak hendakkan sesuatu, mereka akan pergi meminta pada ibu mereka.

Bila mereka pergi kepada ibu mereka, ibu hendaklah mengajar mereka meminta pada Allah untuk segala keperluan. Anak lelaki pergi pada mak beritahu, mak, saya nak pen. Emaknya hendaklah beritahu dia, Allah yang berikan kamu pen lama, Allah juga lah yang akan berikan kamu pen baru. Sayang, pergi ambil wudhu dan solat dua rakaat, kemudian doa minta pada Allah supaya Allah berikan pen baru. Anak perempuan pergi pada mak beritahu, mak, saya nak kasut baru. Emaknya hendaklah beritahu dia, Allah yang berikan kamu kasut lama, Allah juga lah yang akan berikan kamu kasut baru.

Sayang, pergi ambil wudhu dan solat dua rakaat, kemudian doa minta pada Allah supaya Allah berikan kasut baru. Ibu-ibu hendaklah sentiasa menggesa anak-anak untuk meminta pada Allah sehingga dengan sendirinya, menjadi kebiasaan anak-anak untuk meminta pada Allah. Anak-anak belajar untuk meminta pada Allah bagi segala keperluan mereka bila mereka lihat ibubapa mereka juga sentiasa meminta pada Allah untuk segala sesuatu. Ibubapa yang mana mengasuh adan mengajar anak-anak mereka untuk meminta pada Allah atas segala keperluan, sebenarnya telah mengajar anak-anak mereka pengajaran sepanjang hayat anak-anak mereka.

Di rumah misalnya, ada anak perempuan yang berumur 7 tahun, anak lelaki berumur 5 tahun, dan anak lelaki berumur 2 tahun. Apabila ayah pulang ke rumah, didapatinya anak lelaki yang berumur 2 tahun itu menghidapi demam. Apa yang dia buat? Ayah berkata, cepat ambil dompet duit saya, cepat bawa anak yang demam tu masuk ke kereta, lekas bawa pergi jumpa doctor. Iman anak-anak yang lain akan terkesan. Anak-anak Anakanak akan berfikir, bila ayah saya perlu pertolongan, pertama-tama dia cari duit dulu. Anak-anak akan berfikir, ibubapa saya mengajar saya untuk meminta hanya kepada Allah, tapi bila mereka sendiri perlukan bantuan, mereka tuju kepada duit dulu. Kepercayaan yang mengatakan bahawa duit adalah penyelesaian segala masalah adalah akar umbi kepada segala kejahatan. Sistem pemerintahan kerajaan yang dipenuhi dengan rasuah, adalah kerana kejahatan yang dibawa oleh duit. Para peniaga dan pedagang menipu kerena kejahatan yang dibawa oleh duit. Rompakan dan kecurian berlaku adalah kerana salah yakin kepada duit.

Hari ni, dalam setiap rumah, dalam keadaan suasana salah yakin ibubapa dan keluarga kepada duit, anak-anak dilahirkan. Jadi, sepatutnya apa yang perlu dilalukan? Anak-anak tadi patut dipanggil oleh kedua ibubapa mereka, dan diberitahu, Nak sayang, adik kamu berdua tengah demam, dari mana datangnya demam ni? Allah yang datangkan demam dan hanya Allah yang boleh menyembuhkan demam. Jadi, kamu berdua pergi ambil wudhu, mak dengan ayah pun akan berwudhu. Lepas tu kamu berdua solat, mak dengan ayah pun akan bersolat. Kamu berdua dua pada Allah untuk sembuhkan adik kamu dari demam, mak dengan ayah pun akan dua pada Allah untuk sembuhkan adik kamu dari demam. Bila kita beri sedekah, Allah akan hilangkan kesusahan kita. Ambil duit ni, pergi sedekahkan kepada makcik fulan, yang suami dia dah meninggal tu. Kemudian baru kita pergi jumpa doctor dan minta ubat untuk adik, tapi bukan ubat yang sembuhkan, yang hanya boleh sembuhkan adik ialah Allah.

