Karguzari(laporan) seorang rakan seusaha di
Ireland, Bro A, memeluk Islam setelah makan sepinggan dan disuapkan makanan
kepadanya. Bro A pernah berkhidmat dengan tentera Israel dan ayahnya merupakan
seorang missionaris Kristian. Karguzari ini disampaikan oleh Amirhailmi setelah
keluar khuruj bersama dengannya baru-baru ini di Tullamore, bandar Ireland.
Diselitkan, karguzari ringkas.
Catatan santai Amirhulaimi;
"Amer sab stop kereta kat tesco dan minta ambo
(saya) dan seorang Bro ni untuk beli makanan untuk makan pagi esok kat tempat
tasykil. Masa tengah beli barang, ambo terpandang tatu yang seakan-akan lambang
salib pada ibu jari Bro tu, tepatnya bawah metacarpophalangeal joint dia. hehe.
Biasalah kan, reaksi bila terpandang muslim bertatu ni, macam2 persoalan timbul
pada benak fikiran. Tapi ambo segan nak tanya, takut2 menyinggung perasaan dia.
So, ambo kuburkan saje persoalan2 yang bermain di otak, mudah2han dapat
penjelasannya nanti...
Pagi esoknya, setelah solat subuh, bayan dan
mesyuarat, kami bersarapan pagi bersama. Sambil2 makan, kami borak2 pasal
bahasa. (macam mana persoalan bahasa ni timbul tak ingat plak). Tengah2
sembang2, Bro tadi bagitau, yang dia boleh cakap 5 bahasa. Wow, menarik! jarang
orang dapat speak banyak bahasa ni. Dan lebih menambahkan lagi perisa kejutan
itu, dia boleh berbahasa hebrew (bahasa kat Israel). So dengan pantas ambo tanya
'How u get to know Hebrew?''
Lalu dia membuka ceritanya... katanya dulu dia
pernah berkhidmat dalam tentera Israel. sekali lagi wow!!! Memang mengujakan dan
menghairankan! Kami tanyalah, macam mana Israel boleh ambil orang Islam jadi
tentera dia? Katanya masa tu dia bukan Islam. Maka terjawablah persoalan mula2
tadi, rupa2nya dia revert, mungkin tatu tu dia buat masa bukan Islam dulu. Ambo
mintak dia cerita pengalaman jadi tentera Israel...
Kata dia, dulu masa remaja, dia ni kiranya
budak jahat la.. Lalu ayah dia yang kerja kat kedutaan Israel paksa dia masuk
tentera, untuk mendisiplinkan dirinya yang nakal itu. Masa tu lah dia belajar
Hebrew. Dan.. masa tu jugaklah dia kata, dia sangat sangat membenci Islam dan
orang2 Islam. Sambil tersenyum, katanya dia ingat lagi masa tu, ada rakan
tenteranya yang 'baik hati' jadi supplier kaset player untuk sape2 yang tak suke
dengar azan. Masa tu dia ditugaskan berkawal di Dome of Rock, dekat masjid
Al-Aqsa tu. Jadi azan adalah antara benda yang wajib dia dengar tiap2 hari. Jadi
sebab dia punya benci dengan Islam, bunyi je azan, dia sumbat la kaset player
kat telinga.
Jadi, macam mana Bro ni boleh masuk Islam??
Part ni yang menarik dan menyentuh hati ambo. Katanya, lepas berhijrah ke
Ireland, dia tinggal dengan dua orang Islam. Satu hafiz Quran dan seorang lagi
karkun lama. Masa tinggal dengan diorang, dua2 ni pernah bagi pelempang kat muka
dia! sebab?? sebabnya dia selalu mengutuk dan mempermainkan Islam dan
penganutnya. Lepas kena pelempang dengan dua orang ni, dia mula terfikir, kenapa
lah mereka ini begitu protective terhadap agama mereka. Katanya memang lama dia
pikir pasal benda ni.
Satu hari, masa dia tengah makan, si karkun tu
duduk depan dia dan makan satu pinggan dengan dia. Katanya, bukan setakat
dia(karkun) tak kisah kongsi pinggan, malah dia suapkan makanan kepada Bro tu.
Bro tu bagitau, masa tu lah hati dia cukup tersentuh! Katanya, seumur hidup,
itulah kali pertama dia berkongsi pinggan. Bahkan dengan mak ayah dia pun tak
pernah. Katanya, dia pun tak tau kenapa benda sekecil itu begitu menyentuh hati
dia sehingga dia jatuh cinta pada Islam. Asbab itulah dia memeluk Islam dan
katanya, sampai sekarang dia praktikkan makan berjemaah dalam satu pinggan,
terutama dengan isterinya. Katanya, sunnah ini nampak kecil, tapi asbab inilah
dia memeluk Islam.. MasyaAllah..
Memeluk Islam menyebabkan dia mengalami ujian
besar kerana... ayahnya adalah seorang missionary kristian. Bahkan ayahnya
membuka dan memiliki sebuah gereja. Selepas memeluk Islam, dia dihalau keluar
dari rumah, dan segala biaya hidupnya dihentikan oleh kedua orang tuanya. Sampai
sekarang, mereka msih belum menerimannya. Mujurlah bro karkun yang bawa dia
masuk Islam tu jaga dia baik2, kata Bro A. Katanya, nikmat iman dan Islam adalah
anugerah terbesar Allah pada dirinya. Dia sentiasa memohon kepada Allah agar
ditetapkan hati dalam iman dan Islam, kerana katanya, kadang2 banyak ujian yang
hampir2 menyebakan dia kembali keluar dari Islam. Kita sama2 doakan untuk beliau
dan diri kita sendiri semoga Allah matikan kita dalam iman dan Islam, serta
bersih dari segala dosa. Don't forget to spend your time for the deen of Allah!!
Chow."
Semoga Allah memberikan hidayah Islam kepada
ayahnya dan juga kepada seluruh orang bukan Islam.
Sumber karguzari dari blog Amirhulaimi di
bicarajariku.blogspot.com
Karguzari ringkas: Di akhir tahun lepas (Dis
2010), satu jemaah 40 hari dari negeri Kelantan dibentuk dan dihantar ke
Sandakan. Salah seorang jemaah menceritakan karguzari hidayah Islam yang Allah
beri kepada tentera-tentera Israel berserta keluarga-keluarga mereka. Karguzari
ini daripada rakan seusaha di Singapura. Sama ada ianya daripada jemaah
Israel/Palestin yang khuruj ke Singapura atau sebaliknya, tidaklah saya ingat.
Kisahnya bermula apabila beberapa tentera Israel membuat rondaan dan cuba
merobohkan sebuah rumah Islam di Palestin. Mereka tidak dapat merobohkan rumah
terbabit walau cuba sedaya upaya dan pelbagai cara. Akhirnya, mereka mengetahui
bahawa di dalam rumah terbabit beberapa orang (ahli rumah) sedang membaca
taklim. Dengan kehendak dan kasih sayang Allah s.w.t, Allah memberi hidayah
Islam kepada tentera-tentera tersebut dan mereka mengajak pula ahli keluarga
mereka untuk memeluk agama Islam. Oleh kerana karguzari ini bukan melalui sumber
prima/ utama, seeloknya kita tidak menghadam karguzari ini sepenuhnya melainkan
ada di kalangan rakan seusaha yang lain mengesahkan karguzari ini. Setakat ini,
penulis blog mendengar karguzari ini dari dua sumber yang berlainan.