Usaha dakwah seperti air hujan. Jika hujan di tempat yang kontang seperti padang pasir pun maka tempat itu akan subur menjadi wadi. Tetapi jika hujan tidak turun walaupun di tempat yang subur dan hijau, maka lambat laun tempat itu akan menjadi kontang dan mati.
Satu jemaah dari Pakistan telah dihantar ke
Rusia dan telah bertemu dengan seorang ulama. Ulama itu menceritakan bahawa pada
satu masa dulu semasa kominis, 60 ulama di tempatnya telah dibunuh dengan
memasukkan mereka ke dalam mesin pemecah batu di lombong batu. Dia telah
terselamat kerana sentiasa membawa botol arak sebagai helah. Selepas itu ulama
tersebut telah menangis dan menangis dan berkata bahawa ulama2 tersebut telah
dibunuh kerana tidak buat kerja seperti yang kamu buat sekarang.
Allah turunkan azab di tempat2 orang Islam
untuk rotan umat ini kerana berlaku zalim. Zalim kerana tinggalkan perintah
Allah yang utama untuk umat ini iaitu usaha dakwah. Kita kata Amerika & the
gang zalim tetapi kitalah yang sebenarnya zalim.
Di akhirat nanti sebahagian dari umat ini akan
dihalau sebanyak 3 kali dari telaga Kauthar oleh Nabi sendiri kerana ketika di
dunia tidak pernah mengerutkan dahi apabila melihat kerosakan pada agama. Sekali
halau mereka akan jauh dari Nabi sejauh mata memandang.
Allah telah beri diri dan harta kepada kita
supaya dapat digunakan untuk membina dan memajukan agama. Tetapi bila diri dan
harta disalah guna maka akan jadi penyakit dan masalah. Sama seperti penggunaan
dadah pada asalnya adalah sebagai ubat tetapi bila disalah guna akan jadi sebab
kerosakan. Bila umat ini guna diri dan harta untuk agama maka agama akan maju
tetapi bila guna untuk dunia maka dunia akan maju.
Jemaah pertama yang dihantar ke Perancis
adalah jemaah dari Bangladesh pada tahun 1983. Pada masa itu tiada satu masjid
pun di sana walaupun ada 4 juta orang Arab. Jemaah telah menyewa sebuah bilik
dan memulakan usaha di sana. Sekarang telah ada 2000 buah masjid. Markas di St
Denim setinggi 3 tingkat akan penuh setiap kali azan dilaungkan.
Elders kata bila usaha Nabi dibuat maka kota
London & Paris akan bertukar seperti kota Mekah & Madinah iaitu hidupnya
amalan agama. Tetapi bila usaha tak dibuat maka kota Mekah & Madinah akan
menjdi seperti kota London & Paris iaitu tempat bershopping.
Di markas London telah boleh azan menggunakan
loudspeaker. Gereja2 banyak ditukar kepada masjid. Gereja dibeli dengan harga
murah kerana tiada sambutan orang ramai walaupun loceng dibunyikan setiap hari.
Bukan puluhan tapi ratusan gereja ditukar sehingga perlimen Britain mengharamkan
penjualan gereja kepada mana2 badan. Kiblat gereja adalah ke masjidil Aqsa, jadi
bila ditukar kepada masjid maka kedudukan kiblat diubah beberapa darjah sahaja
ke kanan iaitu ke arah kaabah.
Sepanyol dulunya adalah negara Islam tetapi
bila usaha Nabi ditinggalkan maka masjid2 telah menjadi muzium, gudang, kilang
dan sebagainya. Berkat dari usaha jemaah2 yang bergerak maka sekarang masjid
Cardoba di Sepanyol yang sekarang telah menjadi muzium dan bar telah dibuka
sedikit ruang untuk kegunaan orang Islam menunaikan solat. Kalau dulu jemaah2
dihantar untuk desak kerajaan Sepanyol ubah masjid Cordoba dari muzium dan bar
kepada masjid sebenar maka ini tak akan berjaya. Tetapi dengan usaha Nabi,
sedikit demi sedikit Allah buat perubahan.
Ada tempat2 lain yang tiada masjid, bila
jemaah dihantar ke sana maka orang Islam di sana mula bartaubat dan bersolat
serta mengamalkan agama. Mereka bersolat di jalan2, di taman2 dan di mana sahaja
sehingga kerajaan tempatan di situ terpaksa buat masjid untuk orang Islam
beribadat. Kalau dulu jemaah2 dihantar untuk desak kerajaan tu buat masjid maka
tak akan berjaya.
Bila kaum wanita ada fikir agama maka mereka
akan didik anak2 cara hidup agama. Halakah ta’lim dan muzakarah sifat sahabat perlu
dibuat di rumah setiap hari selama satu jam supaya dapat tanam jiwa agama kepada
anak2. Jika tidak anak2 akan terpengaruh dengan kartun, robot, hantu dan
lain-lain. Wanita juga akan jadi penggalak suami dan anak2 untuk beri
pengorbanan untuk agama dan keluar di jalan Allah. Seperti isteri2 Nabi dan
sahabat yang galakkan suami dan anak2 mereka.
Yakinlah bahawa setiap susah payah kita untuk
agama akan pasti diganjari oleh Allah di akhirat dengan ganjaran yang besar.
Setiap amal yang dibuat ketika keluar di jalan Allah akan digandakan
sekurang2nya 700,000 kali ganda malah lebih lagi.
Untuk belajar usaha ini maka kita kita diminta
keluar jemaah masturat 3 hari, 10 atau 15 hari dan 40 hari IPB.