Sudah lebih 70 tahun usaha dawah dan tabligh telah berjalan, tapi dalam beberapa keadaan, kesannya sangat perlahan. Mengapa? Kerana ibubapa Islam, khususnya ibu-ibu kepada anak-anak Islam di merata dunia, menyibukkan diri di dalam rumah-rumah mereka merosakkan iman anak-anak mereka sendiri. Dari segi jumlahnya, kaum wanita adalah lebih ramai dari kaum lelaki, dan kaum lelaki yang melibatkan diri dengan kerja dawah dan tabligh adalah lebih sedikit jumlahnya. Dari usaha kaum lelaki yang terlibat dengan kerja dawah dan tabligh, jika mereka dapat mengajak dan menyakinkan 1000 orang lelaki untuk lebih dekat dengan Allah, dalam masa yang sama 100,000 orang kanak-kanak Islam dirosakkan iman mereka oleh kaum wanita dan ibu-ibu di dalam rumah-rumah mereka.
Amat malang sekali, kita dapati hari ini, rumah-rumah orang Islam telah menjadi kilang-kilang merosakkan iman. Oleh sebab itulah, adalah sangat mustahak di segenap penjuru di seluruh dunia, di rumah-rumah orang Islam, perlu ditukar menjadi tempat untuk membina iman. Kita semua akan jadikan rumah-rumah kita tempat membina iman, inshaAllah!? (Hadirin menjawab serentak: Ya, bahkan!) Suasana iman di rumah akan menerbitkan suasana solat. Menjangkau umur 7 tahun, solat perlu mula didirikan oleh anak-anak. Kebiasaannya apa yang terjadi pada anak itu ialah: “Biarkanlah dia bermain, biarkanlah dia berseronok dan makan-makan, bila dia besar nanti, tahulah dia untuk solat.” Apabila ana- itu telah menjangkau umur 11 atau 12 tahun, dan tabiat buruk telah menular, langsung dia tidak melaksanakan solat. Kasih sayang sejati terhadap kanak-kanak ada pada diri Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) sebagaimana yang telah ditunjukkan kepada kita. Ketika berumur 7 tahun, anak-anak perlu disuruh untuk bersolat. Dia patut diajar cara solat dengan betul. Kelebihan, menafaat dan keuntungan dalam mendirikan solat, cara-cara solat yang betul, tatacara solat perlu diajarkan kepada mereka. Apabila solat telah dikerjakan oleh mereka, amalamal lain perlu diasuh untuk mereka kerjakan. Anak-anak perlu di asuh untuk memulakan zikir. Anak-anak perlu mulai diasuh untuk mengamalkan tasbeehat di waktu pagi dan petang, dengan duduk di satu tempat dalam keadaan tenang. Kaum wanita di kalangan para sahabat Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) biasa mengajar dan mengusahakan tabiat untuk berpuasa pada anak-nak mereka walaupun pada usia yang masih mentah.

Tasbeehat 300x diwaktu pagi dan 300x di waktu petang, setiap wanita perlu kerjakan di rumah-rumah dengan duduk menghadap qiblat. Setiap wanita perlu setiap hari tilawah Quran satu juzuk sehari. Mengajar membaca Quran dengan tajwid kepada anak-anak adalah tanggungjawab ibu-ibu, dengan bantuan bapak-bapak. Bapak-bapak yang keluar ke Jalan Allah, jika tak belajar betulkan tajwid mereka, bagaimana nak betulkan tajwid isteri-isteri di rumah? Anak-anak perlu digalakkan untuk sentiasa bertilawah Al-Quran. Jika mana-mana mereka menadi hafiz, alhamdulillah, ucapan kesyukran kepada Allah. Jika tidak pun keseluruhan Al-Quran, sekurang-kurangnya surah-surah yang boleh mereka bacakan didalam solat mereka. Tanggungjawab utama agar anak-anak belajar Al-Quran terletak pada ibubapa, bukan tanggungjawab pihak sekolah dan guru-guru.

Sebelum atau selepas melakukan sesuatu pekerjaan, ibu perlu mengamalkan doa-doa masnoon, ayah juga perlu berbuat demikian, dan amaln ini perlu diajarkan kepada anakanak juga. Jadi suasana dalam rumah diseliputi oleh suasana membina iman, solat, zikir dan doa-doa masnoon. Tangan-tang sibuk bekerja, manakala lidak dibasahi dengan berzikir. Apak-bapak pergi kerja, anak-anak pergi ke sekolah, ibu-ibu tinggal di rumah, jika akut tinggal seorang di rumah, mulakanlah zikir pada Allah. Masa-masa yang terluang dan kosong perlu dipenuhi dengan berzikir. Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) bersabda, jangan ada masa yang berlalu tanpa mengingati Allah. Lidah perlu sentiasa dibasahi dengan zikrullah. Di setiap rumah perlu ada halqah taleem setiap hari.

Selagi ada pebicaraan membesarkan Allah Taala, di situlah Rahmat Allah akan mencurah-curah. Suasana tenang dan lapang akan terwujud di situ. Allah Taala akan mengingati peserta-peseta majlis yang mengingati Allah dalam majlis yang lebih baik. Para malaikat Rahmat mengerumuni majlis zikrullah dengan bertindan-tindan hingga ke langit. Dalam masa yang sama, anak-anak duduk dalam majlis berserta para malaikat.

Oleh kerana itu, mereka juga akan mempunyai sifat taqwa, taat dan bersifat ehsan seperti para malaikat. Jika anak-anak sentiasa diselubungi suasana syaitan di rumah, dan jika di sekolah juga mereka diselubungi suasana syaitan, dan jika Susana di luar rumah juga diselubungi suasana syaitan. Kita sendiri semua tahu apakah suasana dalam rumah kita. Jadi, jika anak-anak sentiasa diselubungi dengan suasana syaitan, mereka akan jadi menyamai syaitan. Oleh seab itu, adalah sangat mustahak untuk diwujudkan halqah taaleem di rumah. Berapa lama masa taleem tersebut? 2 jam; 1½ jam, sejam; sekurangkurangnya setengah jam. 15 hingga 20 minit digunakan untuk membaca kitab Fadhail Amal. 10 hingga 15 minit dari masa perlu digunakan untuk muzakarah 6 perkara. Esok mak memperkatakan tentang 6 perkara, lusa ayah akan memperkatakan tentang 6 perkara. Jika nenek ada di rumah, nenek juga perlu memperkatakan tentang 6 perkara. Kenapa? Supaya setiap seorang ahli rumah boleh jadi daaie (penyeru agama Allah).

Semua ahli di rumah perlu ada rasa bahawa tanggungjawab menyampaikan agama kepada seluruh manusia adalah tanggungjawab saya. Bagi anak-anak, adalah tidak memadai dengan mengajar mereka, tetapi juga dengan menunjukkan contoh teladan kepada mereka. Bila satu anak tengok ayahnya sedang berbaring, tak berkufiyyah dan tak berbaju. Apabila tiba waktu taaleem di rumah, ayah terus pakai baju dan pakai kuffiyah. Kemudian ayah mengambil wudhu dan mendatangi majlis taleem rumah dalam keadaan mendekati Allah. Selepas anak lihat ayah melakukan perkara ini beberapa hari, dia pun akan buat persiapan yang sama, dan dia sendiri akan menyiapkan diri dia untuk lebih mendekati Allah. Dalam masa 10 hingga 15 minit memperkatakan tentang 6 perkara, 6 perkara ini akan terpahat dihati anak. 6 perkara ini boleh dihuraikan sehingga berjam-jam secara mendalam dengan menyebutkan ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith namun takkan habis.

Asuh dan ajarkan anak-anak tentang kebesaran Allah Taala. Ajarkan mereka macamana Allah Maha Mencipta segala sesuatu. Ajarkan mereka bagaimana Allah Taala membantu para nabi dan ambiya (alaihimusalam). Anak-anak perlu mendengar kisah-kisah para nabi dan rasul (alayhmusalam). Anak-anak perlu mendengar kisah-kisah para sahabat (radiyalaahu anhum). Sayidinna Khalid (radiyalaahu anhu) begini, dia telah lakukan itu dan ini, bila berlaku sesuatu perkara, di telah buat begini begitu.

Sayidinna Bilal (radiyalaahu anhu) telah melakukan pengorbanan begini, dan dia dilantik sebagai muazzin Rasulullah (sallalaaahu alayhi wasalam). Buangkan cerita-cerita kanak-kanak yang buruk yang lazimnya diperkatakan kepada anak-anak sekarang, tetapi banyakkan cerita tentang kisah-kisah para sahabat kepada anak-anak. Kamu hendaklah berbicara mengenai kisah-kisah yang mulia kepada isteri kamu suaya mereka boleh menyampaikan kepada anak-anak.
Halqah dan majlis taleem di rumah yang dibuat secara istiqomah dan berterusan akan mewujudkan keghairahan untuk mentaati agama. Dalam suasana mengajar iman, iman akan menjadi lebih mantap dan kuat dan tertancap dengan kuat di dalam hati. Iman akan mendorong ibu-ibu untuk mengetahui apa perintah-perintah Allah Taala dan apa sunahsunah Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam). Kemudian ibu-ibu dan anak-anak akan mulai bertanya suami dan ayah mereka untuk bertanyakan kepada alim ulama tentang berapa banyak perintah-perintah Allah Taala dan sunah-sunah Rasulullah (sallalaahu alayhi wasalam) yang boleh diwujudkan dalam rumah mereka. Jika usaha atas iman wujud di dalam rumah-rumah, maka ianya akan mewujudkan keinginan untuk menerima dan melaksanakan segala perintah-perintah Allah Taala.

Seringkali di dalam majlis masturat, bapak-bapak memberikan anjuran dan nasihat untuk menutup aurat dan memakai hijab atau purdah bagi wanita. Tetapi bapak-bapak lalai dari mengusahakan atas iman mereka, hanya beri arahan saja untuk memakai hijab atau purdah. Ini bukanlah cara yang betul. Pertama sekali, seseorang itu perlu berusaha untuk mewujudkan suasana membina iman di rumah, kemudian hanyasanya apabila iman telah mulai baik dan mantap, mereka akan mulai sedar akan segala perintah-perintah Allah Taala yang perlu mereka laksanakan, dan mulai menyakini bahawa kejayaan hanyalah dapat dicapai dengan mematuhi segala perintah Allah, manakala keningkaran terhadap perintah Allah akan menjerumuskan mereka ke dalam kegagalan.